bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Wednesday, August 15, 2012

kisah 27 ramadhan

Korang, aku rindu korang tapi aku tak tau kenapa rasa ni sakit sangat bila aku terkenangkan kegembiraan kita dulu. Aku rasa macam kehilangan. Aku kehilangan korang. Aku penat, penat cuba untuk mempertahankan hubungan antara kita semua.  Aku dah semakin putus asa sebab ianya berlaku pada aku berulang kali. Hati ni rasa macam di hiris-hiris, sesak nafas aku seketika. 
Aku memang malang dalam sesuatu perhubungan dan aku mungkin semakin percaya yang aku tak boleh ada sesuatu hubungan yang rapat. Aku cuba untuk menafikan benda tu tapi perasaan seperti tidak dihargai, tidak diperlukan sangat kuat aku rasakan. Ini buat aku rasa kecewa. . Kecewa kerana aku terlalu menyayangi perhubungan kita semua sampai memakan diri aku . Aku cuba lari untuk menghindari rasa sakit ini tapi ianya semakin dekat pada aku!!!!
Di pagi 27 ramadhan ini, aku terkenangkan kenangan kita.  Sedar sejauh mana aku lari, sejauh mana cubaku buang segala kenangan itu, aku tetap merinduinya. Aku cuba untk menerima takdir perjalanan hidup ini. Kehidupan harus di teruskan walau kita ditinggal sendirian.
Korang, aku rindu korang.
Adios
Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment

Popular Posts