bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

nur iman balqis (11)

“Assalamualaikum, assalamualaikum.” Kedengaran suara orang memberi salam dari luar. Azura keluar dari biliknya terus menuju ke pintu utama.

“ Waalaikumsalam. Ya cari siapa?” soalnya setelah melihat wajah tetamu itu. wajah itu tidak pernah dilihatnya. Tetamu itu mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Sekeping gambar dihulurkan kepada Azura. Dahi Azura berkerut setelah melihat gambar yang di hulurkan. Seribu satu persoalan terus menerpa kotak fikirannya setelah melihat gambar itu.

“ U kenal dia?” soal tetamu itu. Azura membisu. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.

“Eh tu gambar Imkan kak.” Kata Siti Nurmaisarah yang sudah berada di belakang Azura. “Mana awak dapat gambar nie?” soalnya ingin tahu.

“ Did she here?” soal tetamu itu tanpa menjawab soalan Siti Nurmaisarah.

Ala dia baru…” tidak sempat Siti Nurmaisarah menjawab Azura memotong percakapannya.

“ Tak tahulah encik. Kami tak tahu mana dia pergi” tanpa disedari tetamu itu Azura mencubit Siti Nurmaisarah. Dia terjerit kecil dek cubitan itu. kedengaran keluhan dari tetamu itu. dia seperti berfikir sesuatu.

“ please I need to see this girl. This is so important. Dia tinggal di rumah nie kan?” soal tetamu itu serius. Azura kaget. “ ops sorry. May be u all tak pernah tengok muka I cari dia but belive me I tak ada niat jahat. Ada perkara penting that why I need to see her.” Sedaya upaya tetamu itu meyakinkan mereka berdua. Nyanyian Siti Nurhaliza berkumandang. Deringan itu memaksa Azura meminta diri manakala Siti Nurmaisarah masih di situ. Kesempatan ini diambil oleh Azura untuk menalifon Nur Iman Balqis. Nombor di dail beberapa kali. Azura mengeluh kerana tidak dapat berhubung dengan Nur Iman Balqis. Dengan lafas bismillah Azura menekan nombor Nur Iman Balqis. Dia menanti seketika.

“ helo Im. Im kat mana? Ada lelaki cari Im kat rumah nie.?”kata Azura setelah mendengar suara Nur Iman Balqis.

“hah siapa pulak yang cari Im sampai kat rumah kak?soalnya.

“manalah akak tahu. Dia tunjuk gambar Im. Dia pakai kereta hitam. Ntahlah dia Tanya Im tinggal sini tak tapi akak tak jawap. Dia masih ada kat depan tu dengan kak Sarah.”terang Azura.

“ Gambar Im? Pakai kereta hitam? Eh akak lelaki tu ada janggut sikitkan sejompot je. Tinggi-tinggi kan kak.?kalau dia akak kata tak kenal Im. Jangan bagi tau dia apa-apa. Please kak dia ada lagi ke. Akak gilah kata Im tak tinggal kat sana. Cepat kak.” Suara Nur Iman Balqis kedengaran cemas. Azura pantas keluar dan dilihatnya lelaki tadi sudah melangkah pergi.

“Im dia dah pergilah. Eh Sara apa kau cakap dengan lelaki tu?soal Azura igin tahu.

“mana ada Sara cakap apa-apa kak. Dia cakap kat talifon dah tu blah.” Kata Siti Nurmaisarah. Azura mengulangi apa yang diberitahu Siti Nurmaisarah tadi kepada Nur Iman Balqis.

“ oklah kak thanks. Nanti kita cerita kat rumah, Im nak jumpa Encik Wan ni. Nak sattle something. Babai. Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Azura termenung seketika. Dia cuba mencari jawapan pada soalan yang menghantuinya sebentar tadi.

‘kak siapa lelaki tadi tu ek. Tetiba je orang macam tu cari Im. Nie mesti ada apa-apa. Apa pulak lah problem si Im kali ni kak.” Kata SIti Nurmaisarah. Azura hanya membisu tidak mahu mengulas kata-kata Siti Nurmaisarah itu. dia sendiri tidak mempunyai jawapan pada persoalan yang sedang mereka fikirkan.

bersambung....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts