bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

cerita cinta ep.9

Eisya merasakan kepalanya berat sekali. Dia cuba bangun dari pembaringan. Dia cubamengingati apa yang telah terjadi tetapi hampa lalu dia terus ke bilik mandi untuk menyegarkan badannya. Selesai mandi Eisya pergi ke bilik teman-temannya yang lain tetapi tiada seorang pun di sana. Dia terus ke ruang rehat dan kelihatan teman-temannya sedang enak duduk bersantai sambil mendengar lagu.

“ hello geng. Korang tak buat apa-apa ke? Badan aku letihlah. Letih semacam. Kepala aku pula rasa berat je.actually what happend last night? Aku tak ingat apa-apa lah?” soal Eisya ingin tahu. Dia hairan melihat riaksi dan memek mka temanya itu. seperti ada sesuatu yang terjadi. Sesuatu yang dia tidak tahu.

“hey korang nie kanepa? Aku Tanya apa dah jadi last night??” soal Eisya lagi setelah semua mereka membisu.

“my lovelly friend, for your information last night kau hampir je kena culik and hampir je kena rogol kau tau tak??!!!” jawab Iela dengan nada yang agak keras. Eisya yang mendengar jawapan Iela itu terkejut.

“apa yang kau merepek nie Iela. Bagi taulah betul-betul. Jangan main-main.”

“ ye betul cik Eisya Dato Yusuf. Malam tadi kau hampir kena culik and kena rogol kau tau tak.” Farhan mengulangi kata-kata Iela tadi.

“ and kau tau tak kerja siap? Semua tu kerja Hisham. Kawan yang kau baru kenal 3 minggu tu. Yang ajak kita keluar makan malam tadi. Dah makan kita pergi main video game. And entah bila dia bagi kau pil hayal entah. Kau tak ingat.???” Soal Liya geram. Eisya terkejut mendengar kata-kata temannya itu. dia masih tidak percaya. Dia cuba mengingati apa yang terjadi malam tadi dan sedikit sebanyak dia mla mengingati apa yang terjadi. Perkara yang terakhir diingatina dia dipapah oleh Hisham masuk ke dalam kereta dan ternampak Man dan beberapa orang lelaki menghalang kereta mereka.

“Ya Allah baru aku ingat. Setan punya jantan. Kalau aku jumpa dia mati aku kerjakan.”marah Eisya.

“ ha eloklah tu. Sedangkan semalam pun kau tak tau bila dia bagi kau pil hayal ntah-ntah lepas ni kalau kau jumpa dia lagi kau pun jadi mangsa dia kan.” Sinis sahaja kata-kata Fiela itu. eisya tahu memang dia bersalah tetapi nasi sudah jadi bubur.

‘ nasib baik Man ada tau tak. Ha lagi satu. Semalam kau kata kau dah bagi tau abang Jo yang kita nak keluar and now abang Jo kata dia langsung tak nampak kau lepas kau bangun dari kerusi tu. Kau tipu kita orang tau tak.”Liya memarahi Eisya.

“lebih buruk lagi bila sampai je kat rumah terus kita orang kena marah tau tak. Kita orang tau yang kena…” sambung Fiela. Eisya betul-betul kesal dengan kesalahnya. Dia dihimpit rasa bersalah kerana dirinya, teman-teman yang lain dimarahi Jo. Walaupun tidak bersama dengan teman-temannya malam tadi tetapi dia dapat membayangkan keadaan mereka dimarahi Jo. Eisya benar-benar kesal. Eisya memikirkan jalan yang terbaik untuk meminta maaf pada teman-temannya. Dia rela melakukan apa sahaja asalkan mereka memaafkannya.

“ok jangan buat abang Jo marah” kata Liya.

“jangan cari pasal denga abang Jo.” Kata Farhan pula.

“ikut cakap abang Jo” tambah Iela. Eisya tercengang mendengar permintaan mereka.

“ tapi kalau dah sakit hati sangat takkan nak diam je. Ha kalau dia saja nak naikkan darah aku. Nak buat aku marah macam mana?” soal Eisya.

“ please dear. Belajar bersabar.” Pujuk Fiela. Dia Tahu Eisya seorang yang agak

panas baran. Eisya akhirnya terpaksa akur kehendak teman-temannya.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts