bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (20)

NUR IMAN BALQIS membuka matanya. Keadaan sekeliling amat asing baginya. Walaupun kepalanya terasa berat tetapi digagahkan juga untuk bangun dari pembaringannya. Cadar lembut yang mengalas pembaringannya itu di renung. Dia cuba mengingati apa yang terjadi. Sedaya upaya diperah otaknya untuk mengingati perkara terakhir yang dilakukan sebelum tidur yang dirasakan panjang itu. dimanakah dia sekarang? Bilik siapa yang di diaminya itu. apa yang dilakukannya di sini. Dan paling penting siapa dirinya. Dia tidak ingat apa-apa. Matanya meliar ke sekitar bilik. Dia cuba mencari sesuatu yang boleh dijadikan jawapan kepada semua persoalan yang bermain dimindanya itu. tidur yang panjang itu seolah-olah telah memadamkan ingatannya. Tiba-tiba bunyi pintu bilik iti dibuka dari luar kedengaran. Pantas Nur Iman Balqis mencari sesuatu untuk dijadikan senjata jika sesuatu yang buruk terjadi. Seorang wanita muda muncul sambil membawa dulang. Nur Iman Balqis kaget. Siapa pwanita itu?

“ Alhamdulillah cik dah sedar. Macam mana cik rasa sekarang sihat?” soal wanita itu lembut. Wanita itu terus menghampiri Nur Iman Balqis lalu memeriksa keadaan Nur Iman Balqis. Dari cara pemakaian wanita iti Nur Iman Balqis tahu bahawa dia seorang jururawat.

“ saya kat mana?” soal Nur Iman Balqis ingin tahu. “ macam mana saya boleh ada kat sini and what happened? Kenapa saya tak ingat apa-apa?” soalnya lagi. Nur Iman Balqis semakin keliru mendengar sema soalan yang ditanyanya sendiri. Wanita itu tersenyum mendengar soalan itu.

“ cik rehat dulu. Jangan terlalu banyak berfikir. And the most important thing is cik selamat di sini. Cik demam panas hari tu and pengsan. May be cik tak ingat apa dah berlaku sebab demam panas yang cik hidapi 2 hari lalu.” Terang jururawat itu.

“ what??? 2 days? 2 hari saya tak sedarkan diri?” soal Nur Iman Balqis tidak percaya. Dia membisu seribu bahasa memikirkan cerita yang baru didengarnya itu. nur Iman Balqis cuba memaksa otaknya untuk mengingati apa yang terjadi 2 hari lepas dan bagaimana dia boleh berada di dalam bilik yang dihiasi perabot moden itu. Walaupun masih tidak ingat apa yang terjadi Nur Iman Balqis mengikut nasihat jururawat itu untuk berehat. Setelah memakan ubat yang dibawa tadi Nur Iman Balqis sekali lagi terlena. Badan yang terasa letih membuatkan dia senang untuk lena semula.

Sudah hampir 3 hari Nur Iman Balqis duduk di rumah yang tidak diketahui siapa pemiliknya. 2 hari tidak sedarkan diri dan sehari duduk memikirkan siapa dirinya. Ingatan Nur Iman Balqis sedikit terjejas Akibat dari demam panas yang agak teruk.

Hari itu Nur Iman Balqis seorang diri di rumah itu. jururawat yang menemaninya selama ini tidak muncul-muncul. Nur Iman Balqis duduk di beranda rumah. Pemandangan pantai itu amat mendamaikan. Tidak kelihatan rumah-rumah di sebelah rumah yang didiaminya itu. jarak yang jauh antara rumah membuatkan dia tidak dapat bertanya lokasi mereka sekarang. Nur Iman Balqis tidak peduli itu semua. Lautan biru direnungnya. Sedang asyik duduk menghayati keindahan alam ciptaan tuhan tiba-tiba Nur Iman Balqis terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan. Pantas dia menoleh dan kelihatan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Nur Iman Balqis cemas.

“ kau siapa hah? Apa yang kau buat kat sini? Macam mana kau boleh masuk?” soal Nur Iman Balqis. Jarak antara mereka cuba dijauhkan oleh Nur Iman Balqis. Lelaki itu tersenyum.

“ awak nie tetap sombong ya tak kira kat mana awak berada. Awak tak ingat saya? Kan kita pernah jumpa sebelum ni. Takkan awak dah lupa?” soal lelaki itu. gaya percakapannya membuatkan Nur Iman Balqis ragu-ragu.

