bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Monday, February 13, 2012

buntu, aku terhenti di situ

sejujurnya itu yang aku rasa.. berapa hari dah aku terkaku  di depan computer riba kecil berwarna merah jambu milik kakak aku..... taip beberapa padah perkataan kemudian aku padam semula. taip beberapa ayat kemudian aku padam semula.. itu yang berulang dan terus berulang. kenapa? semuanya seperti tak kena. 

hurmmm macam mana nak habiskan kalau belum mulakan? macam mana nak mulakan kalau belum dapat ilhamnya?? aduh ayat aku juga semakin terok. hari tu banyak pulak ideanya, cuma tidak tertaip pula... 
salah satu masalah aku sekarang yang pastinya aku belum lagi masuk ke dalam mood jiwang. yer aku belum lagi masuk ke dalam dunia watak yang sedang aku imaginasikan. belum lagi watak itu masuk ke dalam jiwa aku kerna apa kerna aku belum rasa lagi perasaan itu, perasaan di mana aku akan terus berada di dalam dunia itu, dunia yang boleh membuat aku lupa seketika pada reality...

hurmmm tapi bila nak masuk? pintu itu belum aku jumpa atau pun puntu itu sudahpun aku jumpa cuma kuncinya sahaja yang masih tidak kelihatan, aduhhh apa yang aku merapu nie.  benda yang sepatutnya aku merapau tak pulak termerapu nie yang macam tak ada kaitan yang lancar jari ini menyusun patah perkataan. 

ya allah, bukalah rasa itu agar aku bisa mencapai impianku yang satu.. ya allah aku tahu tidak layak bagiku untuk meminta walau secubit permintaan cuma aku pohon ya Allah, berilah aku peluang untuk impian itu.. impian yang lama aku impikan... aminn

adiossssss

No comments:

Post a Comment

Popular Posts