bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (14)

“ Im, hoi bangunlah. Dah pukul berapa dah nie. Esh minah nie kalau dah tidur tak ingat dunia.” Siti Noraishah mengejutkan sahabatnya itu.

“ biasalah Im tu. kan dia ratu tidur. Lepas Nana mandi kita kejutkan dia lagilah.” Kata Nurul Asyikin. Mereka berdua telah selesai mandi dan sedang bersiap untuk memulakan tugas.

“tangan aku macam nak patah jelah rasanya. Tak boleh nak genggam lagi ha.” Adu Siti Noraishah.

“Tangan aku pun. Lepas angkat kotak minyak tulah. Macam nak putus je tangan aku ni. Tapi tak adalah sampai tak boleh nak genggam.” Kata Nurul Asyikin pula.

“ tapi tangan aku nie memang sakit gile. Nak mintak Nana tolong urutkan tangan dia pun mesti lenguhkan. Mana tak semalam kan aku kena tarik tali apa ntah tapi berat o..” Siti Noraishah mengurut lengannya yang kesakitan itu.

“ Mak ai sejuknya. Baru aku rasa segar sikit. Selesa betul.” Lina Farhana yang baru selesai mandi itu bersuara sambil matanya memandang kearah Nur Iman Balqis yang masih lena. Rasa cemburu melihat temannya masih enak lena membuatkan dia terus mengejutkan Nur Iman Balqis.

“Eh tangan aku yang sejuk sangat ke atau badan Im yang panas?” soala Lina Farhana setelah mendapati badan Nur Iman Balqis panas. Hajatnya yang mahu mendajal temannya itu terbantut setelah memegang tangan Nur Iman Balqis. Terasa panas tangan itu. Nurul Asyikin dan Siti Noraishah pantas mendekati Lina Farhana lalu mereka turut meletakkan tangan di dahi Nur Iman Balqis.

“Eh Im demam ke? Panas badan dia nie?”

“ Nak bagi tau lecture ke?” soal Siti Noraishah bimbang. Nur Iman Balqis tersedar apabila terdengar suara teman-temannya itu bercakap-cakap. Kepalanya terasa berat. Dia memandang temannya yang berada di sisinya ketika itu. perasaan hairan terbit setelah melihat temannya seperti kerisauan.

“Adoi berat pulak rasanya kepala aku ni. Korang nie kenapa. Muka berkerut je. Apa problem ke?” soal Nur Iman Balqis hairan.

“Im kau demamlah. Badan kau panas. Boleh ke kau kerja nanti? Nak aku bagi tau lecture?” soal Siti Noraishah tanpa henti. Nur Iman Balqis ketawa melihat keadaan Siti Noraishah itu.

“ Demam minah nie dah semakin seriuslah. Tengok sampai gila Im jadinya, gelak tiba-tiba. Esh takut aku.” Ujar Nurul Asyikin spontan. Lina Farhana memukul bahu Nurul Asyikin.

“aku oklah. Sikit je tu. Lepas mandi kang segarlah sikit. Kau nak bagi tau siapa? Chef Asma? Makinlah dia jadikan nie peluang untuk kenakan kita. Dahlah. Naik terkejut aku bila bangun je ada gak orang tunggu aku kat sebelah. Satu penghormatan siot.” Gurau Nur Iman Balqis. Sakit kepalanya tidak ditunjukkan kerana tidak mahu mereka bimbang.

“ yelah kau tu. Apa kau tak ingat yang kau pengsan sorang-sorang dalam toilet dulu. Kang tak pasal-pasal jadi macam tu lagi.” Sindir Lina Farhana. Jelas di kotak fikiran Nur Iman Balqis kejadian sewaktu dia pengsan di dalam tandas. Nasib tandas di pusat pengajiannya itu bersih. Sedar-sedar sahaja didapatinya dia sudah terduduk di lantai tandas itu. jika tidak salah ketika itu waktu puasa dan kelas mereka tamat lewat. Mereka berbuka di dalam kelas sahaja.

“ hoi boleh lagi dia dok termenung. Beranganlah tu. Kalau kau ok pergilah mandi. Dah pukul berapa dah nie. Nanti lambat pulak. Kena lagi leter dengan minachi tu…” kata Siti Noraishah pula setelah melihat Nur Iman Balqis duduk tersenyum seorang diri.

Nur Iman Balqis bangun lalu mencapai tualanya lalu melangkah masuk ke dalam tandas.

“Im kalau kau nak pengsan kau jerit tau. Sekurang-kurangnya kita orang tau. Jangan kau kunci pintu tu.” Pesan Siti Noraishah.

“ don’t worry Im kita orang takkan bukak pintu tu. Tak payahlah kunci takut apa-apa jadi nanti senang sikit.” Lina Farhana menyambung kata-kata temannya itu.

Nur Iman Balqis ketawa mendengar kata-kata mereka. Dia tahu teman-temannya itu mengambil berat akan dirinya. Nur Iman Balqis berbangga memiliki teman seperti mereka bertiga.

Berat sama dipikul ringan sama di jinjing. Itulah sikap mereka berempat.


Kali ini mereka terus akan memulakan tugasan seperti yang telah mereka lakukan semalam. Sebelum memulakan tugas Nur Iman Balqis dan Siti Noraishah telah berjumpa dengan Encik Zaid bagi memaklumkan keadaan kesihatan mereka. Encik Zaid meminta mereka berehat tetapi mereka enggan. Encik Zaid memesan kepada mereka supaya tidak melakukan tugasan beratan kerana takut kesihatan mereka akan semakin terjejas.

Nampaknya nasib tidak menyebelahi mereka. Chef Dollah yang dijadualkan untuk menyelenggara mereka pada hari itu bertukar kepada Chef Asma. Keluhan kasar kedengaran dari beberapa orang pelajar.

“Ok semua.. saya akan ambil alih kerja Chef Dollah sebab beliau ada tugasan yang lebih penting daripada jaga kamu semua ni. So saya terpaksa menggantikan tempat beliau kerana saya tahu kalau tak ada orang yang jaga kamu waktu kerja mesti tunggang langgang jadinya. Mesti ada yang curi tulang.” Kata Chef Asma sewaktu mereka diarahkan untuk berkumpul.

“yelah tu..” kedengaran satu suara menyindir. Semua pelajar tercari-cari suara itu.

“siapa yang bercakap tadi. Ada apa-apa yang tak puas hati?” soal Chef Asma. Semua membisu.” Baiklah saya tidak mahu awak semua memberi sebarang masalah seperti mana beberapa orang kawan kamu semua yang nak tunjuk lagak dengan saya semalam. Jangan ingat kamu akan terlepas daripada saya ya..” kata-kata yang berunsur amaran dan ugutan itu amat menyakitkan telinga empat sahabat itu. mereka tahu kepada siapa kata-kata itu ditujukan oleh wanita yang tidak puas hati kepada mereka itu.

selesai perjumpaan 5 minit itu mereka terus menyambung tugas yang tergendala sebentar tadi. Keadaan kesihatan Nur Iman Balqis dan Siti Noraishah tidak mengizinkan mereka membuat kerja-kerja berat. Mereka hanya membantu Nurul Asyikin dan Lina Farhana sahaja. Sebelum memulakan tugas sebentar tadi mereka berpakat untuk mengelak daripada bertemu atau berselisih dengan Chef Asma bagi mengelak pertelingkahan ataupun perselisihan faham. Mereka tidak mahu membuat onar lagi.

“Im kau tolong urut tangan aku jap. Sakitlah. Lengoh yang melampau tau.” Pinta Siti Noraishah.

“Eh aku kalau urut koboi aku retilah kang tak pasal-pasal tangan yang tak nazak jadi nazak pula nanti. Nana kau kan reti urut kau gilah urut mek jap. Biar aku take over kau.” Cadang Nur Iman Balqis. Dia terus menyambung tugasan Lina Farhana walaupun temannya itu belum beredar lagi.

“Im demam kau macam mana? Kalau kau tak larat kau duduk jelah. Tak payah buat. Nanti demam kau makin teruk kita orang gak yang susah dahlah lecture tak berapa minat tengok muka kita yang lawa ni.” Kata Nurul Asyikin. Lina Farhana yang sedang mengurut tangan Siti Noraishah ketawa geli hati.

“Tak pelah. Ego aku masih tebal ni. Sakit kepala tu tak payah cakaplah. Rasa nak hentak kat diding je. Tapi aku masih waras tau. Kalau aku dok bagi tau minachi tu mampus kena sindir. Tak pun dia cakap.. ala sakit sikit jet u. tak payah nak manjakan sangat diri tu. Ke awak malas sahaja nak cari tulang.” Kata Nur Iman Balqis sambil menggayakan cara percakapan Chef Asma. Mereka ketawa melihat gelagat Nur Iman Balqis itu.

“ Ha awak berempat tu. Kalau kerja sambil berbual sampai bila nak siap. Kalau nak borak pergi balik rumah. Hah ni kenapa pulak ni. Awak ingat ni kedai urut ke? Pemalas betullah awak nie.” Tiba-tiba suara itu menyergah mereka dari belakang. Terkejut yang amat mereka mendengar suara itu. baru sahaja mereka selesai mengumpat tiba-tiba muncul pula tuannya.

“panjang umor betullah orang tua nie.” Rungut Lina Farhana.

“Apa awak kata tadi Lina?” soal Chef Asma apabila mendengar suara Lina Farhana.

“Eh bila pulak saya bercakap chef. Saya urut tangan Aishah ni. Tangan dia sakit sangat. Tak dapat nak genggam.” Terang Lina Farhana.

Chef Asma menjeling tajam mendengar jawapan Lina Farhana itu. “ ait tangan Aishah yang sakit awak tak boleh buat kerja ke. Banyak betul alasan.”

“Dah kawan saya chef. Kalau tak saya yang tolong kawan saya siapa lagi. Saya ni masih ada hati perut masih ada perasaan kesian tak taulah kalau chef …” kata Lina Farhana. Hatinya sakit mendengar kata-kata Chef Asma yang tidak ada sikap prihatin.

“Dah jangan nak banyak cakap. Awak sambung kerja awak. Aishah ikut saya ambil ubat.”arah Chef Asma. Dia terus berlalu pergi. Empat sahabat itu tersenyum puas melihat pemergian wanita itu. siti Noraishah mengikuti langkah Chef Asma untuk mengambil ubat yang dijanjikan tadi. Menyedari chef Asma sudah tiada pantas Nur Iman Balqis mencari tempat untuk duduk. Kepalanya tiba-tiba terasa pening. Sebelum apa-apa terjadi pantas dia duduk. Matanya dipejamkan.

“Im kau ok ke? Tulah tadi tak nak bagi tau orang tua tu kau demam. Kalau tak boleh ikut mek ambik ubat tadi” tegur Lina Farhana. Dia kaget melihat Nur Iman Balqis yang tiba-tiba sahaja mencari tempat untuk melabuhkan punggungnya. Nur Iman Balqis membisu. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri. Lina Farhana terus mengurut belakang Nur Iman Balqis bagi melegakan ketidak selesaan temannya itu.

Siti Noraishah tiba setelah mengambil ubat. Dengan perasaan bersalah dia duduk disebelah Nur Iman Balqis.

“Im sorry tadi aku mintak panadol untuk kau tapi chef tak bagi. Dia kata nanti kau salah gunakan ubat tu. Aku katalah yang kau demam p dia kata ko demam sikit je tak payah membazir ubat. Sorry ek. Ko ok ke. Ambik la ubat aku nie.” Kata Siti Noraishah.

“Apa dia kata macam tue. Sial betul la orang tua tu. Dengki tak bertempat. Bodoh betul.” Marah Lina Farhana setelah mendengar kata-kata Siti Noraishah itu.

“esh teruk gak dia ek. Hati batu betul”rungut Nurul Asyikin pula.

“dia ingat aku nak sangat ubat dari dia. Kirim salam lah. Mesti dia dah bayangkan aku merayu mintak ubat kat dia.. boleh blahlah. Biar aku mati dari aku mintak kat dia ubat. Tak pelah mek bukan salah ko pun dah malang dapat lecturer hati binatang macam dia.” Kata Nur Iman Balqis. Kepalanya yang sakit bertambah berdenyut mendengar cerita itu.

“Im kau rehatlah dulu kalau tak larat. Tak pe biar we all yang buat sume nie. Kita orang cover ko.” Kata Nurul Asyikin. Nur Iman Balqis hanya tersenyum melihat keprihatinan teman-temannya itu. Dia duduk sambil memicit kepalanya. Tidak pernah lagi Nur Iman Balqis demam seteruk ini dan setabah ini ketika demam. Selalunya dia akan terbaring tidak bermaya jika demam tetapi kali ini mungkin kerana ego dan rasa sakit hati terhadap pensyarahnya dia mampu bertahan di situ dan mampu melakukan tugas yang diberi. Walaupun kadang kala dia terpaksa berhenti seketika untuk menenangkan kesakitan yang dirasakan kerana tidak cukup rehat.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts