bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Friday, March 11, 2011

THE ACTORS STUDIO @LOT10

The actors studio bertempat di LOT10, Kuala Lumpur merupakan sebuah studio di mana penggiat seni mempersembahkan bakat mereka untuk tontonan umum tidak kira bakat lakonan ataupun nyayian. Studio yang bertempat di rooftop bangunan LOT10 juga menjadi lokasi pilihan bagi artis antarabangsa untuk membuat persembahan seperti Ranko, artis suparno dari Japan yang juga telah membuat persembahan yang cukup hebat di studio ini. Merupakan julung kalinya membuat persembahan di Kuala Lumpur, Ranko memberitahu bahawa dia seperti anak kampung yang baru pertama kali ke bandar apabila datang ke Kuala Lumpur. Walaupun di Negara asalnya tidak juga kurang hebatnya, di Kuala Lumpur menurut beliau ada tarikan tersendiri. Ranko yang sering ke Penang untuk membuat persembahan turut teruja apabila berpeluang untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur dan berharap agar memperolehi peluang sekali lagi untuk beraksi di sini.

Ceeewah dah macam tulis untuk majalah atau new paper pula ye... oklah memang pun betul kenyatan di atas. Hari tu aku berpeluang untuk menyaksikan persembahan dari artis antarabangsa ni dan ini juga pertama kali aku jejak kaki ke the actors studio di lot10 ini. Walaupun pada mulanya kami terperangkap di kesesakan lalulintas jalan raya tapi akhirnya kami Berjaya juga sampai di lokasi tempat kejadian. Mungkin kami sedikit lewat untuk menyaksikan persembahan pembukaan oleh artis tersebut tetapi apa yang penting kami tak terlepas langsung. Laluan untuk ke studio nie memang menarik sebab macam nak lalu kat taman jer... sebelah studio nie adalah club. Aku tak ingat nama club tersebut tapi menurut kawan aku club tu memang sering di kunjungi tidak kira hari. Untuk masuk ke dalam the actors studio bagi menyaksikan persembahan yang ada kita mestilah menderma mengikut jumlah minima yang telah di tetapkan sebagai contoh pada hari itu pengunjung haruslah membayar sekurang-kurangnya RM30 untuk masuk tapi memandangkan kami nie datang atas jemputan artis tersebut sebab keluarga cik sahabat adalah kenalan artis tersebut maka kami masuk secara percuma..... masuk je kami di suruh duduk di tepi dahulu kerana artis tersebut tengah membuat persembahan. Tak nak mengganggulah katakan. Aku agak terpegun mendengar nyanyian nyaring beliau walaupun aku memang tak paham apa yang di nyanyikan sebab beliau menyanyi menggunakan bahasa Italy.



Habis je lagu tu baru kita orang di suruh duduk di tempat yang disediakan dan oleh sebab kami adalah tetapi jemputan maka tempat duduk adalah di bahagian depan sekali. Nyanyian artis tersebut sangat membuat aku kagum sebab tak guna mike pun masih terang dan jelas nyanyian dia.. yalah nama pun suparno kan so apa lagi aku pun terhiburlah. Apa yang menarik Ranko turut mengundang beberapa orang pungunjung yang ada untuk turut serta di pentas. Antara yang menjadi mangsa adalah encik abang macho yang memang ikut kita orang dan adik saudara cik sahabat. Mereka di ajak menari dan ianya adalah sangat lawak bila yang jadi mangsa tu adalah orang yang kita kenal.



Lepas show tu aja aku dan yang lain di perkenalkan kepada artis tersebut,Ranko oleh cik sahabat baik. So lepas tu artis tersebut ajak kita orang gi minum kebetulan time tu aku, encik abang macho dan encik adik saudara sangat lapar dan kita orang tak menolak. Lagipun cik sahabat baik memang dah janji nak belanja kita orang makan sebab temankan dia hari ni tengok show ni. Sementara menanti Cik Ranko bersiap kami berbincang tempat makan yang menarik untuk kami pergi.

Erm sebab kat Malaysia ni terkenal dengan mamak punya makanan so kita ornag bawaklah cik Ranko ni makan kat RZ nasi kandar yang terletak dekat dengan KLCC. Cik Ranko sangat suka tempat tu sebab boleh tengok KLCC dengan dekat. Kira cantik la pemandangan yang boleh di lihat sambil makan. Cik Ranko ni boleh berbahasa melayu sikit-sikit. Mungkin sikit sangat sebab yang aku dengar dia cakap benda-benda basic yang tourist akan belajar. Selamat pagi, terima kasih, dan semua yang senang-senang. Tapi sebab dah biasa datang Malaysia so fav. Air dia adalah kopi panas kurang manis. Tu pun dia order dalam bahasa melayu. Lepas makan dan borak-borak tibalah masa untuk balik dan sebelum balik kita orang bergambar berlatar belakangkan KLCC. Kenangan katanya. Dia janji akan email gambar tu ke cik sahabat tapi sampai sekarang tak juga dia emailkan. Mungkin sebab dia busy sangat dengan latihan untuk show yang lebih penting di tempat lain. Tak apalah yang penting kenangan hari tu akan kami ingat selagi tak nyanyok ataupun hilang ingatan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts