bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (18)

Hatinya sakit mengenangkan apa yang berlaku. Udara segar sedikit memberi ketenangan pada dirinya. Nur Iman Balqis mengeluh buat sekian kalinya. Dia termenung jauh. Terlalu banyak perkara yang difikirkan ketika itu. segala kemelut yang dhadapi berlegar-legar di kotak fikiran yang sedia kusut.

“Hai..”sapa satu suara. Pantas Nur Iman Balqis menoleh apabila terasa bahunya disentuh. Dia memandang insan yang menyapanya tadi. Insan itu tersenyum Cuma. Tanpa sepatah kata insan itu duduk disebelah Nur Iman Balqis lalu menghulurkan sebotol air tetapi tidak disambut Nur Iman Balqis. “dari tadi I tgk u duduk sini termenung. U ada problem ke? Boleh I tolong?” ramah insan tersebut memulakan bicara. Nur Iman Balqis tidak menghiraukan sapaan itu.

“ come on mana tau I boleh tolong. Ok apa-apa pun tenangkan diri u tu. Jangan marah-marah.marah tak dapat selesaikan masalah.”

“excuse me. I kenal u ke. Setahu I , I memang tak kenal u And please leave me alone.”

“hey cool ok. Jangan lah marah. I just want to help. Nothing alse.”

“ hey kau nie pesal bebal sangat hah?? Kau kalau tak faham bahasa sopan ok. Aku nak kau berambus dari sini. Jangan ganggu aku.” Marah Nur Iman Balqis. Ketenangan yang ingin dicari langsung hilang. Insan tersebut hanya tersenyum. Hati Nur Iman Balqis sakit melihat senyuman menyindir itu.

“ ala relaxlah. Jangan marah-marah. Nah minum dulu air nie. Lagi pun nie tempat awam. So tak kisah if I duduk kat sinikan.” Insan tersebut masih manayangkan muka tidak bersalahnya lalu menghulurkan botol minuman itu.

“ehs bodoh betullah.daripada aku tambah kesakitan kepala aku dengan melayan mamat bebal macam kau nie baik aku berambus. Ha kau berkampunglah kat sini.” Nur Iman Balqis terus bangun untk berlalu dari situ. Kepalanya yang sesak dengan masalah harus ditenangkan dan bukan ditambah dengan masalah lagi.

“ cik adik, budi bahasa budaya kita. Tak salah kalau kita berbahasa dengan rakyat Malaysia juga kan. Tapi tak taulah if cik adik nie bukan warganegara Malaysia.” Kata-kata lelaki itu membuatkan langkah Nur Iman Balqis terhenti. Dia memandang lelaki itu dengan persasaan jelik yang teramat. Nur Iman Balqis mencari sesuatu di dalam beg yang dibawanya tadi. Setelah jumpa apa yang dicari Nur Iman Balqis terus melemparkan barang tersebut kepada lelaki itu.

“ hei bro kau ambik cermin tu and kau cermin diri kau dulu before menasihatkan orang lain. And please jangan suka jaga tepi kain orang lain.” Nur Iman Balqis terus berlalu. Cermin nightmare before Christmas kesayangannya itu terkorban dek perasaan marah dengan kata-kata lelaki yang tak sedar diri itu. Nur Iman Balqis terdengar jeritan ucapan terima kasih dari lelaki tersebut tetapi tidak dilayannya. Dia terus melangkah mencari ketenangan. Demam yang bermaharaja lela di dalam tubuhnya cuba dilawan sehabis kuat. Tidak pernah dia demam seteruk ketika di Pulau Pangkor itu. pulau yang diharapkan memberi apa yang dicari nyata memberi apa yang dielak. Hati Nur Iman Balqis masih sakit mengenangkan kejadian pergaduhan besar dengan Chef Asma tadi. Bagai jatuh ditimpa tangga dia terpaksa pula berhadapan dengan kutu jalannan di tepi pantai itu. Nur Iman Balqis buntu. Dia tidak tahu hendak kemana. Setelah meninggalkan tapak kejadian yang tak akan dilupakan itu tadi dia terus pulang ke bilik dan mengambil beg sandang yang mengisi barang-barang perbadi yang sering dibawanya ke mana sahaja lalu terus keluar tanpa arah tuju dari rumah yang mereka diami ketika di Pulau Pangkor itu. Nur Iman Balqis mengeluh lagi. Setelah penat berjalan dia duduk di tepi pantai itu dan ketika itulah dia disapa lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu.

Nur Iman Balqis buntu. Langkahnya terhenti di pondok itu. sudah jauh dia berjalan meninggalkan teman-temannya. Dia sudah tidak dapat berfikir lagi. Nur Iman Balqis mahu menangis. Kepalanya terasa berat.panas badannya meningkat dan dia semakin lemah. Walaupun agak menyesal kerana terlalu ikutkan hati tetapi Nur Iman Balqis tahu dia tidak dapat menghentikan masa. Nur Iman Balqis duduk bersandar sambil memejamkan matanya. Dia sudah tidak berdaya. Tubuhnya terlalu lemah. Mata Nur Iman Balqis terasa panas dek kerana suhu badannya yang semakin naik. Dia membuka mata lalu memandang sekitar mencari-cari kelibat manuasia-manusia yang lalu lalang untk meminta bantuan tetapi hampa. Tiada sesiapa pun di situ ketika itu. talifon bimbitnya dikeluarkan tetapi nasib tidak menyebelahinya dia berada di luar kawasan. Dia tidak dapat menghubungi sesiapa. Baru kini dia sedar betapa jauhnya dia sudah berjalan dalam keadaan demam panas yang semakin teruk itu. Nur Iman Balqis tidak dapat bertahan lama dan dia terus rebah tanpa sempat berpaut pada mana-mana tiang pondok itu.

La aku ingat kau dah tidur. Ye-ye je kata nak tidur tadi.kau teringatkan siapa doctor tadi ek?” Kata Farah Alia yang baru masuk kedalam bilik itu. terkejut Nur Iman Balqis mendengar suara Farah Alia yang muncul tiba-tiba itu. segala peristiwa yang berlaku di Pulau Pngkor terus lenyap dari kotak fikirannya. Hilang pantai Pulau Pangkor, hilang rumah penginapan mereka dan hilang juga segala peristiwa yang berlaku. Nur Iman Balqis memandang wajah tidak bersalah Farah Alia.

“ esh kak Alia nie.buat Im terkejut je. Nasib tak jalan dulu kalau tak Im jadi hantu Im kacau hidup kak Alia.” Farah Alia yang mendengar kata-kata Nur Iman Balqis itu ketawa geli hati. Berbicara dengan Nur Iman Balqis tidak pernah serius, sentiasa disulami dengan lawak jenaka, gurau senda dan senyuman yang tidak lekang di bibir kecil gadis itu. Farah Alia tidak pernah tidak melihat Nur Iman Balqis sedih kecuali ketika dia sakit tetapi itu pun amat jarang sekali kerana Nur Iman Balqis adalah gadis yang paling jarang sakit yang pernah dia kenali. “ hoi tersengeh sorang-sorang apa kes?” sergah Nur Iman Balqis yang hairan melihat Farah Alia tersenyum seorang diri.

“ tak adalah aku hairan tengok Im. Tadi bukan main cemas bila doctor tu datang nie boleh melawak pulak.” Kata Farah Alia menyindir.

“ doctor taik kucing. Tadi tu bukan cemas tapi darurat. Lagipun bukannya Im tak nak jumpa dia tapi dia datang mengejut mana Im suka macam tu. Kalau nak datang buat la temu janji sebulan awal. Kalau kak Alia nak tau dia tue makhluk asing. Tapi yang Im hairannya macam mana korang boleh lepaskan mangkok ayun tu masuk kat rumah kita? Bukan ke rumah nie ada undang-undang. Tak ada lelaki yang boleh masuk.” Soal Nur Iman Balqis penuh curiga.

“ kau nie pun satu. Entah apa masalah korang mana kita orang tau. Kak Zuera pun rasa serba salah sebab dah berapa kali dia menipu tentang kau kat doctor tu. Sekali kata kau sakit terus dia kata dia doctor and nak tengok keadaan kau takut teruk. Ha tadi pun kak Zuera kena dengar nasihat dia untk jaga kau yang kononnya sakit nie.” Terang Farah Alia panjang lebar. Nur Iman Balqis tersengeh Cuma.

“ oklah Im dah mengantuk sangat nie. Dah sangat-sangat mengantuk sampai tak boleh nak bukak mata. Tan depan kita sambung bual lagi ek.” Kata Nur Iman Balqis mengakhiri perbualan mereka.

“ weit Im apa cerita. Macam mana kes kita?” soal Nurul Asyikin ingin tahu.

“ ntahlah aku pun tak tau sangat tapi kes kita ditangguhkan kalau tak silap akulah. Entah dia orang kata ada cerita baru pulak muncul. Cerita apa aku tak tau”

“ kalau tak salah aku kan cerita yang Im kata tu tentang time kau hilang tulah Im kan. Yang kau lari tak muncul-muncul beberapa hari tu.naik cuak semua lecture time tu.” Kata Siti Noreaishah. Terbayang di kotak fikirannya betapa cemasnya mereka apabila Nur Iman Balqis tidak muncul-muncul sehingga lewat malam dan berlarutan sehingga beberapa hari.

“la cerita apa pulak tu. Eh semenjak dua menjak dan tiga menjak kebelakangan nie aku jarang gile nampak Nana. Mana mak cik tu ek?” soal Nur Iman Balqis ingin tahu mengenai kehilangan temannya yang seorang tu.

“ entahlah. Kalau tak silap aku budak-budak Mar kata dia sakit. Eh bukan kau ke rapat dengan dia Im?” soal Siti Noraishah pula.

“ eh aku rapat dengan dia ke? Owh baru aku tau. Aku ada massage dia tapi tak reply pon so dah dia pun tak balas aku malaslah nak massage lagi. Aku buat bodoh jelah.” Kata Nur Iman Balqis slumber.

“ la kau nie teruklah. Kan kau ada number mak dia kau tanyalah mak dia kan senang. Menyut betullah kau ni.” Marah Siti Noraishah. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk mengeluarkan perkataan ‘menyut’ yang tidak tahu maksudnya itu ketika marah. Seperti biasa Nur Iman Balqis hanya mampu tersenyum tanpa banyak bicara. Walaupun pada hakikatnya Nana bukanlah sahabat akrab mereka tetapi semenjak sebulan sebelum ke Pulau Pangkor mereka sudah agak rapat dan sering bersama dan itu menjadikannya hairan apabila Nana seperti chip more kejap ada kejap tak ada.

“Im aku nak sampaikan pesan nie. Nana kirim salam. Dia dsuruh aku bagi tau kau macam nie…erm Rashid nanti kalau kau jumpa Im kau suruh dia bagi tau lecture yang aku sakit and aku ada mc sampai 11 hari bulan nie tau. So bagi tau dia yang aku mintak sorry coz tak dapat ngan dia orang dalam keadaan ada kes nie…. Ha Nana suruh kata macam tu.” Rosrashidah atau lebih dikenali sebagai Rashid dikalangan teman-temannya dan dipanggil Timah oleh Nur Iman Balqis menyampaikan pesan tersebut setelah terlihat kelibat Nur Iman Balqis di lobi pusat pengajian mereka. Terjawablah kini kemana menghilangnya Nana. Dan setelah disoal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang Nana mereka terus masuk ke kelas yang akan bermula dalam masa 15 minit lagi. Mereka menapak masuk ke dalam kelas yang sudah separa penuh itu. tanpa mempedulikan pandangan mata-mata segelintir pelajar yanga da di dalam kelas itu mereka terus menapak ke meja yang sering mereka duduk dan terus berbual tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Tidak sampai setengah jam kelas bermula, Siti Noraishah, Nurul Asyikin dan Nur Iman Balqis dipanggil ke bilik kaunseling. Dengan berat hati mereka melangkah ke bilik itu dan kelihatan beberapa orang pensyarah sudah menanti termasuklah Chef Asma. Tanpa senyuman mahu pun sapaan mesra mereka terus duduk di tempat yang diarahkan. Keadaan hening seketika. Sunyi sepi menyelubingi suasan bilik itu.

“ baiklah awak tahu kenapa awak semua dipanggil ke dalm bilik ini?”soal Miss Lee. “tujuan kalian dipanggil ke sini adalah kerana untuk menyelesaikan kes ini. Mesti awak semua tahu kan kes apa yang saya maksudkan. So now lets start our case.” Sambung Miss Lee apabila mereka tetap membisu menanti kata-kata selanjutnya.

“ baiklah setelah berbincang dengan beberapa orang pakar dan setelah mendengar cerita saksi dan bukti yang ada ternyata semua ni ada salah faham dan cadangan awal nak gantung awak semua dari kolej ini ditarik balik. Dan cadangan hendak membuang Nur Iman Balqis dari kolej kerana melanggar peraturan ketika berada di Pulau Pangkor iaitu meninggalkan tapak projek selama beberapa hari tanpa kebenaran dan mengakibatkan kekecohan juga ditarik balik. Saya harap perkara ini sudah selesai dan perkara ini tidak akan di bawa keluar lagi. Dan satu perkara jangan simpan di dalam hati.” Kata Encik Kamal selaku ketua di dalam bilik itu. mereka bertiga bersyukur mendengar berita itu walaupun masih tidak puas hati kerana nama baik mereka tercemar dan mereka seperti tidak diberi penjelasan yang sebenar.

“saya tahu apa yang anda semua fikirkan. Jangan risau saya tak akan simpan dalam hati atas apa yang berlaku. Biarlah ianya menjadi sejarah kolej kita. Dan saya nak awak semua tahu saya melakukan awak seperti itu adalah untuk membiasakan diri awak semua untuk berada di alam pekerjaan yang sebenar. Ianya akan menjadi lebih teruk lagi dan awak semua harus tabah kerana inilah bidang yang awak semua pilih.” Terang Chef Asma. Bagi mengakhiri perbicaraan itu mereka saling bermaafan dan bersalaman. Setelah selesai mereka berjalan keluar dari bilik itu. walaupun penyelesaiannya terlalu mudah dan seperti tidak berbaloi dengan kemelut yang mereka hadapi tetapi mereka bersyukur kerana segala-galanya telah selesai walaupun masih banyak yang ingin dipersoalkan. Di luar bilik kaunseling Nur Iman Balqis pantas mendapatkan Encik Kamal. Dia masih ingin tahu kisah sebenar berkenaan kes mereka itu. Nurul Asyikin dan Siti Noraishah berbual dengan Chef Asma.

“Im, sudahlah tu tak perlu awak risau lagi yang penting segala-galanya telah selesai dan bagaimana proses perbincangan untuk keputusan kes awak dan kawan-kawan awak tu tak perlulah awak tahu.” Kata Encik Kamal.

“ tapi Encik Kamal saya rasa peliklah..” kata-kata Nr Iman Balqis terhenti apabila suara seseorang memberi salam kedengaran. Pantas Encik Kamal berjabat tangan dengan tetamu tersebut.

“ so apa khabar encik Kamal?” soal tetamu itu.

“ alhamdulillah sihat, eh sorang je ke? Mana seorang lagi. Oh ya saya perkenalkan student saya Nur Iman Balqis and Im ni Encik Fahmi.” Mereka berjabat tangan. Nur Iman Balqis hanya memberi senyuman paksa kerana geram perbualannya terhenti. Nur Iman Balqis menoleh ke arah sahabatnya yang masih berbual dengan Chef Asma. Kelihatan seorang lelaki turut bersama mereka tetapi Nur Iman Balqis tidak mempedulikan kerana tidak dapat melihat wajah lelaki tersebut.

“ saya dengan kawan saya datang sini. Oh ya macam mana perkara tu dah sattle?” soal encik Fahmi. Encik Kamal tersenyum.

“ alhamdulillah baru je selesai. Tak sampai 5 minit pun.” Kata-kata encik Kamal itu menarik perhatian Nur Iman Balqis. Hajat untuk meminta diri dibatalkan. “ ha tu pun kawan awak tu ingatkan tak datang tadi.” Serentak itu mereka semua menoleh

“ kau??? Hey kau buat apa kat sini hah?? Sampai sini kau nak cari mangsa kau ha?? Dasar buaya darat sanggup kau merantau jauh-jauh nak cari mangsa untuk kau perbodohkan...” Marah Nur Iman Balqis setelah melihat wajah yang dirasakan tidak akan ditemui lagi. . Melihat lelaki yang berada di belakang mereka itu membuatkan nafas Nur Iman Balqis seperti terputus. Lelaki itu hanya tersenyum mendengar kata-kata Nur Iman Balqis.

“ Im control your self. Tolong hormat tetamu saya” tegur Encik Kamal setelah mendengar kata-kata kurang sopan dari pelajarnya itu. “ im sorry E ncik Iqram. Im nie memang macam nie kalau tertekan..” Pohon Encik Kamal.

“ what? Tertekan. Mestilah saya tertekan bila nampak muka buaya nie.encik Kamal, kalau orang lain boleh saya hormat but not this buaya darat tak guna ni. Kalau orang manusia macam nie encik Kamal suruh saya hormat, saya rasa saya dah silap pilih tempat ntuk belajar. Sorry saya tak ada masa. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum..” Nur Iman Balqis terus berlalu tetapi langkahnya terhenti apabila lengannya direntap. “ oh mak kau gila.. adeh woi mangkok sakitlah tangan aku sengal.. lepaslah gila.. kau jangn nak kurang ajar sentuh aku.” marah Nur Iman Balqis. keMarahannya bertambah apabila melihat tangan lelaki itu yang merentap tangannya. Dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Dia jijik melihat tangan itu berada di permkaan kulitnya tetapi Ternyata kudratnya lemah berbanding lelaki itu.

“ erm maafkan saya Encik Kamal. Erm may I borrow your student for an one hour. I think I should sattle something with this girl.” Kata lelaki itu. tanpa banyak bicara Encik Kamal memberi persetujuan tanpa ragu-ragu kerana sudah mengenali lelaki itu dan memandangkan Nur Imam Balqis masih berada di waktu kelas dijalankan dia mempunyai hak untuk melepaskan Nur Iman Balqis keluar dari kelas pembelajaran. Lelaki yang dipanggil Iqram itu terus menarik Nur Iman Balqis keluar dari kawasan kolej itu tanpa menghiraukan rontaan dan cacian yang keluar dari mulut Nur Iman Balqis serta pandangan pelajar yang ada di situ. Nurul Asyikin dan Siti Noraishah hanya mampu melihat sahaja setelah Encik Kamal meminta mereka supaya tidak masuk campur. Nur Iman Balqis dipaksa masuk ke dalam kereta. Dia cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Pintu kereta sudah di kunci dan kereta itu terus meluncur laju meninggalkan kolej itu.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts