bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (15)

Well tak semua yang kita impikan akan kita perolehi. Dan untuk memuaskan hati kita hanya angan-angan dan mimpi yang menjadi teman di kala kita keseorangan. Kegembiraan dan keceriaan dalam hidup kita hanya akan kelihatan setelah tangan kita yang mencorakkannya dan bukan orang lain. Kita harus bijak mewarnai hidp kita sendiri walaupun kita tahu pada hakikatnya terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang sedia ada. Nur Iman Balqis baru menyedari kenyataan itu. betapa ruginya rasa apabila selama ini dia telah mempersiakan hidupnya yang bisa di indahkan dengan warna-warna ceria. Kini Nur Iman Balqis sedar kesilapannya yang terlalu mengikut perasaan sendiri. Dia ingin keluar mencari kehidupan sendiri. Dia tidak mahu lagi hidup dalam kesedihan. Dia sudah letih hidup dalam kesuraman. Dia ingin hidup ceria seperti mana dia telah lalui dahulu. Dia nekad tidak mahu memikirkan perkara yang bakal memyesakkan fikirannya sendiri.

“woi Im kau buat apa tue?eh nak keluar ke?”soal Farah Alia. Nur Iman Balqis menoleh kearah Farah Alia yang sudah duduk di katilnya.”kau nak pergi mana Im? Soal Farah Alia lagi.

“Im nak keluarlah kak Alia. Bosan duduk kat rumah nie. Tak ada buat apa-apa. So Im nak enjoi. Nak ikut ke?”soal Nur Iman Balqis. Dia membetulkan rambutnya yang agak kusut itu.

“erm kau dah siap baru nak ajak aku. Kau kuar dengan siapa Im?” soal Farah Alia.

“ Eh Im melawa nie nak pergi mana? Mak ai wanginya… “tegur Izzati Maisarah yang tiba-tiba muncul di dalam bilik itu.

Ala kak Sara Im nak pergi pasar jap ye…” gurau Nur Iman Balqis.

“ Esh bongeklah ko ni Im. Aku Tanya betul-betul dia memain lak..” marah Izzati Maisarah. Farah Alia ketawa.

“la kau nie Sarah nak tengok Im pakai baju lawa-lawa mestilah nak keluar. Takkan dia nak buang tebiat melawa kat umah je pulak.” Sindir Farah Alia. Nur Iman Balqis hanya ketawa.

“ kak Sarah.. im kalau duduk kat rumah nie bukan dapat apa pun. So why not Im keluar gembirakan hati Im nie… tak salahkan.. nak ikut ke?” pelawa Nur Iman Balqis. Izzati Miasarah hanya menggelengkan kepalanya. Tanpa banyak bicara Nur Iman Balqis keluar setelah mendengar bunyi hon kereta di hadapan rumahnya. Dia keluar lalu mendapatkan kereta hitam itu lalu hilang di dalam kepekatan malam.

“ Eh Im pergi mana malam-malam nie?” soal Umairah yang baru sahaja keluar dari biliknya.

“ dia keluar nak enjoy and hiburkan hati katanya. Ntahlah aku pun tak tau..”kata Izzati Maisarah.

“ait dah pukul berapa dah nie… akak tengok Im tue makin pelik perangai dia sejak kes dia tu. Dia tak ada cerita apa-apa ke kat kau Alia?” soal Azura risau melihat perubahan adiknya yang seorang itu.

“ ntahlah kak tak ada cerita apa-apa pun.”balas Farah Alia. Mereka membisu.

“akak ada gak dgr cite derang kata Im buat hal p akak takut apa yang akak cerita lain dari apa yang Im kena. Nantilah akak cuba tanya Im.”kata Azura.

“eh kak yang hari tu akak cite ada mamat cari Im tu ada ke dia cari lagi?”soal Izzati Maisarah ingin tahu. Farah Alia turut menanti jawapan Azura.

“kalau tak silap akak berapa kali dia datang cari Im. Tapi Im tak ada. Akak pun tak tau sapa dia nie.”

“Esh rugi lah saya tak ada time tu kak kalau tak boleh ngorat dia.”

“ko ni sarah mana ko nak letak balak ko tue?” marah Azura. Farah Alia mentertawakan temannya itu.

“kak sbenanya kawan Umai ada kat tempat kejadian dia ada cerita kat Umai apa yang jadi..” kata Umairah yang sedari tadi membisu.

“la apalah kau nie. Ceritalah kat kita orang… kita orang nak gak tau cerita dari orang yang ada kat tempat kejadian..” kata Farah Alia

“Ok sebenarnya macam nie…..”

***********************************************************************

“Nur Iman Balqis!!!! Saya suruh awak kerja bukan suruh aku bermalas-malas kat sini. Awak ni memang tak boleh harap. Cepat buat kerja.” Sergah chef Asma yang muncul secara tiba-tiba itu. Nurul Asyikin, Lina Farhana dan Siti Noraishah yang tidak menyedari kehadiran pensyarah itu tidak sempat memberi amaran kepada temannya yang seorang itu.

“Chef, Im demam biarlah dia rehat.”kata Siti Noraishah.

kan saya dah bagi ubat tadi demam apa lagi”

“Bila masa pulak chef bagi ubat tadi saya yang mintak ubat. Sakit tangan” kata Siti Noraishah.

“ala sikit aja tu mengada aja lebih dah bangun Nur Iman Balqis. Jangan nak curi tulang pulak. Cepat.” Arah chef Asma nyaring. Beberapa orang pelajar memandang ke arah mereka setelah mendengar suara chef Asma menjerit.

“chef saya nak rehat kejap. Lepas ni saya sambung kerja balik.” Kata Nur Iman Balqis lemah. Dia malas melayan pensyarah itu.

“jangan nak banyak alasan Nur Iman Balqis. Saya kata buat kerja sekarang. Dari tadi saya Nampak awak duduk je. Tak cukup lagi rehat.”marahnya lagi.

“chef biarlah Im rehat tak apa biar kami yang buat semua ni.”pinta Siti Noraishah. Dia tidak sampai hati melihat temannya yang lemah itu berhadapan dengan pensyarah itu ketika ini.

“apa guna dia dibayar gaji untuk kerja dan belajar kalau sekadar nak mengangkang kat sini. Sakit sikit tu tahan jelah. Kalau malas tak payah terlibat dengan apa-apa aktiviti lagi lepas ni. Mesti mak bapak awak kecewa ada anak macam awak.”kata-kata sinis yang tiba-tiba keluar dari mulut chef Asma itu menghairankan mereka. Nur Iman Balqis memandang tajam kearah chef Asma. Kesabarannya semakin hilang. Demam panas yang dihidapinya hari itu menambahkan lagi kemarahannya.

“chef cakap baik-baik sikit. Yang sampai libatkan mak bapak tu pehal. Kalau saya kata lepas ni sambung balik lepas nielah saya sambung balik. Yang chef dengki sangat tu pesal. Ramai lagi budak lain ada kita orang gak yang chef cari. Chef ni betul-betul berat sebelah lah.”marah Nur Iman Balqis. Suaranya sedikit nyaring. Sakit hatinya mendengar kata-kata chef yang agak keterlaluan itu.

“awak jangan nak kurang ajar dengan saya. Dahlah pemalas. Memang mak awak malu ada anak macam awak. Mesti dia kecewa. Kurang ajar sangat..”Nur Iman Balqis yang mendengar kata-kata itu memandang tajam pensyarah yang tersenyum sinis itu. Hatinya semakin sakit. Chef Asma seperti menguji kesabarannya yang semakin menipis itu. Setahunya bukanlah kesalahan berat jika dia mahu berehat sebentar.

“habis tu mak chef bangga sangat tengok chef tu. Dia lagi kecewa kalau tau prangai buruk chef tu. Busuk hati, pilih kasih, berat sebelah. Chef pun bukannya baik sangat pun. Tak da yang nak dibanggakan mak chef tu….” Dengan perasaan geram Nur Iman Balqis melontarkan kata-kata itu. Temannya yang lain terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nur Iman Balqis.

“awak dah melampau.awak betul-betul dah menguji kesabaran saya. Awak ingat awak tu siapa? Saya nie pensyarah awak tau. Sedarlah.awak memang kurang ajar betul Ke awak yang bebal sangat sampai tak dapat di ajar. Sampai tak tau nak hormat orang”

Chef Asma seperti tidak dapat mengawal kemarahannya. Bahu Nur Iman Balqis ditolaknya menyebabkan dia terdorong ke belakang. Bukan kesabaran Chef Asma yang di uji tetapi kesabaran mereka. Nur Iman Balqis mengetap gigi menahan perasaan marahnya. Nurul Asyikin pantas memegang tangannya kerana dapat membaca tindakan yang bakal dilakukan Nur Iman Balqis.

“chef dahlah tu. Im dahlah malulah orang tengok korang macam nie..” Lina Farhana cuba menenangkan kedua pihak. Pertengkaran mereka berdua semakin hebat dan sebelum perkara teruk terjadi mereka harus dipisahkan. Tangan Nur Iman Balqis masih dipegang Nurul Asyikin. Dia takut Nur Iman Balqis akan bertindak lebih lagi. Nur Iman Balqis masih memandang tajam kearah chef Asma. Kebenciaan pada pensyarahnya itu hanya diluahkan melalui pandangan mata. Dia masih berfikiran waras dan kesabarannya masih ada walaupun sedikit.

“awak jangan masuk campur Lina biar saya ajar budak tak sedar diri ni. Tak sedar masih belajar nak tunjuk lagak pulak dengan saya.dah hebat sangat ke awak tu?”

“huh chef pun bukannya hebat sangat. Setakan jadi pensyarah huh” kata-kata Nurul Asyikin itu masih didengari oleh chef Asma walaupun suaranya perlahan. Kata-kata sinis itu menambahkan kemarahan wanita itu.

“Nurul awak jangan nak kurang ajar dengan saya pulak. Awak nak ikut pelajar setan nie?”mendengar kata kata itu Nur Iman Balqis terus menyentap tangannya.

“Ha yelah tu aku pelajar yang setannya kau.”serentak itu satu tamparan hinggap di pipi Nur Iman Balqis. Semua yang ada terkedu melihat tindakan chef Asma itu. Nur Iman Balqis yang ingin membuat serangan balas itu cepat-cepat ditahan oleh teman-temannya. Beberapa orang pelajar terpaksa memegangnya.

“kau tu yang setan. Kau nie dah melampau tau. Bodoh sombong betul. Kau ingat kau tu bijak sangat. Jangan ingat kau masuk university swasta kau boleh buat apa je.Ha tengok perangai kau tu terok. “marah chef Asma nyaring.

“chef apa nie main tangan lak chef…..”

Tidak sempat Lina Farhana menghabiskan kata-katanya chef Asma besuara. “awak diam Lina. Saya rasa korang nie dah salah pilih kawan. Jangan la kawan macam setan dua ekor ni. Nanti perangai korang buruk jugak.”tidak semena-mena Nurul Asyikin turut menjadi mangsa. Entah angin apa yang menyerang pensyarah itu mereka tidak tahu.

“chef jangan ingat chef lecturer chef boleh cakap apa je. Kesabaran kami masih ada lagi chef. Lagipun yang saya tengok sekarang bukan perangai kita orang yang teruk tapi perangai chef. Yang chef tiba-tiba nak marahkan kita orang nie kenapa? Chef kalau tak puas hati bagi tau je lah.”marah Nurul Asyikin. Dia berang setelah pensyarah itu melibatkan dirinya pula. Siti Noraishah yang menyaksikan perkara itu turut geram. Sakit hatinya apabila rakannya dihina sebegitu.semakin ramai pelajar yang menyaksikan pertelingkahan itu.

“kalau chef marah pasal malam tadi kami minta maaf. Malam tadi kami betul-betul latih. Maaf sekali lagi.” Kata Siti Noraishah yang teringat kejadian malam tadi. Mungkin chef asma masih marahkan mereka.

“saya tau apa yang saya buat. Saya kena ajar student kurang ajar macam kamu nie.. nak hormat orang pun tak reti. Ha tengok tu.. masih nak kurang ajar. Apa awak nak lempang saya balik. Hah lempang la..”kata chef Asma angkuh setelah melihat Nur Iman Balqis memandang tajam sambil dipegang erat oleh pelajar lain. Dia cuba melepaskan diri. Tetapi tidak berjaya. Tanpa diduga Nur Iman Balqis tiba-tiba meluru kearah chef Asma dan menampar pipi kiri wanita itu. Pelajar lain tidak sempat menahan tindakan spontannya itu.

“IM!!!!!”jeritan itu menarik perhatian mereka semua. Seorang lelaki berlari-lari anak kearah mereka. Chef Dollah menghampiri mereka.

Chef Asma yang baru sedar dirinya di tampar pelajar sendiri terus menyerang Nur Iman Balqis. Nur Iman Balqis ditolaknya. Mujur ketika itu Siti Noraishah sempat menahan chef Asma dari terus bertindak.

“Kurang ajar kau setan”jerit chef Asma.

“kau jangan harap boleh lempang aku lagi. Kau tak ada hak. Sedangkan mak bapak aku pun tak lempang aku nie kan kau yang tak da kaitan dengan aku. Kita dah tak ada hutang. Kau lempang aku aku dah bayar balik. 0-0” kata Nur Iman Balqis lalu melangkah pergi dari situ. Chef Dollah yang baru tiba menjerit memanggil nama Nur Iman Balqis tetapi hampa Nur Iman Balqis tetap meneruskan langkahnya. Tiada seorang pun yang bergerak di situ.

“apa yang dah jadi nie ha?” soal Chef Dollah garang. Semua yang ada membisu. Ada juga yang curi-curi pergi kerana takut disoal. “Aishah apa yang dah jadi.” Soal Chef Dollah lagi. Nurul Asyikin berlalu mendapatkan Nur Iman Balqis yang semakin jauh meninggalkan mereka.

“tu budak kurang ajar tu. Saya di tamparnya. Saya arahkan dia buat kerja tapi dia lawan. Saya marah lah” kata Chef Asma dalam sedu.

“mana ada. Chef yang mulakan dulu. Im sakit pun chef Asma suruh buat kerja teruk. Im baru nak rehat chef dah datang suruh buat kerja..” kata Lina Frhana membela temannya.

“awak jangan nak menyampuk Lina. Awak nak subahat dengan dia?”marah chef Asma.

“ betul apa yang Lina bagi tau tu. chef datang terus marah-marah.. paksa orang kerja macam buruh kasar. Padahal kita orang baru nak rehat.”sokong Siti Noraishah

“sudah sudah jangan nak bertekak lagi. Yang lain nie tak ada kerja ke? Dah pergi buat kerja masing-masing awak berdua saya nak jumpa lepas nie. Bagi tau kawan-kawan awak tu juga.” Selesai memberi arahan chef Dollah terus berlalu diikuti chef asma.

Siti Noraishah dan Lina Frhana mengeluh. Entah malang apa yang menimpa mereka. Mereka sedar kini mereka berhadapan dengan masalah besar. Nur Iman Balqis terus menghilangkan diri.

******************************************************************

“la macam tu ke ceritanya. Habis tu derang kena tindakan apa. Gilalah Im tu. Tak pernah lagi aku dengar student lempang lecturer. Pecah rekod tu.” Kata Farah Alia.

“ esh kau ni Alia. Apalah kata macam tue. Tapi chef Asma tu pun satu pesal dia tak puas hati sangat dengan Im and the geng ek. Kalau di fikirkan balik sian gak akak tengok Im tu. Dia kan kalau demam mesti teruk.” Kata Azura penuh simpati.

“ weit sambung la cerita Im lari g mana?” soal Izzati Miasarah tidak sabar.

“ manalah umai tau dia g mana.” Kata Umairah slumber.

“la ko nie cerita tak habis la….” Marah Izzati Maisarah tidak puas hati.

“sambungan dia minggu hadapan hari dan waktu yang sama ok..”kata Umairah diikuti gelak tawa mereka.

************************************************************************

No comments:

Post a Comment

Popular Posts