bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

cerita cinta ep.7

Entah apa mimpi Eisya hari itu, dia tanpa disuruh menyediakan hidangan untuk tetamu Jo yang tiba tadi. Dengan senyum manis Eisya mempelawa tetamu itu minum. Jo yang hairan hanya mampu tersenyum. Setelah dipelawa sekali lagi mereka terus mengambil cawan lalu menghirup kopi tersebut. Serentak itu wajah mereka berubah. Jo yang menyedari perubahan wajah tetamunya pantas mengambil cawan dihadapannya lalu kopi tersebut diminumnya. Berkerut muka Johan menahan rasa kopi tersebut.

“ erk… kenapa pahit sangat kopi ni? Ni kopi ke apa??? Eisya ni reti buat air ke tak? Tak letak gula ke apa?” soal Jo sambil menahan berang. Dia tahu Eisya sengaja ingin mengenakannya di hadapan tetamunya itu. eisya hanya menahan tawanya.

“eh apa pula tak letak. Eisya letak gula tadi, erm tapi sikit je, yelah kalau letak gula banyak-banyak nanti mudah kena kencing manis. Kalau letak sikit sure tak kena.” Jawab Eisya tanpa ragu-ragu. Pandangan tajam Jo tidak dihiraukan oleh Eisya. Dia meminta diri setelah talifon bimbitnya berbunyi. Jo mengeluh. Dia memohon maaf kepada tetamunya atas perangai Eisya tadi.

Eisya yang tengah leka berbual ditalifon tidak menghiraukan kehadiran Jo yang mengiringi kepulangan tetamunya. Setelah itu Jo terus duduk di hadapan Eisya. Eisya memandang Jo yang duduk dihadapannya itu.

“owh ya Eisya nak keluar malam ni” kata Eisya.

“ so??? Nak suruh abang Jo hantarkan.?” Jo menyindir. Eisya menjeling, meluat mendengar kata-kata Jo itu.

“ excuse me tolong sikit.. sampai bila pun Eisya takkan mintak tolong dekat awak tau. Lagipun I have my own lesen. Eisya bagi tau nie pun supaya awak tak tercari-cari so taklah awak mengamuk tak tentu pasal. And one more thing. Eisya nak guna kereta so

faham-fahamlah ok.” Untuk meminta kebenaran secara terang-terang Eisya tidak mahu kerana tidak mahu dianggap kalah oleh Jo.

“Sorry dear abang Jo nak guna kereta malam nie. Ada hal penting sikit”

“ ala motor ka nada takkan nak uruskan urusan sesame gangster pun wajib guna kereta. Lagipun awak kan ada lesen moto. Eisya tak kira Eisya nak guna kereta juga malam nie.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts