bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Friday, September 9, 2011

lelaki atau pun perempuan???

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai.
Perempuan kena tutup sana sini.
terbuka sedikit sahaja aurat walaupun lengan
lelaki punya dosa bertambah..lelaki boleh pakai pagoda je
untuk apa??untuk lindung perempuan dapat dosa..
perempuan tgk badan lelaki atas pusat x berdosa sdangkan lelaki ternampak je
bntuk badan perempuan dah berdosa..so agak2 siapa yg lagi susah???)

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
pasti tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit
Namun siapa kata jadi lelaki senang?
badan sihat maknanya tiada alasan untuk mengelakkan diri dari beribadat
kepada Allah.
Perempuan diberikan penyakit setiap bulan untuk mengurangkan azab di alam barzakh dan akhirat
sedar x perempuan baik solat,puasa,atau tanggungjawab kepada Allah dan sesama insan
memang lelaki x da pengecualian..Sebab itu mereka dijadikan lebih kuat dari wanita

hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan dan menenggelamkan lelaki

hebat tak perempuan?
Hebat x lelaki??
siapa kata lelaki itu senang?
susah sensitive tetapi itu juga buat lelaki lagi sukar dinasihat
lagi sukar menerima kebaikan..lagi sukar menerima pembaharuan walau untuk kbaikan
lagi sukar menerima hidayah..
begitu sukar untuk mengutip pahala..
berapa ramai lelaki yang melepak di pusat hiburan
masuk pusat serenti
semuanya kerana hati lelaki yang lebih keras dikurniakan pleh Allah
sehinggakan Rasulullah pn kena cuci hati dgn malaikat Jibrail
bertapa kerasnya hati lelaki..
dengan hati yg keras itu lelaki kena kuat melawan dugaan dan ujian Allah
untuk menjadi khalifah dan hamba Allah yang taat..
kini berapa ramai lelaki yg benar2 berjaya menngharungi dugaan ini???

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adilkenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

persoalannya sekarang?

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya amat adil kepada makhlukNYA
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
sesunguhnya setiap umat manusia yang diturunkan ada peranan masing2
jika perempuan dilihat sukar pada zahir sebenarnya semudah2 nya Allah itu
mengurniakan pada kaum wanita peluang merasai kenikmatan iman.
jika pada zahir lelaki itu senang maknanya lelaki itu telah diberikan seberat2
ujian dan dugaan oleh Allah s.w.t…
kerana lelaki adalah ciptaan paling sempurna Allah s.w.t
dan wanita adalah ciptaan yang dikurniakan kepada lelaki untuk melengkapkan
kehidupan seorang lelaki…


adiosss..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts