bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Monday, July 11, 2011

keadaan tidak mengizinkan?

assalamualaikum....

wah dah lama giler aku tak update blog nie... dan seperti biasa, masa dan keadaan yang aku salahkan.... biasalah aku manusia macam korang jugak... kadang-kadang mesti akan salahkan sesuatu yang dah sah-sah bukan salah mereka atau apa-apa.... tapi memanglah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, kalau aku nak update blog ni mesti ada je cara aku akan cari kan tapi ni???? ye aku mengaku kebetulan juga (tengok masih nak cover kemalasan sendiri dan salahkan kebetulan) aku tak ada idea and tak tahu nak update apa.. ada supaya orang tau aku masih wujud dalam dunia blog ni maka aku tetap juga update....

tiba-tiba terlintas satu cerita yang aku nak kongsi dengan korang. oleh sebab aku ni pelajar jurusan tourism maka kadang-kala aku dan rakan-rakan di kehendaki untuk travel ataupun pergi ke tempat-tempat yang ada attraction tourist untuk buat assignment berkaitan dengan tourism. maka adalah satu kelas ni, lecture tu cadang nak hantar we all 5 orang pelajar dia ni(student kelas ni sikit je sebab short sem) ke vietnam untuk buat sedikit research, lecture aku cakap kalau universiti aku tak mau sponser kita orang, dia nak sponser we all dan sebab dah pernah ada pengalaman mengecewakan bila deal dengan lecture ni maka aku dan kawan-kawan tak mengharap langsunglah untuk ke vietnam ni.

beberapa minggu kemudian we all pun dapat kata putus, dan sebab ada sorang akak lam kelas aku ni tengah pregnant 7 month maka sah-sah lah tak lepas nak naik flight so lecture aku ni tukar plan, kata nak hantar kita orang pergi singapore, dan seperti yang di katakan segalanya ditanggung kalau fund yang dia minta tu masuk dalam acc bank dia. lecture aku suruh cari tempat tinggal, and buat total cost untuk kami ke singapore dalam 3-4 hari dah tu bagi dia. aku terus terfikir. passport aku tak ada. bila aku nakbuat. tapi elek dulu, bila dah conferm baru aku terhegeh-hegeh nak buat sebab aku memang suka buat kerja bila dah betul-betul confirm. kalau sekadar bercerita ni aku tak minat.

so nak tau kita orang pergi singapore ke tak???? mestilah takkkkkkkkk... macam sem sebelumnya juga.. takkan jadi punyer cerita-cerita dongeng ni... korang tau kita orang di suruh buat assignment tu kat mana?? kat sunway lagoon. kena guna duit sendiri untuk masuk dalam sunway lagoon tu untuk buat kajian tentang dalam tu and tempat-tempat attraction. bila ushar harga tiket nak masuk terus mintak lecture tukar tempat. Rm 100 beb untuk 5 theme park tu. kalau nak enjoi layan semua theme park tu tak pe gak.dahlah mesti cover semua, limited time lak tu. memang rugi la setakat nak ambik gambar, interview and tengok landskap dalam theme park tu je. kalau sponser tak per gak. last-last we all mintak nak cover sunway pyramid shopping mall tu aja.ada gak attraction place for tourist kan.

kesimpulan dari cerita aku ni adalah dari vietnam ke singapore ke sunway lagoon last-last sunway pyramid jer.... itulah manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan tapi yang aku musykil lecture ni memanjang bercerita ala-ala kisah dongeng pada student dia (macam memberi harapan) last-last diam macam tu je... pernah lah terjadi beberapa kali...

itulah manusia.. kan kan kan kan macam-macam ragam, macam-macam cekadak..

adiosss

No comments:

Post a Comment

Popular Posts