bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Wednesday, January 4, 2012

assalamualaikum 2012

belum terlambat bagi aku untuk ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang baca entry kali ni. ye memang dah lama aku tak update blog aku yang serba serbi merapu ni. (memang tu pun tujuan aku. untuk merapu)  kehidupan aku sedikit sibuk di penghujung 2011 yang lalu sampai aku memang tak berkesempatan nak update blog. yer betullah kata mereka, tahun terakhir pengajian akan buat kita rasa penat dengan semua kerja-kerja yang tak sudah. assignment yang tak habis-habis, tugasan yang di tolak dah harus di perbaiki hingga di penghujungnya kita sendiri tidak tahu apa lagi yang lecture ni nak. tapi alhamdulillah semua itu sudah semakin sampai di penghujungnya... dan pada satu saat ketika kita penat dan berehat sebentar dalam kesibukan yang tidak ndapat di bendung itu, time tu lah segala kenangan manis kita akan terimbau kembali. dan pada masa itu memang tu je kita mampu buat. mengimbau kenangan lama. nak mencipta kenangan manis pada waktu itu memang tak boleh. yang boleh kenangan bersama semua kerja-kerja yang harus di selesaikan. ok fine tak nak merapu tentang kerja dan benda lepas...

ok hari ni, di awal tahun 2012 ni aku dah dengar dua cerita kematian dan satu cerita kelahiran. kematian kawan kepada kawan aku yang mengalami kemalangan jalan raya di kuantan. meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah setelah dilanggar traler kosong dan satu lagi rakan kolej aku yang meninggal akibat paru-paru berair(kalau tak salah aku.) kat sini aku nak kongsi kejadian beberapa hari sebelum arwah meninggal.  kat bawah ni aku copy dari facebook kawan aku yang juga copy dari kawan dia. sebelum itu marilah kita sedekahkan al-fatihah untuk kedua-dua mereka yang sudah pergi menghadap ilahi.

kejadian di bawah ni adalah kejadian rakan kolej aku. :

assalamualaikum..tarikh 3/1/12...pkul 10.15 mlm anggaran....smpai d hospital manjung n gegas ke ICU...jmpe ibu nana n trus msuk blik nana d tmpatkan....sdh cmpur sayu cmpur blurr n kosong tgk keadaan nana..1 mse ceria n kerap mnjerit sakan ble aku mngusik....tp kali ni dpn mata nana trbring lemah..lemah sesgt..sgale wayar n bntuan pralatan kcemasan, prnafasan d mulut n tubuhnya...denyutan jntung die lemah..sgkut2...sayu tgk di balik crmin blik ICU tu..

ibu nana cerita, die demam blk dri unitar ari selasa(27/12/11)..pegi hspital kene tahan sehari,msuk air sume..kmudian dktor bg blk..kt die dh sihat..blk umah rehat je tp bdn msih seram sejuk..sikap brubah..nk d sisi ibu,nk tidur dgn ibu,..dan ibu setia mnemani n melayan khendak die,mnjaga die,mmbri prhatian pd die..

sehingga ari jumaat, aw al subuh nana bgn kt nk mndi..ibu izinkn,papah n pkaikn bju selesai mndi..nana nk slt subuh..ibu tgk je..slt2..ibu tgur..nana,slt ape?sbuh 2 rakaat je..nana jwb,slt zhor bu..ibu tgur,skrg wkt sbuh,slt semula ya..nana trsnyum mngangguk..n slt smula..

ptg nana ingin brsiap..kt nya nk pkai bju kurung raya...ibu turutkn..d pkaikn bju raya.nana kt,ibu pn pkai la bju cntik2..pkai jubah cntik..spy ibu nmpk cntik..ibu anggp biase d fkr2 hnye ingn ke hspital saje..pkai biase2 sudahlah..pegi hspital check nadi jntung nana d sahkn lemah prnfasan..dktor buat pmeriksaan dan nana d tahan dan d beri bntuan prnafasan oksigen..nana ade ngadu,ibu xnk duk hspital..sakit..

...register utk ke hspital ipoh,nmun sume pnuh..tp hspital mnjung trpilih buat harapan rawatan nana..nana d kejarkan ambulans..ondway 2min..dktor arahkn pusing ke hspital kmpar smula..denyutan jntung nana trHENTI..!

lewat ptg juga,d kejarkn ke hspital mnjung dan mnerima rawatan d ICU shingga ari ni(4/1/2012)...dktor kt,harapan utk nana tipis.......

kire2 lebih kurang pukul 3 ptg nana menghembuskan nafas terakhir. cry 

*ini lah antara yg berlaku dekat nana. sy copy ni dr kwn diploma nana yg pergi melawat nana sebelum nana pergi menghadap Illahi. Al-Fatihah.


sedih aku rasa setelah baca ni kat wall fb kawan aku. ya kita takkan dapat tahu bila masa kita akan pergi. takziah buat keluarga arwah.  

patah tumbuh hilang berganti. walaupun tak sama dengan yang hilang tapi kehidupan harus di teruskan. semalam aku mimpi lepak dengan sahabat sekolah menengah aku bersama suaminya dan siang tadi aku terus mesej beliau. berita gembira yang aku perolehi. beliau sedah selamat melahirkan anak perempuan ke dua pada 2 januari. happy yang aku rasa. yelah nak tunggu anak aku entah bila. anak orang lahir aku tumpang gembiralah. terus aku teringat kenangan lama waktu di sekolah. waktu sahabat aku ni nak pi dating. memang lawak. terpaksa cover2 takot kantoi dengan cikgu2 lain dan kawan-kawan lain. mana tak si suami tu adalah cikgu di sekolah tu juga. hahaha. nasib berkekalan hingga sekalrang dan harap kekal selama2. tak rugi aku jadi mata-mata untuk cek line clear time mereka dating di kfc. dapat mkn free lagi tu. hahah semua kenangan yang sangat manis....

ermm rasanya tu je yang mampu aku update hari ni. lain kali aku update lagi. pada yang baru jer follow blog aku ni. thanks la weh sebab follow blog yang serba serbi ni...

adiossss...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts