bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Wednesday, February 15, 2012

itulah manusia

bila bercakap tentang manusia, sampai bila-bila pun takkan sudah. manusia dengan pelbagai ragam, pelbagai perangai, pelbagai perasaan dan pelbagai jenis pelbagai yang takkan sudah untuk di bidas dan di perkatakan.

manusia, aku juga manusia yang takkan lari dari segala jenis masalah. gangguan jiwa, gangguan perasaan dan segala jenis gangguan dan yang pasti bukan gila dalam erti kata sebenar. mengeluh dan terus mengeluh. itu juga perangai manusia yang semakin kerap aku lakukan. pada siapa aku harus berkongsi rasa... ya pada blog merapu ni yang akhirnya hanya aku sahaja yang faham apa yang aku luahkan. jadi apa bezanya kalau aku meluahkan pada diri sendiri.... banyak bezanya kerna aku lebih arif meluah dengan menulis dari meluah dengan berkata-kata.

siapa kata hidup itu susah, hidup itu tidak susah cuma hidup itu tidak mudah lalu kerana tidak mudah aku jadi begini. terasa serabut kepala... dan bila sedar aku harus berada di dunia sebenar dan bukan dunia bergembira seperti beberapa bulan lepas... arghhhh semakin terasa hidup ini tidak mudah.. sudah masanya berpindah ke dunia dewasa. tapi....

tapi mana permulaannya? bagaimana harus aku mulakan?? tika aku harus mencari permulaan terasa tiada sokongan dari orang keliling.. siapa yang aku harapkan.. kau tahu wahai hati.. kau tahu siapa yang kau harapkan untuk memberi sokongan ketika kau sangat memerlukan sokongan.

hidup tampak mudah dalam drama, nampak gembira dalam film dan nampak, nampak..... nampak,,, ya sempurna.. itulah perkataannya... nampak sempurna dalam novel. tapiiii sedarlah... itu semua hanya rekaan, rekaan manusia yang terlalu inginkan kesempurnaan sama seperti kau< dia, mereka dan AKU...

adiossss...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts