bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

cerita cinta ep.10

NEW YEAR!!!!! Parti new year akan diadakan di rumah itu. eisya mengajak teman-temannya ke dataran untuk menyaksikan upacara sambutan malam tahun baru. Mereka ditemani oleh Jo dan teman-temannya demi keselamatan. Walaupun tidak suka dengan keputusan itu, eisya tidak mampu untuk membantah kerana teringatakan janjinya pada Farhan,Liya, Iela, Fiela. Tiba didataran, eisya terserempak dengan hisham. Eisya yang sedang keseorangan menenti teman-teman yang lain membeli makanan ringan tidak mempedulikan Hisham yang menegurnya. Hisham meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya. Eisyamasih membisu tidak menghiraukan kata-kata Hisham itu. tiba-tiba Jo datang menghampiri mereka dan terus member amaran terakhir kepada Hisham supaya tidak mengganggu eisya lagi. Hisham yang jelas ketakutan menundukkan wajahnya.

“maaf taiko,’hanya itu yang diucpkan oleh Hisham kepada Jo penuh hormat dan terus berlalu dari situ.

“abang Jo tak nak tengok Eisya berhubung dengan budak tu lagi. Faham??” soal Jo tegas walaupun tidak menengking. Eisya tahu itu adalah amaran yang tidak boleh dibantah mahupun dilanggar. Walaupun hairan mendengar gelaran yang diberikan oleh Hisham kepada Jo tadi tetapi eisya tahu keselamatannya terjamin apabila berada bersama Jo. Taiko… mungkin Jo adalah ketua samseng di kawasan itu… eisya sendiri tidak tahu dan dia malas mahu ambil tahu…

Parti yang diadakan di rumah itu amat meriah. Tetamu yang datang adalah kenalan Jo yang sememangnya tidak eisya kenali. Eisya mengambil peluang untuk menyiasat siapa Jo yang sebenar dan setelah sedikit helah yang dikenakan kepada para tetamu tahulah eisya kini siapa Jo yang sebenarnya. Betullah sangkaan merekaq selama ini Jo adalah ketua ahli kongsi gelap yang agak terkenal di kawasan ini. Berguni-guni kutukan yang keluar dari mulut Eisya. Asap rokok berkepu-kepu menyesakkan nafas mereka berlima. Liya mengajak mereka keluar kerana tidak tahan dengan suasana itu. turut bosan dengan keadaan di dalam rumah Eisya dan yang lain setuju dengan cadangan Liya. Mereka keluar menggunakkan kereta milik Jo tanpa pengetahuan Jo. Tanpa memikirkan akibat dari tindakan mereka, sekali lagi mereka ke dataran yang sedang berlangsung konser ambang merdeka. Walaupun telah lewat pagi anak-anak muda masih berpusu-pusu membanjiri dataran itu untuk melihat persembahan artis yang mereka minati., sedang mereka asyik menyaksikan persembahan itu tanpa apa-apa petanda hujan turun dengan lebatnya. Para penonton berlari menyelamatkan diri masing-masing mencari tempat teduh. Adajuga diantara penonton yang datang tidak menghiraukan hujan yang agak lebat itu malah semakin asyik gembira bermain dengan air hujan. Dalam keadaan yang separa sesak itu, eisya terlihat kelibat Jo dan beberapa orang kunco-kunconya menuju kea rah mereka. Tanpa membuang masa Eisya menarik tangan Fiela. Iela yang menyedari hal tersebut turut menarik rakan yang lain untuk melarikan diri kearah kereta. Keadaan yang sedikit sesak itu menyukarkan langkah mereka. Eisya menyerahkan kunci kereta kea rah Liya. Hujan yang awalnya lebat bertukar renyai. Nasib tidak menyebelahi mereka. Beberapa orang kunco-kncon Jo sudah sedia menanti di kereta mereka, merka tidak dapat melarikan diri lagi kerana telah berjaya ditangkap oleh Jo. Untuk sekian kalinya pipi Eisya menjadi mangsa tangan kasar Jo. Pipinya terasa perit. Dia terkedu dan beberapa minit kemudia barulah akal warasnya dapat berfikir. Kebencian jelas terpancar di mata. Dia cuba meronta apabila tangan sasa Jo mengcengkam lengannya. Sedaya upaya cuba melarikan diri. Tanpa berfikir panjang sekuat hati Jo ditolak cengkaman menjadi longgar dan kesempatan di ambil lalu terus melarikan diri. Dia tidak berfikir panjang dan apa yang berada di kotak fikirannya adalah untuk pergi jauh dari lelaki itu. kini dia seperti sudah jauh daripada cengkaman Jo. Segala-galanya sudah lenyap dari mata. Tiada lagi Jo, tiada lagi teman-teman yang menemaninya tadi.


bersambung....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts