bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, April 23, 2011

semua adalah darinya....

ya sama macam apa yang aku katakan... semua darinya.. rezeki, jodoh, ajal, maut dan semua tentang kehidupan kita nie adalah darinya.

aku nak cerita tentang 2 perkara kat sini. perkara pertama adalah tentang cuaca sekarang ni. sekarang nie maksudnya saat aku menaip bait-bait ayat nie. tak dapat nak di sangkal betapa panasnya aku rasa saat nie. walaupun 2 kipas aku dah on tapi panasnya tetap terasa.... dari siang tadi panas. selalunya kalau panas macam nie hujan akan menyusul. ya memang hujan menyusul pada petang tadi tapi hanya seketika. hujan yang hanya sedetik cuma dan terus dibawa angin. bukan hanya hujan yang di bawa pergi tapi sang awan juga pergi tanpa mahu memberi sedikit perlindungan untuk mengurangkan pancaran matahari ini. air pula jangan di kata sudah bergelas-gelas air yang dah habis aku teguk tapi haus dan panas tak juga nak pergi meninggalkan aku.

cerita kedua pula adalah cerita gembira. pada tarikh (alamak aku tak sure bila) ermm minggu lepaslah. (nanti aku confermkan semula bila kejadian nie ok..) sepupu mak aku (kira mak cik akulah) yang rapat dengan keluarga aku telah selamat melahirkan anak lelaki secara operation di kuala lumpur. kakak kepada si ibu ada mms pic baby tu. serious weh memang cute. tembam, putih, mata sepet dan memang cutelah. kulit putih ikut belah si ibu sebab kalau bapak baby tu dia gelap sikt. menurut kakak si ibu, proses melahirkan baby nie memang agak mencabar sebab tunggu sampai 3 jam untuk baby nie keluar dari perut si ibu sebelum doctor ambik keputusan untuk buat operation.

aku dan family blom ada kesempatan lagi nak g melawat mereka.. mungkin hujung minggu depan baru ada kesempatan untuk melawat sebab mama kena hantar aku balik ke selangor semula setelah aku cuti study week( tak study pun lagi)... tak sabar nak melawat cute lil baby tu..

oklah tu je kot aku nak story, kalau ada kesempatan lagi adalah cerita yang akan aku khabarkan pada sesiapa yang rajin and sudi baca...

adios...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts