bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 12, 2011

2nd day at sg. sedim...

Ok aku nak sambung pulak cerita tentang hari kedua kami berada di sg sedim, kulim kedah. Ok pagi tu pintu bilik kami di ketuk seawall jam 0600 a.m. awal kan. Ehhhe oklah. Lepas semua bersiap kami di suruh berkumpul di kawasan lapangyang memanang di tempatkan untuk berkumpul. Bila semua dah ada kami pun mulakan aktiviti pertama iaitu bersenam. Kami di suruh berjoging. Dan macam biasalah aku akan jalan jer.. ada la juga lari and jogging tapi tak lah sepanjang trek yang di bawa. Tak larat ooiii. Selesa jer aku, cik sahabat baik and sorang akak tu jalan lenggang kangkung. Menghayati keindahan awal pagi lah katakana. Memang selesa. Yelah bukan selalu dapat peluang bangun pagi2 macam nie. Tambah-tambah jalan kat kawasan hijau nie.. sangat tenang aku rasa. Best oooo…. Ok lepas jogging we all sarapan pagi. Sarapan hari tu adalah nasi lemak. Oklah sambal dia paling menarik. Walaupun tak pedas tapi ada je sipi-sipi rasa pedas tu. Hiabis je sarapan kita orang berkumpul balik untuk di bagi penerangan tentang aktiviti seterusnya iaitu river crossing.



River crossing adalah satu aktiviti yang memang tak penah aku terfikir akan buat.. aku mana penah nak fikir benda-benda yang aku mesti buat kan hehehehe. Waktu berkumpul tu aku boleh tengok satu kawasan tu ada beberapa jenis peralatan yang akan kita orang guna untuk aktiviti ni nanti. Beberapa orang pelajar di npanggil untuk dijadikan model cara pakai benda alah yang derang dah sediakan. Memang menarik dan aku sedikit teruja untuk aktiviti kali ini.


Kita orang di bahagi kepada 2 kumpulan dan nasib baik semua ahli kumpulan aku kebanyakannya geng2 aku jugak. Bila dah bahagi kumpulan kita orang pun memulakan perjalanan… mula-mula perjalanan tu ok jer tapi bila dapat tau kena masuk hutan lagi adoiii terus aku dah tak selesa. Trauma tentang pacat malam tadi pun tak habis lagi ni dah kena masuk hutan lagi. Agak tertekan sedikit di situ hahhaha. Tapi nak patah balik pun macam rugi je. Nak tak nak aku pun pasrah jelah tapi aku ingat lagi kata encik ketua kawasan. Kalau berjalan dalam group orang pertama sekali jalan takkan kena gigitan pacat. Tapi malam tadi sebab aku orang ke tiga tetap juga kena.. masalah sekarang adalah aku orang yang tengah-tengah berjalan dalam group ni so memang sah2 aku akan kena cium dengan pacat yang sangat menggelikan ni. Nasib belakang aku adalah lecture aku. Waktu merentasi hutan ni mata aku asyik usher kasut aku jer. Mana tau ada pacat yang cuba nak naik ke kaki aku. Memang aku sangat prihatin dengan kaki aku waktu ni. Panas gak hati bila ada juga pacat yang Berjaya panjant kasut aku. Nasib mata aku ni Nampak je pacat tu dan itulah gunanya lecture aku ni. Dialah yang dok buang kan beberapa ekor pacat yang cuba nak sampai ke kaki aku. Trauma aku dengan pacat agak kronik sedikit sampai tali gelang kaki yang aku pakai pun aku dah terbayang-bayang jadi pacat sampai lecture aku gelakkan aku bila aku jerit and Tanya dia

“ sir yang tu pacat gak ker?” dengan muka yang menyindir sir aku yang baik ati tu pun jawap and ketawa.. “ bukan, tu gelang kaki awak.” Buat malu aku jer hahahaha..

Aku teruskan juga perjalanan sambil mata aku meliar kea rah kaki dan tanah yang kadang-kadang aku ada Nampak pacat yang berdiri cuba menyangkut pada mangsa-mangsa yang lalu. Nasib aku Nampak so aku pun cari laluan lain sikit.

setelah sampai di cheack point untuk menyeberangi sungai ni. Kita orang di suruh menunggu encik-encik guide ni setting tempat. Aku tak kisah pun nak tunggu. Ada kawan-kawan aku yang dah cuak untuk buat activity nie tapi aku langsung tak fikirkan hal takut untuk aktiviti ni. dalam otak aku hanya ada pacat. Dahlah tempat menunggu ni banyak pacat. Aku memang tak berdiri diam. Memang gelisah jer sampai sorang lagi lecture aku Tanya. “ awak ni gelisah jer. Awak ok ker?” dan aku dengan mata yang masih ushar tanah untuk memastikan kaki aku selamat pun manjawap. “ ok sir selagi tak ada pacat” dan sekali lagi aku kena gelak. Hampeh betul ]. Nasib tak ramai yang ada kat kawasan aku berdiri. Lebih aku tak senang hati bila dengar ahli-ahli kumpulan yang lain menjerit bila ada pacat kat kaki mereka. Makinlah aku tak tentu arah. Waktu turn aku sampai untuk pakai peralatan yang di sediakan ada juga pacat kat kawasan batu tu. 2 ekor. Seekor dah mati dan seekor lagi encik guide tu buang macam tu je sampai aku sound dia.. “ la apa sal tak bunuh je pacat tu. Kang dia dating balik.” Mana aku tak sound. Kalau buang jauh2 tak pe gak ni dekat je sah2 pacat tu tak ambik masa lama untuk patah balik. Taulah mamat ni dah biasa kena cium ngan pacat. Aku yang tak penah2 dan masih dalam keadaan trauma nie yang tak selesa. Mungkin sebab tengok keadaan aku yang dah tak selesa ttg pacat tambah pulak tengok kaki dia yang dah berdarah lepas kena cium ngan pacat ni terus dia bunuh pacat tu.. lega sikit hati aku.

Bila dah siap pakai semua benda tibalah masa aku untuk turun dari batu yang agak tinggi ni dan the best part is aku terjatuh waktu dah separuh batu aku turun. Tak sakit pun sebab lemak-lemak aku dah cover baik punya. Aku just terkejut sedikit je dan bila dah badan kena air sungai yang sejuk tu terus aku tak ingat langsung tentng jatuh tadi dan tentang pacat yang hampeh tu. Rasa selamat je.. best giler.. hati aku melonjak2 kegembiraan dalam air tu eheh. Tak susah pun nak buat aktiviti nie. Kita just tarik je tali yang memang dah di sediakan. Kita tak akan di bawa arus walaupun kita lepaskan tangan sebab kita bakai pelampung dan tali keselamatan yang memang dah di ikat kukuh pada tali utama. Mula-mula aku bayangkan kita terpaksa menggunakan kekuatan kita untuk tarik badan untuk menyeberangi sungai ni tapi rupanya taklah banyak mana pun tenang yang kita guna sebab memang senang je nak tarik. Macam ada roda yang memudahkan kita bergerak. Bila sampai di seberang sungai ni aku tak terus naik. Encik guide tu bagi peluang aku untuk berendam sekejap dalam sungai tu.. best je dapat peluang macam tu.. dalam lebih kurang 5 minit baru aku naik ke permukaan tanah semua. Part ni pun agak mencabar. Tanpa bantuan kita terpaksa mendaki permukaan tanah yang agak sedikit curam. Tapi memang best sebab aku memang suka bab panjat memanjat ni. nasib aku agak baik sebab kawasan ni tak ada pacat sangat Cuma entah macam mana boleh pulak sesat pacat kat jari aku. Nasib ada seorang junior ni yang berani pegang pacat and terus tolong aku menghapuskan pacat tu. Junior tu terus aku suruh duduk dekat ngan aku supaya senang dia buang pacat yang ada nanti. Lepas semua selesai kami pun menapak merantasi hutan dan pacat untuk ke satu lagi sungai untuk kami mandi manda.. part ni yang paling best sekali. Best oooo.. agak lama juga kami mandi manda dan lepas tu kami sambung perjalanan balik menggunakan jalan tar…. Tu yang menggembirakan… opss lupa nak cerita ingat lagi tak tentang mamat yang cook ngan pacat malam time kita orang buat night walk. Aku ngan mamat tu bukan satu group so bila dia dah menyeberangi sungai dia tunggulah yang lain. Dia tunggu kat kawasan aku sampai tadi kira nya tempat yang aku tunggu sebelum aku buat river crossing lah. Dah sah-sah tempat ni banyak pacatkan. Bila aku dah ada kat seberang sungai je and aku tengah tunggu yang lain habis buat activity ni aku dengar jeritan yang agak kuat la. Ingatkan perempuan rupanya lelaki yang jerit dan lelaki tu adalah mamat ni. macam lawak je. Malam tadi sangat cool bila deal dengan pacat rupanya hanya cool depan perempuan je. Kantoi lak bila keliling dia lelaki semua hahahhaha. Aku dengan cik sahabat dok gelakkan dia. Hahha macam jahat lak aku ni. diri sendiri pun takut pacat.. tapi aku tak cover and berlagak cool ok hahhahah





Malam tu pula kita orang di suruh membuat2 persembahan setiap satu kumpulan tentang sg sedim ni selepas activity bbq. Balik je ke bilik kami mandi dan aktiviti ptg tu adalah paint ball. Aku tak join sama sebab maigrain. Tak larat nak join dan bila mengenangkan mereka main dalam hutan makinlah aku tak ada semangat nak join. Dah sah-sah ada pacat. Tak sanggup aku. Nasiblah time nei aku maigrain kalau tak terpaksa aku tipu lecture.. tak sanggup aku berdepan dengan pacat lagi. Pacatlah salah satu sebab aku maigrain. Mana tak semua tempat yang aku pergi asyik kena berhati-hati takot ada pacat. Trauma aku sampai asal aku nak tertidur je aku dah mimpi pacat datang keliling katil aku. Datang dekat ngan aku. Mana aku tak maigrain. Nasib activity malam tak ada kaitan dengan hutan.


Sementara tunggu makanan di sediakan, kami pun membuat perjumpaan kumpulan masing-masing untuk pikirkan apa yang kami akan buat lepas makan nanti. Yang tak best nya sorang ahli kumpulan aku ni tak reti-reti nak bekerjasama untuk piker apa yang we all akan buat. Aku rasa macam nak siku je mangkok tingkat tu. Panas je hati aku. Dahlah sibuk-sibuk ushar group lain group sendiri blom ada idea. Saba jelah. Last2 skali dengan berbekalkan 4 otak group member aku tak termasuk mangkok tingkat tu maka terciptalah 2 jenis persembahan. Satu persembahan tanpa suara. Aku dan encik spek mata baca cerita yang aku karang dan ahli yang lain melakonkan mengikut apa yang kami berdua baca dan persembahan yang kedua pula lagu yang aku dan ahli yang lain reka mengikut rentak lagu kalau berpacaran. Ni lirik yang kami reka :

Kalau nak ke hutan mari pergi ramai-ramai.

Bila dah masuk hutan kena gigit pacat,

Tu standard lah bhai..

Bila sudah jatuh semua Sibuk cover line..

Kami gembira

Hati senang

Perut kenyang

Sungai sedim……… semua suka.. terima kasihhh



Memang lawak tapi oklah dari tak ada kan heheheh.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts