bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (19)

“ hoi mangkok kau nak bawak aku pergi mana hah. Baik kau berhentikan kereta kau ni. Kau dengar tak apa aku cakap hah sewel. Hoi bodoh kau dah pekak ke apa. aku kata berhenti,berhentilah. Aku terjun nanti.” Ugut Nur Iman Balqis. Tahap kemarahannya semakin meningkat apabila permintaannya tidak diendahkan oleh lelaki itu malah Iqram menganggap seperti dia tiada di situ.

“ kalau berani terjunlah.” Kata Iqram sinis. Kata-kata kesat yang keluar dari bibir kecil Nur Iman Balqis sikit pun tidak meninggalkan kesan di hatinya sebaliknya senyuman yang dihadiahkan kepada gadis di sebelahnya itu. Nur Iman Balqis memandang tajam Iqram yang tersenyum menyindir. Dia benci melihat wajah itu. wajah yang diharapkan dapat lenyap dari muka bumi ini.

“ kau jangan cabar aku. Kalau aku terjun nanti kau yang bertanggungjawab atas apa yang jadi. Encik Kamal tahu kau culik aku. Hoi bongok aku kata berhenti,berhentilah. Apa sal kau ni bebal sangat hah?” hati Nur Iman Balqis sedikit cuak apabila Iqram mencabarnya untuk terjun dari kereta itu. dia masih waras dan tidak mungkin dia akan bertindak bodoh untuk terjun dari kereta itu. lagipun keadaan belum teruk lagi untuk dia mengambil tindakan itu. jika sesuatu yang buruk berlaku dia tidak teragak-agak untuk terjun dari kereta itu. Iqram masih membisu membiarkan Nur Iman Balqis melepaskan kemarahannya kerana dia tahu tiada apa yang boleh dilakukan oleh gadis itu ketika itu. nur Iman Balqis memikirkan tindakan yang harus dibuat untuk keluar dari kereta itu. tiba-tiba Nur Iman Balqis teringatkan talifon bimbitnya. Perlahan-lahan dia mengeluarkan talifon bimbitnya. Dia mencari number insan yang boleh membantunya. Tanpa disedarinya kereta sudah berhenti di tepi lebuh raya dan tanpa dijangka talifon bimbitnya itu dirampas oleh Iqram. Nur Iman Balqis cuba merebut talifon bimbitnya tetapi tidak berjaya. Berbakul-bakul sumpah seranah yang keluar dari bibirnya sambil tangannya cuba merebut talifon bimbit itu. Iqram bertindak pantas meletakkan talifon bimbit milik gadis di sebelahnya itu ke dalam poket belakang seluarnya dan pantas tangannya menggenggam tangan Nur Iman Balqis yang semakin aktif memukul lengannya. Nur Iman Balqis terdorong ketubuh Iqram setelah tangannya ditarik. Kedudukan mereka agak rapat. Sedaya upaya Nur Iman Balqis cuba menjauhkan jarak mereka kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Dalam waktu itu semua perkara boleh terjadi memandangkan hanya mereka berdua sahaja di dalam kereta itu dan Nur Iman Balqis tahu dia tidak sekuat Iqram yang burtubuh sasa itu.

“ baik awak duduk diam-diam sebelum saya buat sesuatu yang awak akan menyesal.” Ugut Iqram. Nur Iman Balqis terdiam mendengar ugutan itu. setelah pasti Nur Iman Balqis tidak akan membuat onar lagi Iqram meneruskan perjalanan mereka. Nur Iman Balqis membisu. Perjalanan dirasakan terlalu jauh. Dia tidak tahu ke mana destinasi mereka yang sebenar.

“ kau nak bawak aku pergi mana hah?” soal Nur Iman Balqis tidak dalam nada seperti awal tadi. Dia tahu dalam keadaan ini berkeras bukan jalan yang terbaik. Dia tidak mahu berkasar seperti awal perjalanan tadi tidak juga berlembut untuk lelaki kejam itu. Iqram ketawa tanpa Nur Iman Balqis tahu puncanya. Dia memandang tajam ke arah Iqram yang masih ketawa.

“ awak nie memang tak reti nak diam ek. Dari kat pulau dulu saya tak pernah dengar awak diam kecuali waktu awak pengsan tu. Waktu tu aja lah saya tak dengar suara awak. Waktu tu saya rasa aman sikit.” Kata Iqram selamber

“hoi mangkok yang kau nak kutuk aku tu apa kes? Suka hati akulah nak cakap ke nak diam ke. Dah kau miang sangat pergi culik aku ni siapa suruh. Kau yang cari pasal. Mangkuk tingkat betul kau ni. Aku Tanya baik-baik kau kutuk aku pulak.” Marah Nur Iman Balqis. Dia terus mendiamkan diri. Malas melayan kerenah Iqram yang menyakitkan hati itu. Fikirannya melayang jauh teringatkan kejadian di Pulau Pangkor itu. perkara itu tidak mungkin akan dilupakan semudah itu kerana itulah pengalaman yang paling pahit setelah apa yang terjadi dalam hidupnya.

bersambung....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts