bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (13)

Keletihan benar-benar menguasai mereka. Masing-masing terus merebahkan badan ke atas tilam yang empuk. Terasa selesa setelah dapat baring di atas tilam itu. kemeriahan majlis itu amat dirasai walaupun mereka hanya terlibat di belakang tabir sahaja. Pelbagai golongan tetamu hadir pada malam itu. setelah majlis bermula tugas mereka menjadi ringan. Seperti biasa sebolehnya empat sekawan itu cuba mengelak daripada bertemu dengan Chef Asma kerana mereka tahu jika pensyarah itu melihat wajah mereka pasti ada sahaja kerja yang akan disuruh. Ada-ada sahaja kerja untuk mereka berempat. Ketika itu mereka di beri masa untuk berehat sementara menunggu tugasan seterusnya. Masa inilah diguna oleh mereka untuk merehatkan tubuh badan yang telah dikerah tenaganya tadi.

Tidak seperti yang dijanjikan mereka tetap menjadi runner ketika majlis itu berlangsung. Janji yang mengatakan merekahanya bertugas di kitchen tidak dipenuhi. Mereka rasa tidak puas hati. Rungutan mereka tidak di endahkan.

“Ya Allah letihnya badan aku. Dahlah banyak gile kerja yang kita kena buat. Nasib esok bukan orang tua tu yang jadi penyelia kita. Amat sikit dunia. Kalau Chef Dollah aku rasa ok sikit kot.” Kata Lina Farhana memecah kesunyian antara mereka. Siti Noraishah bingkas bangun lalu mencapai tuala miliknya. Badan yang melekit merimaskannya.

“ Betul tu Nana. Tapi aku takut gak mana tau tiba-tiba Chef Dollah pun sama dengan Chef Asma. Mau mati gak kita.” Mereka ketawa mendengar kata-kata Nurul Asyikin itu.

“Dahlah tadi kita jugak yang kena tolong budak-budak waiters. Tak adil langsung.” Rungut Lina Farhana.

“ betul tu Nana. Kan dia orang kata budak-budak yang ada 2 tugasan tak buat kerja berat dalam kitchen sebab nak jadi waiters. So budak-budak kitchen kena buat kerja berat sikit. Aku rasa bukan sikit je berat tu tapi banyak lebih teruk lagi kita kena juga kerja time majlis tu.” Nurul Asyikin meluahkan rasa tidak puas hati yang ditanggungnya sedari tadi.

“Woi tutup lampu. Aku nak tidur ar..”

“Kau tutuplah aku malaslah nak bangun..”

“Aku pun. Aku dah selesa dah ni” kata Nurul Asyikin menyokong kata-kata Lina Farhana. Kedengaran keluhan daripada bibir Nur Iman Balqis.

“ mek tutup lampu kang tau.” Jerit Nur Iman Balqis.

“Woi aku tak pekak lagilah. Tak payahlah jerit. Korang tak mandi ke? Aku ni rimaslah. Badan aku melekit. Tu aku mandi.” Kata Siti Noraishah yang sudah selesai mandi. Dia pantas menyarungkan baju kerana sudah terlalu mengantuk.

“Aku ingat kau lam toilet sebab tu aku jerit. Buang tenaga aku je. Eh jangan tutup pintu dulu tau. Aku nak gi toilet jap kang gelap pulak. Biar aku tutup pintu kang.” Kata Nur Iman Balqis lalu bangun menuju ke tandas yang telah disediakan di dalam bilik itu.

“ hoi Im lampulah. Pintu apa pulak. Mengigau apa minah ni.” Lina Farhana menegur kesilapan temannya itu.

“ sama je lah. Tu yang aku nak sebut tadi.” Nur Iman Balqis sempat membalas kata-kata Lina Farhana. Setelah keluar dari tandas Nur Iman Balqis terus ke suis lampu. Lampu dipadamkan. Dia sudah bersiap sedia untuk tidur. Baru sahaja dia ingin mendekati katilnya pintu bilik mereka diketuk. Semakin lama semakin kuat.

“Esh makhluk mana yang tak reti nak hormati masa tidur orang ni. Apa tak faham-faham ke orang letih.” Marah Nur Iman Balqis. Dia bangun lalu ke pintu bilik mereka. Lampu dihidupkan kembali. Teman-temannya yang lain turut merungut dan menyumpah si pengacau itu. pintu dibuka. Tanpa kebenaran mahupun bicara pengganggu itu terus merempuh masuk.

“Apa ni Chef. Tiba-tiba aja meredah bilik kita orang malam-malam. Dahlah tak bagi salam.” Kata Nur Iman Balqis. Hatinya geram kerana kakinya pedih terkena pintu dek tolakan wanita itu.

“ saya dapat tahu awak bawa lelaki masuk bilik ni.” Tuduhan itu amat memeranjatkan mereka berempat.

“ Siapa yang bagi tau chef? Biar saya ajar dia. Suka-suka aja nak fitnah kita orang. Bodoh betul orang tu.” Marah Lina Farhana. Hati membara kerana masa rehatnya terganggu.

“ mulut awak tu hati-hati sikit ya Lina. Jangan nak kurang ajar.” Marah Chef Asma.

“Ya Allah chef. Buat apalah kita orang nak bawa lelaki masuk bilik nie. Kita orang dahlah letih buat kerja tadi. Baik kita orang tidur.” Kata Siti Noraishah.

“Entah chef ni. Agak-agaklah kita orang nak bawa lelaki masuk bilik ni. Yang chef nak tuduh-tuduh kita orang kenapa. Suka hati aja.” Marah Nurul Asyikin pula.

“ tuduh apa pulak. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.”

“ angin pulak. Chef zaman sekarang nie kalau pokok bergoyang time tak ada angin maknanya adalah monyet bergayut kat pokok tu. Dahlah chef. Kita orang letih ni. Esok nak kerja dari pagi pulak.” Kata Nur Iman Balqis. Keletihan yang dirasanya membuatkan dia malas melayan tetamu yang tidak di undang itu.

“Awak jangan nak mempersendakan saya. Dahlah tadi awak kurang ajar dengan saya. Jangan nak tunjuk lagak awak. Saya ni pensyarah awak. Hormat sikit.” Marah Chef Asma setelah mendengar kata-kata Nur Iman Balqis. Dia terasa seperti dipermainkan.

“Chef tolonglah. Boleh tak chef sambung esok je ceramah chef tu. Kita orang dah ngantok sangat ni.” Pinta Lina Farhana.

“ Awak semua ni dah melampau. Saya ada hak ke atas awak semua. Awak semua di bawah tanggungjawab saya jadi saya boleh buat apa yang patut kalau awak ada buat salah.” Kata pensyarah itu geram. Mereka semakin sakit hati mendengar kata-kata wanita itu. mereka tahu wanita itu tidak puas hati dengan tindakan mereka padanya petang tadi.

“ Chef tolonglah. Yang chef nak berleter malam-malam ni buat apa?kita orang just nak tidur je. Kita orang letih. Chef tau tak L.E.T.I.H.” Nur Iman Balqis mengeja perkataan letih supaya wanita itu mengerti maksud mereka.

“awak jangan ingat saya bodoh. Saya nak awak pergi kat ruang tamu sekarang juga. Saya nak buat tindakan kepada awak.” Arah wanita itu.

“ apa pulak chef. Chef ni dah berlebih tau. Apa pulak salah kita orang. Tiba-tiba nak ambik tindakan.” Bantah Lina Farhana.

“jangan nak banyak soal. Buat apa yang saya suruh.” Kata wanita itu sambil mula melangkah ke muka pintu. Nur Iman Balqis yang masih berdiri di situ dihadiahkan jelingan tajam.

“ Sorry lah chef. Sekarang bukan masa nak ambik tindakan. Memang chef bertanggungjawap ke atas kita orang tapi tak bermakna chef boleh buat sesuka hati chef.” Kata Nurul Asyikin. Mendengar kata-kata pelajarnya itu pantas Chef Asma menoleh.

“Awak jangan nak lawan kata saya. Awak ingat saya akan lepaskan awak selepas apa yang awak dan kawan-kawan awak buat pada saya. Dah lah kurang ajar. Biadap.” Suaranya agak lantang. Matanya membesar menahan marah. Beberapa orang pelajar keluar dari bilik setelah mendengar suara nyaring wanita itu. mereka menyaksikan pertengkaran kecil itu. menyedari semakin ramai yang memandang mereka Nur Iman Balqis mengambil keputusan untuk menamatkan drama itu. dia tidak dapat bersabar lagi

“ wo..wo..wo. kalau chef dah anggap macam tu kita orang boleh buat apa? Dan untuk membuktikan semua tuduhan tu ok fine. Jangan harap kita orang akan ikut kata chef malam ni.why? sebab Masa kerja dah tamat chef. Now we all bukan pekerja and not ur student. So suka hati kita orang nak jadi macam mana. Nak bincang tentang kerja waktu kerja or kalau nak tegur studentnya biarlah kena waktu dan cara chef. Ok good nite. Assalamualaikum” Nur Iman Balqis menutup pintu kamar itu. jeritan chef Asma tidak dihiraukan. Perasaan letih dan mengantuk lebih menguasai akal fikirannya daripada berfikir secara waras. Temannya yang lain terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya sebentar tadi

“Thanks Im” kata Nurul Asyikin setelah merasakan ketenangan

“Weit korang tak rasa melampau ke buat chef macam tu hah? Aku takutlah kalau dia ambil tindakan berat esok” Siti Noraishah yang dari tadi membisu bersuara.

“mek kau jangan nak ganti chef pulak. Tidur jelah” marah Lina Farhana.

“ Tak adalah aku Cuma takut je. Macam kita dah tak hormat dia lagi dah.” Katanya lagi dia risau sebenarnya.

Dahlah mek kita tidur je. Esok sambung berbual ok. Esok kau nak Tanya macam-macam pun tak apa. nanti kita orang jawab.” Kata Nurul Asyikin dalam keadaan yang separuh sedar.

“dahlah mek. Dia pun tak hormat waktu kita so kita terpaksa buat macam tu. Dah tak payah risau. K assalamualaikum.” Nur Iman Balqis cuba menenangkan temannya itu. tidak lama selepas itu mereka semua terlena dalam keletihan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts