bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, April 12, 2011

pertemuan pertama

Malam tu pulak kalau ikut jadual yang di sediakan kita orang akan melakukan activity night walk(solo drop) tapi memandangkan baru lepas hujan kita orang hanya akn buat night walk je. Tak payah solo drop. Nak juga aku try solo drop tu. Yelah di tinggalkan di kawasan hutan sorang-sorang tak pernah lagi aku buat. Tapi memangdangkan keadaan yang tak mengizinkan kita orang hanya jalan-jalan tengah malam kat kawasan yang kita orang pu tak tahu.. kita orang di suruh membuat satu barisan dimulakan dengan seorang lelaki kemudian 2 orang perempuan kemudian seorang lagi lelaki dan kemudian 2 orang lagi perempuan sampailah habis semuanya. Setelah di beri penerangan serba sedikit dan peraturan ketika masuk hutan kami pun memulakan perjalanan. Memang jauh kita orang jalan. Ikut jalan tar jer awalnya kemuadian masuk ladang orang. Aku antara pelajar terawal dalam barisan so agak selamat sikit kalau ikut laluan sebab aku awal2 nampak. (alasan mengarut) lopak air lepas hujan, tanah basah, rumput dan lubang semuanya kita orang harungi dalam kegelapan malam yang hanya di temani lampu suluh dari handphone yang aku bawak. Cahaya tu cukup-cukup untuk menerangi jalan untuk aku sendiri je. Yang lain pun memang ada bawak lampu suluh masing2. Perjalanan memang jauh. Aku ingat takat lalu kat dusun orang je rupanya kemi memang betul-betul masuk hutan. Memang gila. Tengah-tengah malam pukul 12.00 am masuk hutan. Bila ingat balik pesanan encik guide “ siap yang bawa lampu suluh tu sila suluh jalan sahaja dan jangan nak suluh merata-rata tempat takut ternampak benda lain.” Tiba-tiba macam cuak sekejap. Tapi kejap je lah.

Bila dah masuk hutan tu memang tak adalah jalan yang senang kan. Kena panjatlah, redah anak sungailah, lompat batulah, terjun sungailah, jatuh, semuanya kita orang kena harungi. Kita orang kena lompat batu untuk merentasi anak sungai dan ada satu part tu batu tu memnag agak jauh dan aku sangatlah tak yakin aku boleh lompat batu tu. Org sebelum aku boleh je lompat tapi Dari aku jatuh dan terhantuk kepala kat batu aku tanpa fikir panjang terus je terjun dalam sungai tu yang memisahkan batu tu. Taklah dalam mana pun tapi aku tak sangka lak tenggelam kaki paras bawah lutut aku. Ingatkan takat tenggelam kasut je. Kasut pun dah sah-sah mash kuyup. Dengar jugak lah jeritan perempuan melayu terakhir aku time tu ehehhe. Lepas aku terjun tu semua lah terpaksa terjun sama ikut cara aku sebab batu kedua tu dah basah dan tak selamat untuk lompat hahahha. Lepas dah jalan dalm hutan kami pun jumpa jalan tar. Sambung balik perjalanan sampai di kawasan restaurant yang tak ada langsung orang. Yelah dah hamper pukul 1.30 am mana ada orang lagi dah. Kat situ kita orang berkumpul untuk kira orang. Keadaan riuh rendah sekitika bila ada suara-suara yang kata kena gigit ngan pacat. Dengar je cerita tu terus aku cheak kasut seluar dan badan. Nasib aku pakai semuar panjang. Ramai juga yang kena cium ngan pacat. Ada tu dah berdarh kaki tak sedar kena gigit. Geli geleman aku. Beberapa kali gak aku periksa kasut siap selak sluar aku nak tengok kalau-kalau ada ke tak pacat yang melekat kat aku. Ada sorang mamat dalam kelas aku ni sangat cool berhadapan dengan pacat. Mamat ni jalan depan aku je. Dia adalh orang pertama dalam barisan kemudian aku dan kemudian cik sahabat baik. Aku agak kagum dengan cara dia deal dengan pacat ni. sangat cool sampai aku hairan dengan mamat ni. yelah selama ni orang memang kata dia jenis cool dan relax je tak sangka pula memang betul-betul relax dia… tenang je….. tenang je dia suruh orang buang pacat kat kasut dia sambil dia cuba imbangkan badan. Aku pulak yang geli geleman bila Nampak pacat. Terus tak selesa aku..

Ok bila dah semua selamat dan kiraan betul kami mulakan perjalanan lagi. Perjalanan di sambung. Nasib jalan tar… agak jauh kami berjalan dan kami berhenti lagi untuk periksa ahli-ahli yang ada dan kemuadian kami sambung lagi pejalanan tapi kali ini dalam hutan semula. Masuk hutan keluar hutan masuk balik hutan. Bilalah nak selesai ni. hutan kali ni sangat mencabar. Awal-awal dah kena turun curam yang memang curam dan sangat licin. Encik guide tu suruh jangan pegang pokok sesuka hati takut berduri tapi waktu tu aku tak dapat fikir panjang. Yalah dahlah gelap, licin curam pulak tu. Aku nak selamat aku main cekau je apa yang dapat. Nasib tak ada apa-apa jadi. Tapi aku happy jer sebab aku memang suka activiti dalam hutan macam ni kecuali bila ada kaitan dengan pacat.

Paling mencabar adalah kita orang di suruh mendaki bukit yang sangat curam sampai aku kena gigit handphone aku untuk suluh mana aku kena panjat dan dalam masa yang sama aku kena tarik or pegang mana-mana tempat untuk berpaut. Bila nak sampai kat atas encik guide tolong tarik aku. Padan muka dia kena tarik aku yang berat ni sapa suruh bawak jalan tempat-tempat macam ni. bila dah Berjaya sampai je lega gila bila Nampak jalan tar… rasa selesa je. Aku tengok hujung jalan ada member aku and aku terus gerak pergi kat dia. Mamat cool tadi dan encik guide tunggu kat sana. Encik guide tadi tengah ketuk-ketuk crock yang dia pakai.. rupanya ada pacat. Damn!!!!! Terus aku buat pemeriksaan rapi kat kaki aku seluar pun aku cek. Nasib tak ada. Bila semua dah selamat mendaki curam yang mencabar tu kami berkumpulan. Rupanya tak habis kat sini. Aktiviti terakhir kami kat dalam hutan ni adalah solo walk. Ni lain dari solo drop. Solo walk ni kita kena jalan sorang-sorang dalam kawasan hutan yang dah di tetapkan tanpa boleh bawak lampu suluh. Semua lampu suluh dah di rampas awal-awal. Handphone aku pulak selamat je dalam poket aku. Hahahah lampu suluh cik sahabat pulak lecture aku tolong sorokkan. Mungkin lepas tengok muka cuak cik sahabat terus lecture aku sanggup nak subahat hahahha. Kalau ikut barisan sekarang mungkin aku orang kedua terakhir yang akan jalan sebab aku ada kat belakang sekali tapi rupanya dia panggil ikut number awal tadi. So aku orang ke dua yang di lepaskan untuk melalui kawasan gelap yang kiri dan kanannya adalah hutan sahaja. Aku tak rasa cuak pun sebab macam suka je activity gila macam nie. Bila mamat cool tadi dah jauh berjalan sampai aku tak Nampak pun lagi dia barulah aku di lepaskan sorang-sorang. Memang gelap je kawasan tu tapi aku belum rasa untuk nak on lampu suluh kat handphone aku. Aku terus je jalan sambil tegok langik. Kira macam jalan sambil layan jiwalah tapi kali ni dlam hutan yang tak Nampak apa2 pun. Aku jalan sampai lalu kat satu pondok ni. aku tak tau pun tu pondok apa tapi sebelum aku sampai kat situ aku ada Nampak cahaya kat situ. Cahaya handphone lah apa lagi tapi aku buat bodo je. Tak rasa apa-apa pun. Bila lalu kat kawasan tu aku pun ushar lah pondok tu dan tiba-tiba aku dengar macam bunyi benda bergesel. Benda di tarik. Makinlah aku ushar nak tengok mana yang berbunyi. Sebab aku dah Nampak lampu handphone tadi buat aku tak takot sebab aku tau ada orang. Bila tak Nampak apa-apa aku teruskan perjalanan aku menghayati keindahan malam. La tak lah jauh mana pun depan tu je aku dah Nampak tempat kami berkumpul dan ada orang tunggu. Encik ketua kawasan dah ada kat situ dah. Bila Nampak aku dia jerit “ number dua??” aku taulah maksud dia. Dia nak pengenalan diri aku. Aku angkat tangan tanda mengiakan aku adalah peserta kedua. Tak lama lepas tu muncul pula cik sahabat dan kemudian peserta lain..

Aktiviti kami tamat lepastu. Masuk bilik je aku terus mandi. Bila dah bukak seluar je aku terus menjerit bila Nampak ada pacat kat atas lutut aku. Punyalah aku geli..cik sahabta dah Tanya kenapa dan aku terus keluar dari bilik mandi. Lemah rasa badan aku bila Nampak pacat tu. Budak bilik aku yang lain dah tak tentu arah tengok aku yang menjerit kegelian. Derang pun geli nak cabut pacat tu. Ada yang cari laighter untyk buang pacat tu tapi dalam bilik aku ni tak ada laighter. Aku dah geli tahap gaban dah ni sampai rasa nak tendang-tendang je semua yang ada sebab geli sangat dengan pacat yang dah melekat kat kaki aku. Cik sahabat yang tengok aku dah tak betl tu memberanikan diri tarik pacat tu dengan plactik yang dia ambik kat mana ntah. Aku tau dia pun geli sebab tadi dia kena gigit pacat pun orag lain yang tolong buangkan… sebab tengok keadaan aku yang dah tak macam orang bila tengok pacat tu terus dia beranikan diri. Terima kasih cik sahabat, lega rasa bila pacat tu dah blah. Lepas mandi darah dari bekas gigitan paat tu tak henti-henti. Ramai juga budak bilik aku ni yang jadi mangsa gigitan pacat. Ada yang kena gigit kat perut, kaki, paha dan lawak pula bila ada yang kena gigit kat punggung hahahhah. Macam mana bleh sampai kat punggung tu??? Hairan..

lepas tu semua tidur keletihan.. yang tak best nya tidur aku tak lena sebab asyik mimpi pacat je.. trauma betul aku…

No comments:

Post a Comment

Popular Posts