bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (21)

Bantal di sebelahnya ditumbuk sekuat hati. Kemarahan hatinya tidak dapat ditahan lagi.

“ dia ingat aku bodoh ke. Sekejap cakap lain sekejap cakap lain. Bodoh punya jantan. Kau ingat aku bodoh, kau boleh goreng aku sesuka hati.” Rungut Nur Iman Balqis. Sakit hatinya apabila seperti diperbodohkan oleh lelaki bernama Syed Iqram Iskandar itu. “ dasar buaya. Sial aku tak akan lepaskan kau. Jangan harap kau boleh hidup tenang . kau dah hancurkan hidup aku dah tu ko boleh cakap tak ada pap-apa berlaku. Cilaka betul. Kau ingat aku boleh percaya cakap jantan sial macam kau tu. Sorry sikit. Kau ambik kesempatan atas kelemahan aku hari tu. Kalau aku tak pengsan mustahil kau akan dapat sentuh aku malahan kau tak akan dapat cakap pun dengan aku.” Marah Nur Iman Balqis. Bantal itu di tumbuk sekuat hatinya bagi menghilangkan sedikit kemarahan di hatinya itu. wajah Syed Iqram Iskandar terbayang di matanya. Kebencian semakin bertambah. Dia tidak boleh berdiam diri. Walaupun dia sendiri tidak tahu kebenaran cerita yang disampaikan oleh Syed Iqram Iskandar itu tadi tetapi dia tetap menyalahkan lelaki itu atas apa yang berlaku dan dia tidak akan memaafkan perbuatan lelaki itu. nur Iman Balqis keliru sebenrnya. Antara cerita lelaki itu petang tadi ataupun cerita yang baru di dengarnya malam itu. dia tidak tahu mana satu yang betul. Dia betul-betul keliru. Riak wajah Syed Iqram Iskandar tidak dapat di tafsirkan. Wajah lelaki itu amat mencurigakan. Dia tidak percaya kata-kata lelaki itu tetapi seperti ada sesuatu yang menyuruhnya memaafkan lelaki itu. TIDAK. Mustahil Nur Iman Balqis akan memaafkan kesalahan yang begitu besar yang telkah menghancurkan kehidupannya. Dia nekan untuk lari menyelamatkan diri. Dia tidak mahu menjadi mangsa. Pelbagai andaian buruk berlegar-legar di kotak fikirannya. Adakah dia akan di jadikan anak ayam? Apakah dia akan di jual? Dia takut memikirkan akan hal itu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts