bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, July 30, 2016

BETRAYED



Betray atau dalam bahasa melayunya khianat, mengkhianati, dikhianti adalah sesuatu perbuatan kepada seseorang. Menurut kamus Dewan pulak khianat ni adalah perbuatan jahat yang dilakukan oleh seseorang kepada individu lain bagi tujuan menganiaya, sabotaj, mendajal, ataupun apa2 yang sama waktu dengannya yang akan mengakibatkan musibah ataupun kecelakaan pada individu tersebut.



Khianat ni ada macam-macam cara sebagai contoh belot, menipu, mungkir janji, mempergunakan dan banyak lagi. tak ada seorang pun kat dunia ni yang suka, rela, minta dan mahu dikhianat. perasaan setelah dikhianat tu sangat sakit dan aku yakin tak seorang pun yang akan suka dengan  rasa tu tapi tetap juga ada mangkok-mangkok tingkat yang nak khianat orang yang dia kenal. Mengkhianat orang tu memang tak elok tak kira kita kenal ataupun tak kenal orang tu...


Mengkhianat atau dikhianat adalah dua perkara berbeza begitu juga dengan dituduh mengkhianat. apa cerita aku yang sebenarnya? hurmm sebelum tu aku nak tanya, apa perasaan korang bila korang dikatakan mengkhianati seseorang yang rapat dengan korang sebagai contoh kekasih, orang tersayang mahupun sahabat padahal korang tak buat pun semua tu????


Rasa sakit dalam hati.. Bagai hati dihiris tanpa sebab... rasa kecewa pun ada... yup itu yang aku rasa bila aku dapat tahu sahabat aku anggap aku dah khianat dia... " ingatkan boleh percaya dia tapi dia betray aku!!!!" ouchhh kata-kata itu menghiris perasaan aku perlahan demi perlahan. aku hanya mampu tersenyum kecewa apabila mengetahui akan hal ini. Ya Allah,tak terkata rasanya bila sesuatu perhubungan yang aku sangat sayang diragui. Ya walaupun hanya persahabatan tapi aku jenis yang pentingkan persahabatan...


Aku seorang yang sangat menghargai persahabatan dan mustahil untuk aku mengkhianati kawan baik aku sendiri.... tak kan sesekali!!!!!. aku DITUDUH MENGKHIANAT sebab perasaan benci sahabat aku tu pada seseorang yang juga kenalan aku. salah ke aku nak kawan dengan semua orang. aku tak suka menilai orang lain tak kira dari segi apa sekali pun sebab aku jugak tak suka diri aku di nilai... 


Sekali aku berjanji aku tak mungkir janji. tak adil bagi aku bila kau anggap aku khianat kau sebab aku kawan dengan orang tu jugak!!! masalah kau dengan dia tak ada kena mengena dengan aku. aku berhak kawan dengan sesiapa pun. aku tak pernah bagi tau mereka tentang perkara2 yang kita borak!!!! aku tau jaga maruah orang...  aku tau jaga rahsia orang... 










INI KISAH DULU...
KISAH ANTARA KAU DAN AKU..
KINI KITA DA 
OKAY!!!!


ADIOS AMIGOS




2 comments:

Popular Posts