bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Monday, April 18, 2011

malang tak berbau

ya malang memang tak berbau. kalau kita tau bau malang mesti kita akan dapat elak segala malang yang bakal kita lalui, so tak akan adalah kemalangan jalan raya, kemalangan di tempat jerja dan kemalangan di mana-mana. tapi tu semua tak akan kita ketahui sebab malang tak berbau.

ok factor utama aku merapu kat atas nie adalah aku nak ceritakan kemalangan yang aku alami hari ni. walaupun bukanlah kemalangan ngeri ataupun kemalangan dashat( mintak di jauhkan) aku tetap nak cerita. memiliki diploma dalam bidang masakan bukanlah salah satu kelebihan untuk kita berasa selamat di dalam dapur. ya aku ada diploma in culinary art dari salah satu universiti di malaysia ni. bagi aku walau setinggi mana pun pengalaman kita kemalangan di dapur tidak dapat kita elakkan walau kita berhati-hati. macam kehidupan kita jugalah semuanya tak di jangka.

kisah aku ni pulak tak ada lah gempak mana cuma nak berkongsi cerita.. aku dah lama tak masuk ke dapur atau dalam kata erti lain memang dah lama tak masak walaupun memang aku tak suka masak. family aku pun memang boleh di kira dengan jari boleh rasa hasil masakan aku yang nyawa-nyawa ikan ni. ye aku memang ada diploma dalam masakan tapi tak semestinya aku pakar dalam memasak ni. kira bakat aku dalm masak memasak nie memang 0. sekadar bolehlah untuk hidup tapi kalau untuk kamu beberapa orang masak memang belum di cuba oleh aku. waktu practical dulu pun aku macam di manjakan oleh chef-chef kat sana. ok tutup cerita tentang waktu practical. sambung cerita sebenar. alkisah hari ni entah macam mana aku boleh terrajin nak tolong mama kat dapur(selama nie aku tak berkesempatan sebab bangun lewat and sebab malas yang sebenarnya...) banyaklah juga aku tolong. aku tolong kacau, tolong borak dengan mama and tolong dengar mama bercerita.

menu mama hari ni adalah ikan masak lemak cili api + mangga muda. memang sedap giler. so mama siapkan barang-barang yang lain and aku ambik tugas untuk siapkan part mangga sebab aku memang ratu masam-masam nie. segala jenis asam or masam yang ada kat dunia nie aku suka(cerita nak gempak) so dengan senang hati aku kupaslah kulit mangga muda nie.. bila dah siap kupas aku pun cuci and mulalah proses nak menghaluskan mangga nie. entah macam mana lepas 2-3 biji aku kerjakan tiba-tiba boleh pula aku terhentak pisau yang baru di asah tu ke jari aku. terkejut aku sebab secara automaticnya kesakitan terus terasa. cepat-cepat je aku letak mangga yang aku pegang tadi and terus ke sink untuk cuci darah yang mengalir. memang banyak darah yang keluar. cuci berkali-kali pun masih berdarah. mama suruh letak gamat so aku pun letaklah. nak kata terbelah dalam sangat tu tak lah tapi nampaklah terbelah jari aku kalau aku kepakkan sikit jari aku tu. taklah sakit pun bila letak gamat tapi masalhnya gamat bercampur ngan darah pula. terpaksalah aku cuci semula jari aku and keringkan betul-betul dan baru letak gamat semula. kerja aku yang tergendala tadi mama sambung sebab aku memang takkan sambunglah. kira macam fobia seketika. rasa ok sikit lepas letak gamat.

petang tu pulak ingatkan takkan rasa sakit tapi boleh berdenyut-tenyut rasa jari aku nie. sampailah malam. sekarang ni rasa sakit bila jari yang cedera tu banyak bergerak. bila dah luka ni memang akan teringatlah saat-saat aku cedera waktu aku practical di salh sebuah hotel di petaling jaya. aku terhiris kulit jari aku sampai nampak isi aku pun pernah tau. banyak lagilah. semua tu mebuatkan aku lebih berhati-hati ketika buat kerja cuma yalah bila dah lama tak masuk dapur nilah hadianya... hadiah pengenalan semula kiranya..

rasanya tak ada apa lagi yang aku nak merapu... so aku stop kat sini jelah ok. next time aku story lagi apa-pa yang aku rasa aku nak story...

adios...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts