bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

cerita cinta ep.12

Batuk yang keluar dari mulut Jo memeranjatkan Eisya. Dia tidak sedar akan kehadiran Jo yang sudah duduk di sisinya sambil membetulkan dulang hidangan yang di bawa bersama tadi. Jo mempelawa Eisya untuk turut serta menjamu selera. Eisya hanya membisu tidak menghiraukan pelawaan Jo itu. Sekali lagi Jo mempelawa dan gelengan kepala menjadi jawapan. Jo menghulurkan sudu ke arah Eisya.

“ Awak ni tak faham bahasa ke hah! Eisya kata tak nak maksudnya tak nak lah. Yang nak paksa-paksa ni kenapa” bentak Eisya geram apabila terasa seperti dipaksa-paksa untuk melakukan sesuatu yang dia tidak mahu. Eisya pantas bangun dan terus berlalu tetapi Jo terlebih dahulu menghalang langkahnya. Tangan Eisya di tariknya tanpa menyedari ia menyakitkan.

“Aduh sakit” Eisya menjerit kesakitan. Pantas Jo melepaskan pegangan itu. Air mata Eisya hanya menunggu masa untuk gugur ke bumi . kesakitan itu amat memeritkan. Eisya sekali lagi ingin berlalu tetapi buat sekian kalinya Jo menyuruhnya duduk sambil memohon maaf. Air mata Eisya jatuh juga ke bumi. Dia sedih di perlakukan sedemikian rupa di saat dia kesakitan.

“ tak baik nangis depan rezeki.” Kata Jo selamba. Eisya yang mendengar kata-kata itu mencebik penuh geram pantas mengelap air matanya. Nasi goring kampong masukkan ke dalam sudu lalu di suakan ke mulut Eisya. Eisya terkejut dengan tindakan Jo itu walau bagaimanapun dia masih membuka mulut. Suapan demi suapan sehingga habis hidangan yang ada. Walaupun terasa kenyang tetapi desakan Jo memaksa dia menghabiskan sepinggan nasi. Itu pun di bantu oleh Jo. Setelah memakan ubat Eisya bangun dan terus ingin melangkah.

“ eisya nak call mummy.” Katanya setelah di soal oleh Jo. “ busy body betul” rungut Eisya dalam langkah menuju ke dalam rumah. Setelah agak lama berbual di talifon bersama mummynya Eisya terus melangkah menuju ke ruang rehat. Nasibnya baik kerana pintu bilik untuk bersantai itu terbuka luar jadi tidaklah sukar untuk Eisya membuka pintu dengan keadaan tangannya yang berbalut itu. Music yang kedengaran menenangkan Eisya. Dia duduk santai menghayati ketenangan yang dirasanya. Kakinya bergoyang mengikut irama. Panas yang di sangka ke petang rupanya hujan di tengah jalan. Jo muncul secara tiba-tiba mengganggu ketenteraman Eisya. Dia mengeluh berat. “esh tak boleh tengok orang senang”rungun Eisya lalu bingkas bangun.

“duduk dulu Eisya. Abang Jo nak berbual sikit dengan Eisya.” Kata-kata Jo tidak di hiraukan Eisya. Dia terus cuba melangkah tetapi dek kerana kelambatan dia berjalan Jo terlebih dahulu menutup pintu bilik itu dan membuatkan Eisya duduk kembali. Dia tahu dia tidak akan dapat membuka pintu itu. Eisya memasamkan mukanya kerana geram Jo menggunakan kelemahannya saat itu untuk menguasai keadaan. Senyuman Jo amat menyakitkan hati Eisya. Eisya pantas bangun beralaih tempat duduk apabila Jo mengambil tempat di sebelahnya.

“kenapa Eisya ni keras kepala? Degil?” soal Jo. Soalan Jo itu sedikit memeranjatkan buat Eisya kerana dia tidak menduga soalan seperti itu yang keluar dari mulut Jo. Eisya hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak menjawap mahu pun menoleh. “tengok tu, hey kan Abang Jo sedang becakap dengan Eisya ni. Tak dengar ker?” sambung Jo cuba menarik perhatian Eisya. Eisya menjeling sebelum bersuara.

“ kalau setakat soalan bodoh tu yang awak nak Tanya baik tak payah. Tolong buka pintu tu . Eisya nak keluar. Tiba-tiba rasa panas dan bosan dalam bilik nie.” Jo tersenyum mendengar kata-kata Eisya itu. Dia tahu tidak mungkin Eisya akan dapat membuka pintu itu dalam keadaan tangan yang berbalut. Ia akan lebih menyakitkan diri Eisya sendiri jika ingin membuka pintu itu sebab itulah dia mengambil langkah untuk menutup pintu itu tadi. Pintu yang tertutup akan mematikan langkah Eisya untuk ke mana-mana. Eisya semakin geram apabila melihat senyuman Jo yang semakin melebar.

“ ok jom. Kita keluar. Eisya bosan kan. Eisya nak pergi mana? Bagi tau je nanti abang Jo bawakkan. Nak pergi taman bunga?” soal Jo lembut. Jo berpura-pura tidak memahami maksud kata-kata Eisya tadi. Dalam keadaan yang agak tergamam dan terkebil-kebil melihat respon Jo itu, Eisya tanpa sedar menurut sahaja kata-kata Jo yang sudah memimpinnya kea rah kereta.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts