bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, November 22, 2011

takziah buat sahabat

Pertama sekali untuk entry kali ini aku sedekahkan Al-fatihah buat ayahnda cik sahabat yang telah pergi meninggalkan dunia yang hanya sementara ini dan pulang ke tempat yang sepatutnya kita, sebagai manusia berada. Al-fatihah..

Pagi tadi. Dalam jam sembilan pagi cik sahabat ada call aku cuma waktu tu roh aku masih mencari jalan kembali ke jasad aku(masih tidur) tapi tak lama je lepas tu aku dgr bunyi msg dan terus aku terjaga. Ok satu miss call dari cik sahabat dan msg dari beliau. Alangkah terkejutnya aku baca msg tersebut. " ayah aku dah x da". Terus aku call cik sahabat. Ye aku yang sangat fail untuk berhadapan dengan situasi yang memerlukan budi bahasa ni terus seakan-akan kelu untuk bersuara. Apa y harus aku ckp pada cik sahabat. Terasa gagal pula sebagai seorang sahabat untuk menenagkan sahabt yang berasa dalam kesedihan. Tak ada banyak yang aku soalkan kerana aku terlalu takut soalan yang aku akan tanya boleh membuatkan cik sahabat lebih sedih. Cukuplah kesedihan yang beliau alami. Ya aku turut menangis setelah mendengar suara cik sahabat. Takziah dah sedikit kata semangat aku berikan. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Nak melawat cik sahabat jauh di kampung halaman tambahan kelas aku yang memerlukn aku untuk hadir. Maafkan aku sahabat kerana tidak bokeh berada di samping kau.

Cekalkan hatimu, tabahkan jiwamu. Kuatkan semangatmu kerna ALlah takkan menguji insan yang tidak dapat mengharungi ujian yang di tetapkannya. Ya ALLAH ya tuhan ku. Kau tiupkanlah sedikit kekuatan buat sahabatku, kau kukuhkanlah keimannya agar beliau masih yakin dengan takdirmu, kau peliharalah keselamatan beliau dan keluarganya dari hasat dengki manusia dan kekejaman syaitan. Amin.Hanya itu pintaku buat cik sahabat tersayang.

masa mereka telah tiba, kita hanya menanti, tibanya detik kita, tuk pergi tak tembali.

Adiosss
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment

Popular Posts