“ kau jangn nak main-main. Aku tak kenal kau. Baik kau keluar dari rumah ni sebelum aku jerit.” Ugut nya. Nur Iman Balqis cuba mencari jalan untuk melarikan diri dari lelaki itu.

“ what? Keluar dari rumah ni. Helo cik adik, saya punya sukalah nak masuk ke, nak keluar ke dari rumah ni. Apa hak cik adik nak halau saya?” lelaki itu masih cuba mempermainkan Nur Iamn Balqis.

“hoi mangkok tingkat suka hati akulah nak halau kau kea pa. yang aku tahu akau nak kau keluar dari sini sebelum aku jerit.” Nur Iman Balqis masih mengugut lelaki itu tetapi lelaki itu masih tengang dan melangkah mendekati Nur Iman Balqis. “ weit kau jangn nak dekat kat aku. Aku ada belajar silat. Nanti tak pasal-pasal kau mati kena sepak” ugut Nur Iman Balqis setelah melihat lelaki itu semakin menghampirinya. . Silat yang dikatakan pernah dipelajari hanyalah helah sahaja tetapi nampaknya helahnya tidak menjadi. Lelaki itu tetap melangkah mendekatinya.

Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Nur Iman Blaqis semakin cemas dan lelaki itu terus menunjukkan sesuatu. Nur Iman Balqis memandang cermin Nightmare Before Christmas yang dipegang lelaki itu dan seperti tayangan filem segala apa yang terjadi sebelum dia pengsan bermain di kotak fikirannya. Untuk sekian kalinya Nur Iman Balqis rebah kerana beban penerimaan memori secara mengejut itu.

NUR Iman Balqis membuka matanya. Matanya merenung syiling yang berwarna putih itu. Dia tersenyum sendiri mengenangkan mimpinya. Betapa terujanya Nur Iman Balqis untuk ke Pulau Pangkor sehingga bermimpi sudah berada di pulau yang sudah diketahui keindahan itu. dia masih tersenyum. Matanya dipejamkan kembali. Segala mimpinya yang seperti ditayangkan di syiling biliknya itu cuba dihapuskan. Nur Iman Balqis ketawa kecil mengenagkan kebodohannya yang seperti ank kecil yang inginkan sesuatu sehingga termimpi-mimpi. Ketika itu baru Nur Iman Balqis terfikir, seingatnya katil di rumah sewa yang didiaminya adalah katil berkembar dan katil miliknya berada di bawah tetapi tadi dia terus memandang syiling. Sepatutnya Nur Iman Balqis akan terpandang katil tingkat atas milik Farah Alia tetapi tadi???? Tanpa membuang masa Nur Iman Balqis terus membuka matanya dan betapa terkejutnya dia apabila wajah seorang lelaki begitu hampir dengan wajahnya. Nur Iman Balqis terus menjerit terkejut lalu lelaki itu ditolaknya sekuat hati. Lelaki itu ketawa sekuat hati mungkin geli hati melihat reaksi Nur Iman Balqis itu. Nur Iman Balqis mengucap panjang.

“ awak ni dah sembuh ke belum? Bangun bangun je terus senyum dah tu gelak.” Soal lelaki itu dengan tawa yang masih bersisa. Nur Iman Balqis memandang tajam lelaki itu. “ awak jangn nak salahkan saya buat awak terkejut. I just want to make sure that u are all right. I’m worry that now you are going to be crazy.” Sinis sahaja kata-kata lelaki itu.

“macam mana kau boleh ada kat sini hah??? Kau dah buat apa kat aku?” soal Nur Iman Balqis marah. Dia ingatkan segala apa yang berlaku hanyalah mimpi tetapi ternyata dia silap besar kerana segala-galanya adalah reality. Hatinya sakit. Dia ingat segala-galanya kini. Nur Iman Balqis pantas memandang ke arah baju yang dipakainya. Seingatnya itu bukan baju miliknya. Dia semakin cemas. Apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu? senyuman sinis lelaki itu semakin merungsingkannya.

“well ni rumah saya. Awak patut ucapkan terima kasih tau pada saya sebab dah selamatkan awak. Kalau tak mesti awak dah jalan kot. Nasib baik tau lelaki yang baik hati ni bawak awak ke rumahnya.” Kata lelaki itu sambil menunjuk kea rah dirinya sendiri.

“ aku rasa lebih baik aku mati daripada aku jumpa dengan makhluk macam kau nie tau tak. Apa kau dah buat kat aku hah?” soal Nur Iman Balqis garang.

“ hay awak nie tak reti bersopan ke? Macam nie ke perangai seorang perempuan? Tak payahlah saya cerita apa yang sudah terjadi sebab mesti awak tak sanggup nak dengar.” Kata lelaki itu sambil tersenyum sinis. Kemarahan Nur Iman Balqis semakin mendidih melihat senyuman itu.

“hoi mangkok ayun suka hati akulah nak bersopan ke tak dengan kau. Yang kau ni suka jaga tepi kain orang apa hal hah? Penyebok betul. Kecoh mengalahkan perempuan. Baik kau bagi tau apa kau dah buat kat aku. Bagi tau cepat.” Tengking Nur Iman Balqis sambil memukul lelaki itu. lelaki itu cuba menghalang tetapi rontaan Nur Iman Balqis sukar dikawalnya lalu Nur Iman Balqis ditolaknya ke katil. Dia terpaksa menindih Nur Iman Balqis yang semakin kuat meronta. “ woi kau nie gila ke. Lepaskan akulah sewel.” Marah Nur Iman Balqis.

“ kau nie tak boleh diam ke? Kau dengar sini baik-baik. Aku dah selamatkan kau dah cukup baik tau. Apa kau nie tak reti nak berterima kasih ke kat orang yang dah tolong kau hah. Untuk pengetahuan kau aku dah buat macam-macam dah kat kau waktu kau pengsan dulu… dan sekarang kau nak cakap apa kau cakaplah sebab kau dah…” kata-kata itu terhenti. Lelaki itu tersenyum Cuma. Dia terus bangun dan berlalu dari situ tanpa menghabiskan bicaranya.

“ cilaka kau binatang. Kurang ajar. Sial, bodoh, setan. Lelaki dayus.” Nur Iman Balqis menyumpah lelaki itu. air matanya gugur. Walaupun tidak menghabiskan kata-katanya tetapi Nur Iman Balqis faham apa yang dimaksudkannya. Mahkota yang dijaganya selama ini telah hilang. Dia menangis semahunya. Semua yang berada berhampiran dengannya dibaling sekuat hati. Pasu bunga pecah berderai. Bantal bertaburan di sekitar bilik itu. nur Iman Balqis menangis lagi. Hatinya sakit. Jiwanya hancur berderai. Dia sedih mengenangkan nasibnya yang bagai jatuh ditimpa tangga itu. nur Iman Balqis menangis lagi.

Jam sudah menunjukkan jam 2.30 pagi. Nur Iman Balqis bangun perlahan-lahan lalu melangkah keluar dari biliknya. Dia menuju ke ruang tamu. Mencari kunci rumah atau pun kunci kereta. Setelah terjumpa kunci rumah Nur Iman Balqis pantas ke pintu keluar. Kunci pintu dibukanya secepat mungkin. Dia ingin lari dari rumah itu. dia terus lari ke pintu pagar dan baru dia sedar pagar rumah itu menggunakan alat kawalan jauh. Nur Iman Balqis mencari jalan lain. Dalam keadaan yang separa gelap itu dia terpandang pagar kecil untuk orang keluar masuk dan pantas dia melangkah kesana. Pagar itu berkunci. Satu persatu kunci ditangannya di cuba untuk membuka pagar itu.

“ awak nak pergi mana?” suara itu memeranjatkan Nur Iman Balqis dan dia terus menoleh ke belakang. Kunci di tangannya terlepas. Lelaki itu bertindak pantas mengambil kunci yang terjatuh itu tanpa sembat Nur Iman Balqis mengambilnya. “awak nak pergi mana gelap-gelap macam ni. Kalau nak pergi mana-mana pun tunggulah hari siang. Bahaya keluar waktu-waktu macam nie.” Kata lelaki itu.

“ suka hati akulah nak pergi mana. Bagi balik kunci tu. Kau ingat aku dah cukup selamat duduk kat rumah kau nie? Aku rela mati kena baham haiwan yang betul-betul binatang daripada duduk dengan kau syaitan bertopeng manusia berperangai binatang. Aku kata bagi balik kunci tu kau tak dengar ke setan.” Kesat kata-kata yang dituturkan Nur Iman Balqis. Lelaki itu seperti menahan marah mendengar kata-kata Nur Iman Balqis. Walaupun takut memikirkan apa yang bakal dilakukan lelaki itu tetapi Nur Iman Balqis tidak menunjukkan kelemahannya itu. lelaki itu mengeluh. Keluhan itu menarik perhatian Nur Iman Balqis lalu dihadiahkannya senyuman paling sinis untuk lelaki itu.

“ sebelum saya hilang sabar baik awak masuk dalam rumah sekarang. Lets talk about it. Jangan buat tindakan terburu-buru. Bahaya kat luar sana.” Lelaki itu cuba memujuk. Nur Iman Balqis ketawa sinis mendengar kata-kata lelaki itu.

“ kau ingat aku bodoh? Nak bincang? Hey aku buat tindakan terburu-buru ke kau yang tak ada otak. Owh yelah binatang mana boleh berfikirkan. Kau ingat aku akan ikut cakap kau? Kau jangan ingat kau boleh ambil kesempatan kat aku lagi tau tak?” tengking Nur Iman Balqis penuh marah. Serentak itu Nur Iman Balqis menerima satu hadiah daripada lelaki itu. tamparan yang agak kuat itu tepat mengenai pipi kanannya. Nur Iman Balqis terkaku.

“ aku dah bagi kau amaran tapi kau degil. Aku kata masuk dalm rumah sekarang.” Tengking lelaki itu. nur Iman Balqis yang masih terkejut menerima hadiah yang tidak disangka itu membatu disitu tanpa menghiraukan arahan lelaki itu. dengan perasaan marah lelaki itu menarik tangan Nur Iman Balqis lalu di heretnya masuk kedalam rumah. Nur Iman Balqis meronta tetapi kudrat lelaki itu lebih kuat darinya.

Nur Iman Balqis duduk di sofa tanpa memandang kearah lelaki itu. dia ingin berlalu nke bilik tetapi lelaki itu memaksa dia untuk duduk di situ. Nur Iman Balqis membisu seribu bahasa. Air matanya begitu murah sekali malm itu.

“aku minta maaf dengan apa yang dah jadi. Aku tak ada niat nak buat kau macam tu..”

“senangnya kau cakap. Kau ingat aku nie apa. Pelacur? Kau memang tak ada hati perut.” marah Nur Iman Balqis. Geram mendengar kata-kata maaf oleh lelaki durjana itu.

“ boleh tak kau jangan nak menyampuk time aku tengah cakap. Cuba kau dengar dulu apa yang aku nak sampaikan.” Marah lelaki itu apabila percakapannya dipotong oleh Nur Iman Balqis. “aku memang tak ada niat nak buat kau macam tu. Semuanya salah kau. Kau tu kasar sangat. Sakit hati aku dengar setiap apa yang keluar dari mulut kau sebab tu aku cakap macam tu kat kau.”terang lelaki yang membelakangi Nur Iman Balqis itu.keadaan sunyi seketika. Nur Iman Balqis masih membisu. Hatinya masih sakit dan bertambah sakit setelah dikutuk oleh lelaki itu. untuk sekian kalinya lelaki itu mengeluh. Di renungnya wajah Nur Iman Balqis yang tunduk memandang lantai.

“nama saya Syed Iqram Iskandar bin Syed Mohd Mardzi. Awak boleh panggil saya Iqram or Iskandar. Its up to you. Saya follow awak after kita berbual sekejap waktu kat pantai tu sebab saya tengok awak pucat semacam. Hati saya tak sedap bila awak melangkah tinggalkan saya waktu tu and tanpa pengetahuan awak saya ikut awak dari jauh. Awak tak perasan sebab awak macam sedang berkhayal dan waktu awak pengsan tu saya ada sekitar awak.” Terang lelaki bernama Syed Iqram Iskandar itu. kata ganti nama dirinya juga sudah bertkar dari aku ke saya. Suaranya juga tidak menengking seperti di luar rumah tadi. Nur Iman Balqis masih membisu tetapi telinganya mendengar hatinya mengulas kata-kata Syed Iqram Iskandar.

“ apa yang saya kata petang tadi semuanya tipu. Tak ada apa-apa yang berlaku waktu awak pengsan. Percayalah saya tak sekejam itu.” dan dia terus berlalu meninggalkan Nur Iman Balqis terkesima sendirian di ruang tamu itu.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts