bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (22)

ENTAH sejak bila mereka sudah berada di tapak parking itu, Nur Iman Balqis tidak menyedarinya. Dia menyedari setelah bunyi radio yang amat kuat telah melenyapkan segala kenangan di Pulau Pangkor. Nur Iman Balqis pantas menoleh setelah menyedari dia bersama lelaki yang amat di bencinya. Tangannya pantas menekan punat radio sehingga tiada kedengaran lagi suara dj radio itu. suasana sunyi. Nur Iman Balqis menjeling tajam lelaki itu.

“ awak jangan jeling macam tu awak. Jatuh jantung saya nanti.” Gurau Syed Iqram Iskandar. Gurauannya tidak menarik minat Nur Iman Balqis.

“ biar jatuh cepat sikit mati. Kau tu tak layak hidup lama-lama. Nanti bertambah ramai wanita-wanita kat dunia ni jadi mangsa nafsu jahat kau tu.” Sindir Nur Iman Balqis tajam. Dia tidak menoleh langsung kea rah Syed Iqram Iskandar. Dia jijik melihat wajh itu.

“ tajam kata-kata awak tu menghiris hati saya. But its okay saya maafkan asalkan awak yang bersuara dan bukan orang lain.” Kata Syed Iqram Iskandar lembut. Nur Iman Balqis ketawa sinis mendengar kata-kata itu.

“ dah kau tak payah nak jadi romeo pulak. Aku tak akan tertipu dengan lakonan kau tu.” Kata Nur Iman Balqis. Tali pinggan keledar di bukanya. Niat di hati ingin keluar dari kereta itu terbantut apabila dengan pantas Syed Iqram Iskandar menghalang pergerakannya. “ hoi mangkok tinggat kau ingat aku nie murah sangat ke sampai kau boleh pegang tangan aku sesuka hati. Aku bukan anak ayam kau tau tak.” Jerkah Nur Iman Balqis garang.

“ ala awak nie, yang awak merendahkan martabat awak tu siapa suruh. Saya tak cakap pun awak tu anak ayam saya. Cba awak up sikit martabat awak tu. Jadikan martabat awak tu sebagai seseorang yang boleh saya pegang.” Syed Iqram Balqis masih mahu menyakitkan hati Nur Iman Balqis yang sudah menyinga itu. genggaman tangan Nur Iman Balqis masih tidak dilepasnya walaupun sedaya upaya gadis itu cuba melepaskan diri. Wajah Nur Iman Balqis direnungnya.

“ ok. Kau ingat aku ni bini kau ke sampai kau boleh pegang aku sesuka hati. Kau ni apa hal hah? Apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku. Sampai kat sini kau cari aku aku tak naklah terlibat dengan dunia maksiat kau tu. Aku tak nak tengok pun muka kau yang dah hancurkan maruah aku.” Marah Nur Iman Balqis. Terasa genggaman sedikit longgar setelah Nur Iman Balqis menutrkan kata-kata itu. tanpa membuang masa pantas Nur Iman Balqis merentap tangannya dan terus membuka pintu kereta. Dia terus melarikan diri. Dia tidak tahu kenapa jika dia berada bersama dengan lelaki itu dia sering malang dan ia terbukti kini setelah dia berjaya ditangkap oleh Syed Iqram Iskandar. Lelaki itu membawanya kembali ke kereta dan dia disandarkan di pintu kereta. Nur Iman Balqis tidak dapat lari kea mana-mana kerana lengan sasa milik Syed Iqram Iskandar menghalang kiri dan kanannya. Nur Iman Balqis kini terlalu dekat dengan lelaki itu. ketakutan muncul di dalam diri Nur Iman Balqis. Dia memandang sekeliling. Tiada sesiapa di situ ketika itu. Nur Iman Balqis berdoa di dalam hati. Dia memohan supaya tiada perkara buruk menimpa dirinya. Jantungnya berdegup pantas.

“awak nie liat betullah. Kenapa awak lari? Saya bukan nak buat benda tak elok pun. Saya ikhlas nak jumpa awak ni.” Terang Syed Iqram Iskandar. Dalam takut, Nur Iman Balqis ketawa mendengar kata-kata lelaki di hadapannya itu.

“ kau tak layak lah cakap tentang ikhlas sebab kau tu manuasia berhati binatang. Mana ada perasaan.” Sindir Nur Iman Balqis. Dia cuba menolah tubuh Syed Iqram Iskandar yang begitu hampir dengan tubuhnya.

“ lezer betul mulut awak nie ek. erm saya tak nak berkasar dengan awak. So make sure what will come out from your mouth is the best thing to me to hear that. So carefull my dear. Saya tak nak awak menyesal. Jangan kata saya tak bagi amaran.” Suara itu begitu hampir dengan wajah Nur Iman Balqis. Syed Iqram Iskandar hanya tersenyum penuh makna memandang wajah Nur Iman Balqis.

“ weit kau boleh blah tak? Kau ingat kau tu ringan sangat sampai tangan aku ni cukup kuat nak tahan badan kau tu. Badan macam gorilla. Tak sedar diri betul. Kalau kau nak cakap, cakap jelah. Aku tak pekak lagi sampai kau kena cakap betul-betul kat telinga aku.” Rungut Nur Iman Balqis tanpa memandang wajah lelaki yang begitu hampir dengannya. Sesak nafasnya apabila mereka terlalu rapat dan Nur Iman Balqis tidak rela tubuhnya bersentuhan dengan manuasia berhati binatang itu. Syed Iqram Iskandar menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata Nur Iman Balqis itu.

kesalahan pertama. Tak apa saya masih boleh maafkan. So berbalik kepada apa yang kita bincangkan sebelum awak lari tadi erm apa ye??” Syed Iqram Iskandar cuba mengingati perbualan mereka tadi. “ oh ya. Ha betul juga ye. Apa kata awak jadi bini saya je?” soal Syed Iqram Iskandar. Semakin mendidih kemarah Nur Iman Balqis mendengar kata-kata kurang bijak dari lelaki itu.

“ ya Allah kenapalah aku jumpa makhluk macam kau nie. Dahlah tak ada hati perut, bebal, sewel dan kurang bijak pulak tu. Ok aku merayu kat kau lepaskan aku. Apa salah aku? Aku tak kacau pun hidup kau. Kau yang dah hancurkan hidup aku apa lagi yang kau nak?” Nur Iman Balqis bosan bermain tarik tali dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“ kesalahan kedua. Awak tetap tuduh saya hancurkan hidup awak. Kan saya dah bagi tau cerita sebenar malam tu. Nothing happened between us masa awak tak sedarkan diri. Semua keperluan awak Nita yang uruskan. You know Nita right? That girl that you meet the day you wake up from your long sleep. You remember right? Selagi awak tak percaya selagi tu saya akan buat awak percaya.” Kata Syed Iqram Iskandar nekad. Nur Iman Balqis tergamam mendengar kata-kata terakhir lelaki yang sudah berdiri agak jauh darinya itu.

“ weit apa kau tak ada kerja lain ke nak buat? Ok kalau dengan percaya cerita kau tu boleh buat kau berambus dari hidup aku aku terima cara kau tu. Aku percaa apa yang kau cerita tadi. So now boleh kau hantar aku balik kolej aku semula?” soal Nur Iman Balqis. Dia sudah bosan berhadapan dengan lelaki itu. dia ingin bebas dari segala masalah. Tetapi di sudut hatinya bersyukur tiada apa-apa yang buruk berlaku ka atas dirinya ketika di Pulau Pangkor dahulu jika benar apa yang di katakana lelaki itu tadi. Dia masih seperti gadis suci yang lain. Dia amat bersyukur Cuma kini hatinya sakit kerana telah di perbodohkan sewenang-wenangnya.

“ tak semudah tu saya nak pergi dari hidup awak. Awak mesti bayar apa dah awak buat pada saya sebelum awak menghilang dulu.? Tapi tak apa buat masa ni saya lepaskan awak and janagn ingat awak dah terlepas dari saya ok. Come saya hantar awak balik rumah.”

NUR IMAN BALQIS terus tertidur setelah tiba di rumah. Nasib tiada sesiapa yang melihatnya keluar dari kereta milik Syed Iqram Iskandar.dia bersukur kerana sekurang-kurangnya dia selamat tiba di rumah. Nur Iman Balqis tahu segala tentang kes mereka sudah selesai dengan bantuan Syed Iqram Iskandar. Itu pun setelah mendesak encik Kamal menceritakan perkara sebenar. Seharusnya dia berterima kasih pasa jejaka itu tetapi kerana sikapnya pada Nur Iman Balqis ketika di pulau pangkor itu menyebabkan Nur Iman Balqis mengishtiharkan perang. Manusia mana yang tidak marah apabila di ganggu ketika sakit, ketika menghadapi masalah, dan ketika sudah meminta tidak di ganggu???.wanita, perempuan , dan gadis mana yang tidak marah apabila maruah dan mahkota yang dijaga selama ini di perkotak katikkan.


bersambung.....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts