bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

cerita cinta ep.5

PAGI itu, Eisya, Liya, Farhan, Fiela dan Iela terpaksa bangun awal apabila dikejutkan oleh Jo.Eisya geram

“Girl’s bangunlah…apa punya perempuanlah ni bangun lambat!!Cepat siap kita nak keluar kemas baju sekali….hey tak dengar ke…..come on ini satu arahan.Eisya wake up!!”Jo menarik selimut yang menutupi tubuh Eisya.Eisya merungut.Sakit hatinya apabila tidurnya diganggu.Bertambah sakit apabila disimbah dengan air!.

“Sibuk betullah orang nak tidur pun kacau. Ingat ni kem askar ke apa. malaun betul”rungutEisya sambil bangun mengambil tualanya.Jo yang berada dihadapannya dilanggarnya tanda protes.Setengah jam kemudian,Eisya turun.Dia berjalan menuju ke dapur.Niat untuk turut serta sarapan terbantut apabila melihat Jo dan 3 orang rakannya turut disitu.Eisya membuka peti sejuk lantas mengambil yougart.

“Eisya,come sarapan sekali.”ajak Fiela.

“Tak pelah you all sarapanlah aku tak ada selera nak makan.”Eisya terus ke ruang rehat dan membaca majalah.Tidak sampai 5 minit Eisya disitu muncul Jo.Eisya yang menyedari kehadiran Jo tidak menghiraukannya.

“Kenapa tak sarapan?”soal Jo.

“Eisya punya pasallah nak sarapan ke tidak.Yang awak sibuk buat apa!”Eisya ingin berlalu tetapi lengannya pantas ditarik Jo.

“Hey kan abang Jo tanya baik-baik…tak reti nak jawab baik-baik jugak ke?”Jo mengcengkam kuat lengan Eisya.Eisya cuba melepaskan cengkaman Jo tetapi semakin kuat cengkaman itu.

“Oit mangkok sakitlah…”Eisya menumbuk lengan Jo.Eisya mengesat tangannya apabila lengannya telah dilepaskan.

“Pergi ambil beg kita bertolak sekarang.Suruh kawan-kawan Eisya siap.”Eisya terus ke bilik. Setelah siap mereka turun.Di halaman terdapat 3 buah kereta.Farhan dan Liya menaiki kereta pertama bersama 2 orang teman Jo.Iela dan Fiela menaiki kereta ke dua.Eisya menaiki kereta bersama Jo.Eisya cuba membantah tetapi itulah arahan yang terpaksa di turuti.Eisya memasang radio sekuat yang yang mungkin.Dia ingin mengelak dari berbual bersama Jo.Jo yang menyedari hal itu menutup radio.

“Biarlah radio tu….buat apa tutup..Boring tau!!”Marah Eisya.Eisya membuka radio itu semula dan untuk sekian kalinya Jo menutup semula.

“Kalau boring kenapa tak nak berbual dengan abang Jo.Malu ke segan atau takut nak berbual dengan abang Jo?”Tanya Jo sambil tersenyum penuh sindiran.

“What?!!!Takut…helo…perkataan takut tak ada dalam kamus hidup Eisya tau tak!Daripada berbual dengan awak baik dengar radio.Esh…asap rokok tu…sesak nafas orang tau tak.Kalau awak nak mati,matilah sorang-sorang jangan libatkan Eisya pulak.’marah Eisya lantas mengambil rokok di bibir Jo kemudian dibuangnya ke luar.Jo ketawa melihat kelakuan Eisya.Sememangnya dia sendiri tidak menyangka Eisya akan membuang rokoknya.Tanpa mempedulikan keadaan Eisya,Jo menganbil sebatang lagi rokok lalu dinyalakannya.Eisya geram melihat kelakuan Jo itu.

“Awak berhenti kat tepi tu wak..”Pinta Eisya spontan.

“Eisya nak buat apa? Nak muntah ke?”Soal Jo terus memberhentikan kereta yang mereka naiki di bahu jalan.Eisya terus meluru keluar sebaik sahaja kereta berhenti.Kereta yang dinaiki teman-temannya yang lain turut berhenti.Farhan serta yang lain turut keluar.Mereka mendapatkan Eisya.

“Farhan…erm...kita tukar kereta…aku tak nak naik kereta dengan mangkok nilah..”Pinta Eisya.Jo yang mendengar kata-kata Eisya itu naik berang.

“Wah!!!mulut tu dah lama pakai ke?Tak reti nak hormat lagi ke?”Sindir Jo.

“O…..nak orang hormat kat awak tapi awak tak hormat kat kita…kalau orang dah kata jangan merokok kat dalam kereta maknanya janganlah..tak reti-reti lagi ke?”sindir Eisya pula.Iela terus menarik tangan Eisya.

“Ala Eisya…come on takkan perkara kecik tu pun kau nak besar-besarkan…lagipun kalau nak tukar kereta kita orang mana biasa dengan dia..”kata Iela.Dia sedaya upaya mengelak daripada Eisya bergaduh.Dia tahu Eisya paling pantang di ajak bergaduh.

“Kau kata pekara kecik…?”

“Ok..ok aku tau kau tak suka orang merokok and apatah lagi asap rokokkan but please dear kanbang Jo dah janji takkan merokok lagi.”Liya cuba memujuk Eisya.Eisya masih berdegil.Jo sudah hilang sabar.Dia mengarahkan Farhan dan yang lain pergi dahulu.Mereka hanya menurut walaupun berat hati meninggalkan Eisya.

“Eisya masuk…jangan sampai abang Jo gunakan kekerasan”ugut Jo.

“Awak mana pernah tak gunakan kekerasan…semua yang awak buat tak pernah nak berlembut.Banyak dah awak gunakan kekerasan tapi awak ingat Eisya takut….sorielah awak silap.”balas Eisya geram.Jo terus menarik tangan Eisya masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan jeritan Eisya.Tanpa membuang masa Jo menutup hidung Eisya dengan sehelai sapu tangan.Eisya serta merta pengsan

bersambung..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts