bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, July 2, 2011

teroknya Si PelUpA

esh memang terok gila la si pelupa ni. siapa?? siapa lagi kalau bukan aku. aku pelupa ka? mungkin ya mungkin tidak. tiba-tiba muncul satu idea kat dalam otak aku ni yang mana terus nak buat kesimpulan bahawa aku ni bukan pelupa tetapi kurang daya focus dan mudah sangat hilang focus dan matlamat pada apa yang aku nak buat... bleh terima tak?? bleh lah kot sebab aku ni kalau tengah kusyuk buat sesuatu kerja tak kiralah kerja berfaedah atau pun tidak, bila aku tukar channel je ( ubah atau beralih pada sesuatu benda/perkara yang lain) kemungkinan besar aku akan terus tak ingat (bukan lupa) pada aktiviti aku sebelumnya. jangan risau, bukan semua benda aku boleh lupa tapi kebarangkalian untuk aku tak ingat itu sangat besar. sebagai contoh yang baru sahaja terjadi, aku sedang taip entry bertajuk lama yang sekejap?? point utama (boleh di katakan utama laa) untuk entry itu adalah tentang kejadian masa aku nak balik rumah mama, tapi bila aku bangun and terus ambik external hard disk aku kemudian sambung balik tersadai depan laptop ni terus benda lain yang aku buat. bila ushar blog aku baru aku ingat aku nak taip SESUATU.. tapi SESUATU tu dah tak ada so terhasillah entry yang tak ada faedah langsung tue...

oklah sebelum aku tak ingat lagi, sebenarnya aku nak story, ari jumaat ari tue aku dari selangor drive la sensorang ke melaka, time tu rasa macam best pulak drive malam-malam, so aku pun bawak la kereta dengan slow and steady dan kadang-kadang je pecut ( bukan selalu).. sedang aku drive terfikir-fikir nak keluar kat tol mana, and sebab macam aku nak jimat duit and buang masa aku ambik keputusan kuar kat exit simpang empat. sekurang-kurangnya dapat aku jalan-jalan kat bandar Alor Gajah, lama tak tengok bandar Alor Gajah time malam-malam. so nilah hasilnya.






gambar atas ni semua adalah gambar bandar alor gajah yang aku ambik guna handphone yang sangat berjasa pada aku, memang sunyi sikit kawasan bandar ni sebab dah pukul 11 p.m, aku suka tengok lampu-lampu macam tu, tak pun lampu-lampu yang bergantung kat pokok kat Kuala Lumpur tu... chantekkk ooo... aku ingatkan lepas lalu kat bandar Alor Gajah ni nak ronda-ronda kat bandarraya Melaka pula skali mama mesej tanya dah ada kat mana and agak-agak lambat lagi ke sampai, terpaksa aku batalkan niat aku tu, tak per lain kali ada kannn..

oklah tu ja story aku,
adioss

2 comments:

  1. waktu malam adalah waktu yg sangat tenang

    ;D

    ReplyDelete
  2. yaaa sangat setuju.... memang suka hari malam, banyak ilham datang, rasa tenang pun...

    ReplyDelete

Popular Posts