bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, August 28, 2011

merdeka pada ramadhan terakhir

Bila tengok status kawan-kawan kat muka buku, terus hampir percaya yang raya adalah pada keesokan hari. 31/8/2011. Tapi tu semua belum pasti lagi kan. Sebelum aku terlewat nak gak aku wish selamat menyambut bulan ramadhan pada hari hari terakhir ramadhan ini. Sama macam yang lain, aku pun mengharapkan ramadhan kali ini lebih bermakna.

Apa yang menarik ramadhan kali ni adalah kerana kita sambut serentak dengan bulan kemerdekaan. Ye memang agak terlambat sebab kalau ikutkan sepatutnya aku post tentang semua ni awal ramadhan dulu tapi aku tak peduli. Biar lambat dari tak ada langsong. Lagipun hari kemerdekaan esok so semangat dia lebih lagi.

Sedar tak sedar selama ni aku hidup dalam negara yang aman. Syukur. Bukan semua yang bertuah macm penduduk malaysia kan. Kita boleh je sambut ramadhan dengan tenang tanpa ada peperangan ataupun rusuhan seperti di syria. Aku baru tau malam tadi, student-student di syria tak dapat keluarkan duit coz kad bank yang ada visa semua di sekat. So student kat sana makin kekurangan duit. Dahlah nak raya. Semoga mereka selamat disana. Itu dugaan mereka ketika di hujung ramadhan ini. Semoga mereka tabah mengharungi dugaan itu.Kita patut bersyukur sebab negara kita tak macam tu.
Syukur aku anak malaysia.

ADIOSSSS
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

Popular Posts