bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (16)

Nur Iman Balqis leka menonton rancangan tv malam itu. keasyikannya sehingga tidak menyedari seisi rumah memandang hairan pada wajah manis Nur Iman Balqis. Menyedari perubahan suasana di dalam rumah itu bertukar menjadi sunyi pantas Nur Iman Balqis menoleh ke arah teman serumahnya itu.

“eh nie apa kes semua pandang Im macam tak penah tengok Im je nie?? La Im belum lagi jadi artis dah korang kagum sangat dengan Im… dahlah tu nak sign bagi tau jelah tak payah nak malu-malu…” kata Nur Iman Balqis tanpa rasa bersalah dan kehairanan melihat teman serumahnya yang seperti kagum melihat kewujudannya di rumah itu.

“erm Im akak nak Tanya sikit..ermmm kau tak keluar ke malam nie?? Ya lah selalu kan malam-malam kau dah hilang dah…” soal Azura ingin tahu. Nur Iman Balqis sudah menyangka soalan itu yang akan ditanya kepadanya. dia tersenyum hambar.

“ kenapa akak tak suka ke Im ada kat rumah?: soal Nur Iman Balqis penuh syahdu. Riak wajah Azura jelas berubah mendengar nada suara Nur Iman Balqis itu. bukan itu maksud persoalnnya. Azura bersyukur Nur Iman Balqis tidak keluar malam lagi kerana dia amat risaukan keselamatan adiknya yang seorang itu. perubahan pada Nur Iman Balqis seminggu dua ini amat membimbangkan hati wanitanya.

“ eh Im apa kata macam tu pulak. Akak happy Im ada kat rumah tau… hilang bosan akak. Tak adalah kan semenjak nie Im asyik keluar malam balik pun tak tentu masa. Akak risau tau. Im dah berubah.” Terang Azura penuh hati-hati takut Nur Iman Balqis terasa hati.

“yelah Im aku nie lainlah memang dari dulu selalu ada n tetiba tak ada. Kau g mana ek??” soal Farah Alia pula.

“ ala Im kita orang nie ambik berat tau pasal kau sebab tu kita orang Tanya kau. Kalau kau ada masalah bagi taulah mana tau kita orang boleh tolong..”pujuk Izzati Miasarah pula. Nur Iman Balqis tersenyum mendengar kata-kata mereka.

“ oklah biar Im bagi tau. Sebenarnya Im keluar malam konon-kononnya nak cari hiburan luarlah. Nak hiburkan hati yang bosan.. tapi baru Im sedar hiburan kat luar tu tak syok. Syok lagi dok kat umah.. dapat bermanja dengan kakak-kakak yang penyayang nie semua.” Kata Nur Iman Balqis panjang lebar.

“yelah kau tu Im macam kak Alia tak tau. . kau mesti ada problem kan.” Farah Alia cuba mencungkil rahsia. Nur Iman Balqis tersenyum kerana tahu tektik Farah Alia itu.

“ eh kak betul ke kita kena pindah ek? Berapa kali dah Im dengar hal tu tapi takut tu kabar angin je…” soal Nur Iman Balqis tiba-tiba apabila teringatkan tentang hal rumah itu.

“ah sudahlah kau Im nak alih tajuk lah tu..” kata Azura penuh pengertian. “yelah kalau tak silap akak abang Fairul ada bagi tau hari tu trapi tak komfem lagi. Tapi kan time Im ada kat rumah tuan rumah nie datang suruh kita pindahkan… bila-bila je rumah kita nie boleh robohkan” sambung Azura

“ mana tak akak kan selama nie tak perasan lak kita serumah ngan perkampungan anai-anai. Sekali tengok bila bangun tidur kita semua kena hempap dengan rumah nie kan kak..” serentak itu Nur Iman Balqis menerima pukulan bertubi-tubi kerana kelancangan mulutnya itu.

“ kau nie bongek betullah Im. Mulut tu aku cili kang baru tau..” marah Izzati Maisarah.

“ eshhh sedap tue.. pedas-pedas je rasa.. terseliur Im tiba-tiba.. kak kata nak masak nasi goreng…” kata Nur Iman Balqis penuh makna. Azura, Izzati Maisarah, Rozana dan Farah Alia ketawa mendengar kata-kata Nur Iman Balqis itu. bahasa yang digunakan oleh gadis itu juga melucukan

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts