bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

cerita cinta ep.6

APABILA sedar Eisya melihat kelilingnya berbeza.Dia bukan berada didalam kereta bukan juga di rumahnya.Eisya cuba bangun walaupun kepalanya terasa berat.Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka dari luar.Muncul Fiela.Fiela duduk disebelah Eisya.

“Fiela kat mana kita sekarang?What happen?!!”soal Eisya ingin tahu.

“Relex ok..kau pergi mandi dulu biar segar after that aku story kat kau.”bagai lembu dicucuk dihidung Eisya menurut.Dia terasa segar selepas selesai mandi.Fiela menceritakan apa yang terjadi dan bagaimana dia dipengsankan oleh Jo dan mereka kini di Genting Hailand.Eisya geram apabila mendengar cerita Fiela.Mereka turun untuk menghirup udara segar..Itu pun setelah memastikan Jo tiada.Farhan mengajak mereka membeli-belah.Eisya menolak.Dia masih letih.Eisya melambai kepada temannya yang semakin jauh.Dia mengeluh berat.Eisya seorang diri menikmati keindahan ciptaan tuhan.Dia tenang menikmati panorama yang indah.Dia terasa tenang apabila dikelilingi tumbuhan hijau.Wangian semulajadi yang mengasyikkan.Eisya tenang.Dia mengelamun.

“Hello girl..how are you?how you feel now…much better?”Ketenangan, keselesaan dan kedamaian yang dialaminya hilang serta merta apabila mendengar sapaan itu.Eisya tidak menjawab.Dia ingin beredar tetapi dihalang.Eisya duduk kembali. “I’m so sorry. Abang Jo terpaksa buat macam tu. Eisya terlalu degil. Keras kepala.” Kata Jo cuba menerangkan segala factor tidakannya.

“Tak payahlah nak kutuk Eisya pulak. Kalau awak tak buat perangai benda nie takkan jadi.” Kata Eisya. Dia masih cuba bersabar. Eisya tidak mahu bergaduh lagi.dia tiada mood untuk bertekak dengan lelaki itu.

“tapi tak boleh ke Eisya dengar cakap abang Jo?” Eisya terus berdiri.

“dahlah Eisya masuk dulu. Tak ada mood nak jawab soalan bodoh tu.”
Sudah seminggu mereka di Genting. Eisya, Farhan, Iela, Fiela dan Liya mengambil peluang yang ada untuk bersuka ria. Banyak aktiviti yang telah mereka lakukan. Semuanya adalah untuk menghiburkan hati masing-masing. Dalam keseronokan itu ada juga kurangnya. Mereka masih tidak bebas kerana sering diawasi oleh teman-teman Jo dan kadang kala Jo turut serta mereka. Itu yang mengganggu mereka.

“ aduh… opss sorry tak sengaja”pohon Eisya apabila terlanggar seseorang. Eisya semakin gabra apabila baju pemuda itu kotor. “oh my god. I’m really sorry. I did’t mean it. So sorry…”pemuda itu tersenyum sambil mengesat bajunya yang kotor. eisya kesal kerana terlalu cuai. “erm.. U tunggu sini biar I ganti air U ok.” Langkah Eisya terhenti apabila pemuda itu bersuara.

“its ok. Sikit je ni.. tak payah ganti. Bukan rezeki I nampaknya. Excuse me I nak pergi rest room jap.” Pemuda it uterus berlalu meninggalkan Eisya yang masih dibelenggu rasa serba salah.

Eisya berjalan menuju ke salah sebuah kedai yang terdapat di situ. Dia terfikir untuk mengganti air pemuda tadi. Memang jelas kesalahnya kerana cuai. Marahkan si Jo orang lain yang menjadi mangsa. Kesian pemuda itu. ini semua salah Jo. Kalau dia tidak cari gaduh tentu aku tak bengang dengan dia dan tak terlanggar pemuda tadi. Apabial terlihat kelibat pemuda tadi keluar dari tandas awam Eisya pantas mendapatkan pemuda itu. air yang baru dibeli tadi dihulurkan. Denganteragak-agak pemuda itu mengambil air tersebut.

“sorry again. I memang betul-betul tak sengaja. I’m Eisya.”

“ Sham. Hisham. Panggil Sham je. Tak pe perkara kecil.” Semenjak itulah mereka menjadi semakin akrab. Mereka sering keluar berdua. Hisham yang tinggal di situ membawa Eisya melawat tempat-tempat yang menarik. Eisya gembira kerana sekurang-kurangnya dia berjaya melarikan diri daripada Jo dan teman-temannya. Dia tidak hiraukan apa-apa lagi kerana peluang datang sekali sahaja. Peluang ini harus digunakan. Walaupun baru mengenali Sham, Eisya tidak peduli kerana baginya Sham adalah seorang pemuda yang baik. Mereka berhibur sehingga lupa pada waktu.kegembiraan mengatasi segalanya. Eisya benar-benar menghayati kebebasan yang sudah boleh dikira lama tidak dikecapinya.

Setelah penat bergembira Sham menghantar Eisya pulang sehingga di depan pagar rumah. Sebelum berpisah Eisya mengucapkan terima kasih kerana menemaninya seharian. Mereka berbual seketika dan bertukar number talifon. Eisya melambai pemergian Sham dengan senyuman. Di halaman kelihatan Iela menanti dengan resah. Eisya dengan senyum gembira terus mendekati Iela.

“weit pompuan ko pergi mana huh???aku call kau tak dapat. Kau ni buat kita orang susah je lah. Ko ni kalau nak cari pasal pun tengok orang lah. Nie ko carik pasal ngan si Jo tu apa kes. Naik gerun aku tengok dia mengamuk. Kau ni betul lah…” marah Iela. Eisya tersenyum Cuma.

“kan aku dah massage kau. Aku kata aku keluar dengan kawan. Bukan aku tak bagi tau pun. Alayang korang takut sangat dengan si Jo tu buat apa?buang masa je.” Kata Eisya selamba. Hatinya masih gembira.

“eee kau ni.. gile apa. Firstly dia bengang kau tak balik dengan we all. Punyalah lama we all tunggu kau balik sampai member dah naik angin dah. Aku tak taulah macam mana kau boleh kenal ngan gangster tu…??” kata Iela kehairanan. Jelas terbayang di matanya betapa menakutkan wajah bengis Jo tadi. Eisya yang tidak mengerti apa yang dikatakan temannya itu hanya ketawa.

“apa yang kau merepek ni. Muka si mamat sewel tu macam gangster?? Macam pondan ada aku tengok.” Eisya ketawa geli hati mendengar kata-katanya sendiri.

“kau ni main-main pulak. Aku serius ni.nasib dia tak bunuh kita orang. Elok punya masa kantiba-tiba dia dapat phone call and after that kunco-kunco dia bawak masuk sorang mamat nie. Dia suruh we all g tempat lain n aku dengar macam mamat tue kena belasah je. Aku intailah. Lunyai mamat tu aku tengok..macam singa kelaparan dah si Jo tu. Kecut perut aku. Kau jangan nak tambah kemarahan dia pulak lepas ni..” Iela memberi amaran padanya.

Eisya tidak menghiraukan kata-kata Iela kerana dia tahu Iela hanya ingin menakutkan dirinya sahaja. Panggilan talifon daripada Sham mematikan perbualan mereka. Iela tidak menunggu Eisya masuk kerana dia tahu jika Eisya sudah bergayut di talifon mesti mengambil masa yang lama. Setelah hampir satu jam berbual dengan Sham di talian Eisya melangkah masuk ke dalam rumah. Jo yang berada di ruang tamu tidak dihiraukannya.

“ eisya pergi mana???lewat balik!!! Eisya are you hear me??? Eisya keluar dengan siapa??”marah Jo.

“ eisya keluar jalan dengan kawan. Rasanya tak adalah lewat sangat Eisya balik lagipun awak tak ada hak nak tau mana Eisya pergi” balas Eisya selamba sambil tersenyum sinis. Sengaja menambahkan kemarahan Jo.

“sejak bila nak jadi bohsia ni haha???!!!. Dah tak ada maruah diri???!!!. Hey Eisya tu bawah tanggungjawab abang Jo tau tak. Kalau apa-apa jadi nanti apa abang Jo nak jawab kat daddy yusuf. Eisya nie kalau tak menyusahkn orang memang tak sah.” Tengking Jo. Eisya yang sememangnya pantang orang meninggikan suara didepannya berang.

“ mulut awak tu jaga sikit. Nak kat orang konon. Cerminlah diri t sikit.. ingat perangai awak tu bagus sangat. Belasah orang lain tu bagus sangat ke???? Gengsterlah konon. Kalau dah bapok tu bapok jelah tak payah nak jadi gangster taik kucing”

PPAAANNGGGG!!!!!!! Serentak itu satu tamparan hinggap di pipi Eisya. Semua terkaku. Pipinya terasa perit yang amat. Eisya terus berlari masuk ke dalam kamarnya.

Hatinya sakit. Pipi terasa perit. Teman-temannya yang lain tidak menyangka perkara ini akan menajdi teruk.. hati Eisya cuba di pujuk.

Eisya tidak dapat melelapkan matanya. Kejadian tadi masih terbayang di kotak fikirannya. Hati Eisya sakit, sedih dan sayu. Dia memandang teman-temannya yang lain yang telah lena di buai mimpi. Tiba-tiba Eisya rindukan daddynya. Kedua ibu bapa Eisya tidak pernah memukul malahan tidak pernah menjentiknya dan apabila dia ditampar hatinya bagai di siat-siat. Eisya mengeluh lagi. Dia melangkah keluar dari kamar itu lalu menuju ke meja talifon. Nombor didail. Kedengaran suara wanita yang amt dirinduinya.

“ helo mom. I miss you mom. Great. Erm?? Nothing happened. Yeah…” Eisya terasa sedih. Ditahan air matanya dari gugur.

“ honey are you there??? What happened dear?? Are you crying dear???honey come on tell me baby.. who make u cry???” pujuk Datin Rina. Hati tuanya risau mendengar nada suara anak kesayangannya berubah. Dia tahu Eisya sedang bersedih.

“ tak ada apa-apalah. I just miss both of you.” Eisya cuba menyembunyikan hal yang sebenar.

“Eisya sayang, honey tak pandai nak menipu lah dear. Selama ni if u miss mom and dad u r not crying. But now I know dear u r so sad don’t u??? tell me the true dear.. sapa buat Eisya nangis??” Datin Rina masih cuba memujuk anak tunggalnya itu.

“where is daddy? I miss him so much” Eisya cuba menukar topic perbualan. Dan

suara mammy telah bertukar. Kini kedengaran suara daddy yang amat dirinduinya. Mendengar sahaja suara daddynya Eisya tidak dapat menahan tangisnya lagi.pujukkan Dato Yussuf menambah kesedihan Eisya. Eisya menangis teresak-esak bagai anak kecil sambil mengadu perbuatan Jo padanya tadi.

“ mesti ada sebab kan why Jo buat honey macam tu. Eisya nakal ye??? Usik Dato Yussuf. Eisya menceritakan segala yang berlaku dari awal sehingga dia ditampar tanpa ada tokok tambah. Mendengar sahaja cerita anak emas mereka itu Dato Yusuf dan Datin Rina ketawa. Mereka faham kini apa yang terjadi. Sikap Eisya yang suka memberontak

apabila kidupnya diganggu dan tidak suka dikongkong amat difahami mereka. Eisya juga yang kadang kala suka bergaduh tidak kira dengan siapa amat merisauakan hati tua mereka oleh itu mereka terpaksa menyuruh Johan menjaga Eisya kerana hanya Jo yang boleh menguruskan Eisya yang nakal itu.

“mummy n daddy asyik nak menangkan abang Jo aja kan. Eisya lah anak mom and dad bukan mamat sewel tu. Mulai esok Eisya tak nak cakap dengan dia. Eisya akan balas dendam” rungut Eisya geram. Esakan Eisya masih kedengaran walaupun tidak serancak tadi.

“ok dear but don’t say like that. Mummy takut nanti Eisya yang kena buli pulak” kata Datin Rina sambil ketawa.

“ huh nanti mummy and daddy tengoklah menangis si mamat sewel tu Eisya kerjakan…merayu si seweltu nak bal…”

“erm Eisya are u there? Kenapa baby dia je??? Erm abang Jo ada kat situ ye??? Ok bagi talifon kat dia biar mummy marah Jo ok.” Eisya cepat-cepat mengesat sisa air matanya lalu menghulurkan ganggang talifon kepada Jo yang entah bila muncul di sebelahnya. Eisya terus meinggalkan Jo yang dimarahi mummy nya. Matanya yang mengantuk harus dikasihani.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts