bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

cerita cinta ep.11

Mata di buka perlahan-lahan. Keletihan terasa. Seperti sudah terlalu lama dia terlena tidak sedarkan diri. Eisya memandang sekeliling. Hanya dia seorang sahaja berada di dalam bilik yang serba putih dan tidak di ketahuinya itu. semua itu tidak penting kerana dia tahu dia sudah berjaya melarikan diri daripada Jo walaupun dia sendiri masih tidak tahu di mana dia berada. Eisya terasa sakit di bahagian tangannya pantas mata memandang tangan yang berbalut. Sedaya upaya Eisya mengingati kenapa tanganya berbalut kemas. Eisya terdengar bunyi pintu di buka. Muncul Fiela. Fiela tiba-tiba meluru ke arahnya dengan gembira. Dia dapat melihat air mata Fiela menitis dan serentak itu teman-teman yang lain turut masuk. Eisya semakin keliru melihat reaksi teman-temannya. Fiela membantu Eisya bangun, serentak dengan itu teman-temannya yang lain turut muncul di sebalik pintu. Mereka gembira melihat keadaan Eisya yang sudah duduk di atas katil setelah hampir 2 hari dia tidak sedarkan diri. Menyedari keadaan Eisya yang seperti masih keliru dengan apa yang terjadi Iela menceritakan apa yang terjadi sehingga mengakibatkan tangan kanan dan tapak tangan kirinya perbalut. Eisya mengeluh sambil memerhatikan balutan kemas itu. Dalam keadaan begitu agak sukar untuknya melakukan pergerakan ataupun sesuatu kerja. Walau bagaimanapun dia bersyukur kerana terselamat dantidak cedera parah. Pada masa yang sama pintu bilik itu terbuka, kelihatan seorang lelaki berpakaian seragam putih masuk lalu menghampiri Eisya. Keadaan diri Eisya di periksa. Menurut doctor tersebut Eisya boleh pulang ke rumah pada petang itu juga. Eisya gembira mendengar kerana dia terlalu rindukan rumah. Cuti mereka yang hanya tinggal seminggu akan di gunakan sebaiknya untuk berehat di rumah. Kesegaran terasa setelah Eisya selesai mandi walaupunpergerakan nya terbatas.

“korang makan kat umah aku dululah sebelum balik tau. Iela ko bawak kereta apa? Soal Eisya. Mukanya berkerut menahan kesakitan yang dirasanya akibat pergerakan yang di lakukannya tadi.

“ mana ada aku bawa kereta. Abang Jo yang akan ambik kita. Ha tu pun dia.” Eisya memandang arah yang di tunjukkan. Dia tergamam seketika. Ingin melarikan diri pergerakan terbatas dek baluatan. Akal fikirannya masih belum boleh berfikir dengan betul untuk mencari jalan agar tidak berjumpa dengan abang Jo. Kereta sport berwarna kuning itu berhenti betul-betul di hadapan mereka. Segala barang milik Eisya di masukkan ke dalam kereta.

“ eisya nak duduk kat belakang” kata Eisya apabila melihat Jo membuka pintu kereta di bahagian hadapan.

“kau duduk depan ajalah Eisya. Kalau kau duduk kat belkang nanti kita orang terlanggar luka kau kan ke dah susah. Kau juga yang sakit. Kau duduk kat depan ye.” Pujuk Fiela. Eisya yang mendengar kata-kata temannya itu terpaksa akur. Dia hanya mendiamkan diri sahaja apabila berada di dalam kereta.

“ eh korang tak dinner kat rumah aku dulu ke?” soal Eisya apabila menyedari Jo memasuki kawasan perumahan Farhan.

“ sorry dear aku tak boleh la. Malam nie aku ada dinner with my family. So sorry. Kau take care ok. Jangan lupa makan ubat tau. Jangan nakal-nakal” pesan Farhan lalu turun dari kereta setelah sampai di depan rumahnya. Eisya hanya mengganggukkan kepala apabila mendengar pesanan temannya itu. Setelah menghantar Farhan, Jo menghantar teman-temannya yang lain. Eisya mengiringi pemergian mereka dengan senyum paksa dalam kebisuan yang di sengajakan.

Kini hanya Eisya dan Jo sahaja yang berada di dalam kereta. Suasana sunyi menguasai seluruh pelusuk kereta itu. Seminit, dua minit dan akhirnya Jo memulakan bicara.

“ Eisya nak singgah makan dulu ke?” tiada jawapan yang diterima.

“ Eisya”panggil Jo dan Eisya hanya menggelengkan kepalanya tanda jawapan pada soalan yang di ajukan. Tiada lagi bicara selepas itu. Kereta meluncur laju dan akhirnya berhenti di sebuah deretan kedai. Eisya tidak menghiraukan ke mana menghilangnya Jo ketika itu. Apabila Jo masuk haruman bau makanan mengambil alih haruman yang sedia ada di dalam kereta milik Jo itu.

Ketukan di cermin tingkap kereta mengejutkan Eisya. Sedar tidak sedar mereka sudah sampai ke kediaman Eisya. Jo membantu Eisya membuka pintu kereta memandangkan kecederaan yang dia alami oleh Eisya. Ego menghalang Eisya dari meminta bantuan untuk membuka tali pinggang keledar yang di pakainya tadi. Jika ada Fiela ataupu sesiapa saja temannya sudah pasti mereka yang akan menolong. Jo yang melihat kesukaran Eisya hanya tersenyum dan membiarkan sahaja sehingga di minta untuk di bantu. Setelah bersusah payah dan kesakitan yang dirasa akhirnya Eisya Berjaya keluar dari kereta itu. Perlahan-lahan dia berjalan dan duduk di kerusi yang sedia ada di halaman rumah. Kesunyian jelas terasa apabila teman-teman tiada di sisi. Eisya mengeluh sendiri, dia menarik nafas lalu di hebusnya keluar persis mengeluarkan segala kesakitan, kesunyian dan segala resah yang di rasa. Eisya terus terkenangkan malam kemalangan di mana Jo lah punca dia di langgar. Segala apa yang terjadi terbayang seakan-akan ada televisyen yang memainkan semula segala kejadian itu. Eisya hanyut dalam pengalaman itu tanpa sedar masa terus berlalu dan dia masih di halaman rumah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts