bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (17)

Jumaat,12.52 a.m

Aku adalah insan yang hipokrit.

Aku sering menjadi orang lain…

Yang kononnya gembira melihat kebahagiaan insan lain

Dan sedih melihat penderitaan mereka..

Aku sering ketawa, gembira dihadapan kawan-kawan, dan sahabatku,

Tapi pada hakikatnya aku tidak gembira.

Hati aku merintih sedih,

Jiwa aku kosong,

Aku keseorangan..

Tiada siapa yang tahu isi hatiku ini.

Aku seperti tidak mengenali diriku ini..

Siapa aku?? Apa yang aku inginkan??

Apa yang aku miliki??

Aku tertekan!!!!!!

Aku persis boneka yang wujud didalam kegembiraan kanak-kanak..

Boneka yang diperlakukan sesuka hati,

Boneka yang sunyi, sepi…

Dan hanya ada untuk kegembiraan orang lain…


“assalamualaikum. Im boleh akak masuk.??”soal Azura meminta kebenaran masuk. Farah Alia yang membuntuti Azura hanya tersengih.

“ la apa pulak tak bolehnye kak. Budak kat belakang akak tu tak payah nak gedik-gedik mintak kebenaran gak bilik sendiri pun nak mintak kebenaran Im gak..kira macam berdaulat gak Im nie ye kak..”kata Nur Iman Balqis penuh bangga. Farah Alia yang mendengar kata-kata itu mencebik lalu terus berlabuh di atas katil Nur Iman Balqis. Sememangnya mereka bertiga agak akrab berbanding seisi rumah yang lain. Jadi tidak hairan jika mereka sering bercerita bermacam-macam topic.

“so Im apa cerita?” soal Farah Alia.

“cerita apa?” soal Nur Iman Balqis ingin hairan.

“ ala mamat yang cari kau kat rumah tulah. Siapa dia tu Im? Apa kena mengena kau denga dia??” soal Farah Alia ingin tahu.

“mamat mana pulak nie.. hey Im ne budak baik tau mana penah orang cari Im kecuali family Im. Yang naik motor tue ke?? La tu kan pak cik Im berapa kali nak cakap. Nyanyok betul lah Cik Farah Alia nie.” Rungut Nur Iman Balqis.

“ kau nie badigol betullah itu aku taulah. Ala kak, akak bagi tau minah lembap nie sikit..” marah Farah Alia kerana apa yang ingin disampaikan tidak difahami oleh Nur Iman Balqis.

“ kau nie memang lambat betullah Im. Kak Alia kau Tanya tentang lelaki berjanggut ciput yang cari kau melalui gambar je u.. dia tu siapa? Kenapa beria-ia sangat nak jumpa kau?” soal Azura pula. Nur Iman Balqis pantas menerpa kea rah Azura yang duduk agak jauh daripadanya.

“kak mamat tue cari Im lagi ke? Habis tu apa akak cakap? Dia cakap apa? Dia ada bagi tau apa-apa tak?? Esh kacau betullah malaun tu…”Nur Iman Balqis sedikit cemas mendengar cerita Azura tadi lalu Azura dihujani pelbagai soalan.

“ eh budak nie aku Tanya engko dulu. Baik kau cakap. Kalau tak akak tak bagi tau apa yang dia nak.” Ugut Azura. Nur Iman Balqis memikirkan kata-kata Azura itu. Farah Alia hanya ketawa melihatnya yang sudah terperangkap dengan jerat kakaknya yang seorang itu.

“ ha kak sebelum tue Im nak Tanya bila last dia datang sini?”

“petang tadi and tak lama lagi kot.” Mendengar kata-kata itu Nur Iman Balqis semakin tidak keruan. Dia merungut seorang diri tanpa difahami oleh Azura dan Farah Alia.

“woit apa yang kau merapu tue.” Tegur Farah Alia. Tiba-tiba Umairah masuk ke dalam bilik itu.

“Im ada orang cari kau. Kalau tak silap aku orang tu penah cari kau sebelum nie.” Nur Iman Balqis tercengang mendengar kata-kata Umairah itu.

“Alamak matilah Im kak kalau mamat tu yang datang kenapa akak lambat sangat bagi tau.. kan tak sempat nak lari. Ar.. Umai kau tolong aku bagi alasan kat mangkok tue boleh tak. Katalah aku tak ada ke.. aku mandi ke. Berak keapa-apalah yang penting aku tak nak jumpa dia.please mai… ha kau kata aku keluar tidur kat rumah kawan.” pinta Nur Iman Balqis bersungguh-sungguh.

“la apa pulak tadi kak sara k yang tengok siapa datang dia dah bagi tau dah kau ada kat dalam bilik. Takkan nak tipu kot nampak sangatlah.” Kata Umairah. Nur Iman Balqis berlegar-legar mencari jalan penyelesaian.

“ ala Im kau keluar jelah jumpa mamat tu.. dah 3 kali setengah dah tau dia datang cari kau.” Kata Farah Alia.

“ apalah Kak Alia mana pulak datangnya setengah tu.” Sempat lagi Nur Iman Balqis bergurau.

“ weit mamat tu dah tunggu dah tu kau pergi je lah jumpa dia.” Pujuk Izzati Maisarah yang entah bila muncul didalam bilik itu.

“ eh mana boleh.. tak boleh.. ha umai kau bagi tau dia aku dah tidur. Aku maigrain. Sakit teruk..tak boleh kacau nanti melarat. Ha kau cakap je macam tue ek. Tolong la aku kali nie.” Pinta Nur Iman Balqis penuh mengharap. Umairah hanya menurut dan tidak lama selepas itu muncul Farah Alia secara tiba-tiba dalam keadaan cemas.

“Im mamat tu nak masuk tengok kau baik kau buat-buat tidur cepat. Cepatlah lagipun kak Zura tengah lengahkan dia tu.” Sepantas kilat Nur Iman Balqis terus berbaring di katilanya dan berpura-pura tidur. Debaran didadanya amat menyesakkan nafasnya. Nur Iman Balqis terdengar suara Kak Zuera berbual dengan seseorang. Nur Iman Balqis meneruskan lakonannya. Tiba-tiba dahinya disentuh oleh tangan kasar yang semestinya bukan milik penghuni rumah itu. Nur Iman Balqis masih berpura-pura tidur. Kini dia rasakan pergelangan tangannya dipegang seseorang.

“sejak bila dia ada maigrain?” soal suara garau itu

“ erm tak pastilah tapi dia memang pernah macam nie. Kadang-kadang tue lama dia sakit” Nur Iman Balqis kenal suara kak Zuera itu. dia menyumpah didalam hati kerana kekurangan ajar lelaki tersebuat yang sewenang-wenangnya memegang tangannya itu. Nur Iman Balqis menahan amarahnya.

“nie handphone dia ke??” soal lelaki itu lagi. Handphone yang berada disebelah bantal Nur Iman Blaqis dipegangnya. Nur Iman Balqis mendengar bunyi handphonenya ditekan tetapi dia masih meneruskan lakonannya kerana pasti Azura dan teman serumahnya yang lain akan memastikan keadaannya dan segala barang miliknya selamat. “erm tak apalah biarkan dia berehat. Pastikan dia banyak rehat tau. I nak minta diri dulu. Sorry ganggu malam u all.” Kata suara garau itu lalu beredar dari bilik itu.

“woit Im dia dah blah dah. Tak payah nak berlakon lagilah.” Farah Alia menepuk lengan Nur Iman Balqis.

“ Im kau nie apa cerita sebenarnya hah. Siapa lelaki tadi tu cuba kau bagi tau kat akak.” Kata Azura tidak puas hati.

“ ala kak panjang ceritanya. Nak cerita pun esok tak habis. Kak dia buat apa ambik handphone Im tadi?” soal Im ingin tahu.

“mana akak tau. Kau nie betul ke mamat tu doctor?” soal Azura lagi.

“ entah mana Im tau. Dia kata dia doctor ke?”

“ ye lah sengal kalau tak buat apa dia nak masuk bilik kau nak tengok keadaan kau. Esh makin parah kau nie.”marah Azura. Kesabarannya sering teruji jika berbual bersama Nur Iman Balqis itu.

“ ala kak tak payahlah marah kang darah tinggi kang lagi susah. Tak pelah sekurang-kurangnya dia ambik hp digi Im and bukan Maxis.” Katanya sambil tersenyum.

“suka hati kaulah Im kalau kau nak cerita kau cerita kalau tak nak tak payah akak pun bukan nak paksa. Dahlah akak nak tidur, malas nak layan kau. Nasib budak-budak kat bilik kak Syikin kau tak ada kalau tak makin kecoh tau. Dahlah akak dah mengantok nie esok ada kelas. Good nite dear.” Azura terus keluar dari bilik itu meninggalkan Nur Iman Balqis dan Farah Alia.


bersambung....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts