bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 19, 2011

cerita cinta ep.13

HARI itu Eisya amat gembira kerana kedua ibu bapanya akan pulang ke tanah air. Dia gembira kerana Jo tidak akan berpeluang untuk memerintahnya lagi walaupun selama ini segala arahan daripada Jo akan di ingkaran tidakpun mereka akan bertekak terlebih dahulu.

“mom, I miss you so much.” Eisya memeluk mummynya erat. Dato Yusuf menyerahkan teddy bear kepada anak tunggalnya itu. Jo mengangkat beg Dato Yusuf lalu di masukkan ke dalam kereta. Eisya yang masih di sisi ibunya rancak cercerita segala apa yang berlaku termasukkan kemalangan yang menimpa dirinya walaupun cerita itu sudah di ceritakan ketika mereka berhubung melalui panggilan talifon.

“Eisya nakal tak Jo?” soal Dato Yusuf. Datin Rina tersenyum mendengar soalan suaminya itu. Jo yang sedang memandu melirik kea rah Eisya yang duduk di belakangnya. Eisya yang mengetahui dirinya di perhatikan pantas menjelirkan lidah kearah Jo. Jo hanya tersenyum.

“ nakal tu taklah sangat daddy. Eisya mendengar kata, tak melawan dan sopan santun.” Sindir Jo. Eisya mencebir mendengar kata-kata Jo. Dato Yusuf dan Datin Rina ketawa mendengar kata-kata Jo itu.

“ mom kalau orang tu dah baik dengan kita terpaksalah kita baik dengan dia. Kalau orang lembut dengan kita so kita lembut lah dengan orang tu. Kan daddy kan.” Kata Eisya mempertahankan dirinya.

“ tak juga Eisya. Setahu daddy, anak daddy seorang ni suka memberontak.” Jo ketawa mendengar kata Dato Yusuf itu. Eisya yang geram apabila daddynya menyebelahi Jo terus merajuk.

************************************************************************

“ Eisya panggil abang Jo. Kita makan sekali.” Arah Datin Rina.

“ ala mom kalau dia lapar pandai lah dia turun nanti” balas Eisya. Datin Rina menggelengkan kepala menlihat telatah anak nya itu.

“Eisya pergilah. Kita makan sekali baru meriah.” Pujuk Datin Rina lagi.

“eee si Jo nie pun satu mengada-ngada betul. Yang duduk teperuk je dalam bilik tu buat apa.”rungut Eisya. Geram keselesaannya terganggu gara-gara Jo.

“ Eisya kan mummy suru tu. Dah pergi panggil sekarang.” Arah Dato Yusuf pula. Mendengar sahaja arahan daddynya Eisya bangun dan berlalu sambil menghentakkan nkakinya tanda protes. Di depan pintu bilik Jo, Eisya mengetuk pintu itu sekuat hatinya tanpa henti. Jo yang mendengar ketukan itu pantas membuka pintu.

“ kenapa? Mcam nak roboh pintu ini. Tak dapat ketuk kuat-kuat lagi ker?” sindir Jo.

“ tu dah kira kuat lah. Sapa suruh pekak sangat. Tangan orang baru nak elok jadi sakit balik.” Balas Eisya.

“ tu lah lain kali bagi salam. Bukan main ketuk sampai nk pecah pintu tu..”

“ e banyak cakap lak orang tua ni. Turunlah daddy panggil. Nak makan pun kena jemput-jemput segala. Sengkeh kang baru tau” bebel Eisya.

“ cakap apa tadi? Ulang balik.” Pinta Jo. Walaupun sebenarnya dia dengar apa yang di ucapkan oleh Eisya tadi tetapi dia sengaja menyuruh Eisya mengulanginya.

“malaslah nak ulang. Tak ada siaran ulangan. Dahlah kalu nak makan trun sekarang. Kalau tak nak makan duduk lah lam bilik tu jadi pekasam.” Eisya sempat membalas sebelum menghilang.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts