bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

cerita cinta ep.2

SEPERTI biasa kelas akan dimulakan pada pukul 8 pagi dan mereka akan ada di dewan kuliah 15 minit sebelum kelas bermula.Keadaan didalam dewan kuliah itu riuh rendah dengan suara-suara sumbang yang rancak bercerita.Tiba-tiba kelas menjadi bertambah riuh apabila muncul ratu perasan kelas itu.

“Hey apa yang you all buat kat meja I?helo ini bukan tempat jual ikan ok.Dah tepi semua I nak duduk.Wow I ada present rupanya kenapa tak bagi tau awal-awal….”dengan bangganya Atie bersuara.Suara itulah yang meloyakan tekak Eisya dan teman-temannya.

“Atie bukaklah cepat present tu tak saba we all nak tengok isinya.Mesti hadiah yang mahalkan?kata teman Atie.

“Mestilah kan I ni popular,cantik mestilah ramai peminat.Lagipun kan I pandai bergaya tak macam budak-budak yang tak ada wawasan tu…”sindir Atie.Teman-teman Atie memandang kea rah Eisya dan temannya yang lain.Mereka buat-buat tidak tahu sahaja.Dalam hati mereka tidak sabar ingin melihat gelagat ratu perasan itu nanti.Dengan bangganya Atie membuka balutan bungkusan itu dangan cermat.Sebuah kotak baldu di kaluarkan.Dengan perasaan berdebar-debar Atie membuka kotak itu serentak itu terdengar jeritan Atie.Kotak ditangannya dilemparnya pantas dan terus berdiri di atas kerusi.Atie menjerit kegelian.

“Oh no….lipas..sapalah yang kurang ajar buat perkara bodoh ni?!!!”Atie bengang.Gelak ketawa teman sekelasnya amat menyakitkan hatinya.Eisya,Fiela,Iela,Liya dan Farhan tidak ketinggalan turut ketawa melihat kekelatan wajah Atie.Eisya puas plan pertamanya telah berjaya kini hanya menanti kejayaan plan kedua mereka.Mangsanya ialah Prof.Zizilia.

“PADAN muka Atie tu.Sapa suruh dia perasan sangat….nak carik gaduh dengan kitalah kononnya tapi sendiri yang kene.”Kata Liya.Puas hatinya melihat gelagat Atie pagi itu.

“Oklah tu sekurang-kurangnya sekarang dia dapat gelaran baru “RATU LIPAS”.Glamour satu kolej”kata Farhan pula.Mereka ketawa serentak.

“Ala apa kurangnya dengan Prof gedik tu.Nak pecah perut aku gelak tengok dia macam beruk.Tergaru sana tergaru sini..Mujarap jugak serbuk kau tu Eisya…”sekali lagi mereka ketawa serentak. Masih terbayang keadaan Prof. Zizilia ketika mengajar.Semuanya gara-gara mereka berlima.

“Sapa suruh dia tak serik-serik lagi.Hari tu pun dah kene.Keluar duit betulkan kereta dia.Aku dengar banyak gak duit dia keluakan semata-mata nak cover calar tu.”kata Iela.

“Oit mangkok kau ingat senang ke nak cover calar yang dasyat tu.Dahlah panjang dalam pulak tu”kata Eisya.

“Ek eleh dia gak yang buat.”Eisya hanya tersengih mendengar kata-kata temannya itu.Tiba-tiba Eisya menghentak meja.Semua temannya terkejut.Eisya tersengih lagi menyedari kelakuannya memeranjatkan temannya.

“Baru aku ingat….look here.Tak lama lagi cutikan..”Eisya terjerit kecil apabila lengannya menjadi mangsa pukulan Fiela.

“Aku ingat apalah tadi kureng betullah kau ni.Buat terkezut orang je.Nasib baik nenek aku tak de sakit jantung..”

“Oit Iela apa kene mengena dengan nenek kau?”Soal Liya hairan.

“Yelah kalau aku mati terkejut sure nenek aku mati terkezut bila denga aku mati terkejut...”Terang Iela.

“Baguslah korang dengarlah cerita karut Iela tu.Setahu aku dua-dua nenek kau dah mati.Tinggal atuk kau yang cute tu ajekan”Iela tersengih mendengar kata Fiela itu.

“Korang nak dengar tak ni…..”Eisya berang.Temannya memang suka melalut dari tajuk asal.Dia pun sama.Eisya meneruskan kata-katanya apabila temannya sudah memberi tumpuan.

“Ok aku cadangkan korang lepak kat umah aku…lagipun Mak Jah dan Pak Mat nak pegi buat umrah.Ala kalau korang tinggal kat umah korang pun tak buat apa-apakan…family kita semua busy.Mom and dad aku sure tak balik so…kita party lah..”Eisya menunggu jawapan dari teman-temannya.Dia tersenyum apabila melihat anggukan dari temannya itu.Mereka merancang aktiviti yang bakal mereka jalankan tanpa gangguan daripada sesiapa.Masa dua bulan setengah akan diisi sepenuhnya oleh mereka.

“Eisya esok kau ambik aku kat umah pukul 11 pagi ok…bolehkan?”pinta Iela sambil membuat muka 20 sennya itu.

“Eisya kalau kau ambik Iela tak adillah.Kau kene ambik kita orang gak.ala…. kau ada lesen kita orang mana ada.Fiela memanglah ada lessen tapi mak dia sure tak bagi dia pakai keretakan…”kata Liya.

“Pandailah korang.Apa ingat aku dreba korang banyak cantik.Naik baslah..”Eisya ingin menguji temannya.

“Ala kau ni mintak tolong pun tak boleh..”Liya seakan-akan merajuk.Eisya ketawa ,melihat muncung itik Liya itu.

“Ala korang ni aku gurau je lah.Aku tak kisah yang penting bukan aku yang keluar duit isi minyak.Nak tinggal kat rumah aku kene beli makanan sendiri dan untuk aku….itu je syaratnya.”kata Eisya selamba.

“Banyak cantik kita orang yang kene belikan makanan untuk kau..”Fiela membantah.

‘Habis aku yang kene bayar bil air dan elektrik korang nanti tau..”Kata Eisya sambil ketawa.

“Oklah esok kita pergi membeli-belah biar aku bayar..”kata Iela.Mereka bersorak gembira.

‘Aik loded kau kali ni Iela.Baru dapat gaji ke?”

“Taklah aku bayar guna duit Fiela….”serentak itu satu pukulan hinggap di bahu Iela.Iela terjerit.Mereka ketawa serentak.

“Oi aku laparlah.Jom pergi cafĂ©,aku belanja pakai duit sendiri.Kita lumba sapa sampai lambat kene belanja ok.”Eisya terus lari tanpa memberi isyarat.


bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts