bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, January 25, 2011

kisah yang seterusnya

assalamualaikum..

nie mungkin kiriman khabar kedua aku untuk tahun nie. bukan tak nak update selalu tapi masalahnya aku tak ada kemudahan untuk update. dah lah lattop kesayangan aku rosak. motherboard burn separuh.. bleh palak kannn... ermm tak kisahlah. so now apa yang aku nak cerita untuk update kisah aku nie.

oklah for my classes macam ok la walaupun ada class yang aku agak blurr or masih blurr. een hari ni pun aku ponteng class hehehe so macam mana la aku tak blurr.. dah lah nie semua major sub. yang aku ambik. assignment plak memang dah ada la.. banyak tu tak payah cerita dan nama aku student kalau tak ada assignment bukan student namanya. aku terima jer.

ok pasal personal life aku macam biasa. cuma buat masa nie aku malas nak hang out ngan kawan2 aku. aku pun tak sure kenapa. dah musin aku tak rasa nak hang out dengan derang so apa nak buat kan. kalau ikutkan memang la tak elok aku buat macam tu tapi apa nak buat dari aku menyakitkan hati mereka dengan buat muka tak der mood kalau hangout baik tak yah kuar terus kan..
so sekarang nie aku just spend my time with my sisters. tue lebih diterima dek akal aku. kalau dah ngan my sisters for sure la banyak gak aku membazir heheheh. tapi tak kisah pun. aku kisah bila hujung-hujung bulan nanti je. time dah kering tu baru menyesal.

tentang hobi aku pula. nie yang menarik nie. jumaat nie akan ada pesta buku anjuran karangkraf kat shah alam. so tanpa ragu-ragu aku dah asingkan bajet untuk aku borong sakan jumaat ni nanti. heheheh. the best part is aku ngan cik sahabat baik sanggup ponteng kelas pagi semata2 nak g sana. well dah nama aku hantu novel so tak kisah benda lain dah.... pada yang lain harap elakkan perangai macam nie...

tiba-tiba teringat koleksi movie yang aku ada dalam external aku. punyalah dulu banyak je aku ambik dari kawan2 aku. konon nak master dalam semua movie la.. skali sampai sekarang boleh di kira dengan jari je movie yang aku dah habis tengok. cadang nak layan gossip girl tapi macam malas la pulak. conferm je kalo aku dh mula layan memang tak der benda dah aku boleh buaat selain layan cerita tu. vampire diaries pun aku tak master lagi.. ermm banyak yang tak sudah lagi nie..

bila sebut tentang benda yangh tak sudah macam biasa aku akan teringat kan karya yang aku tulis time zaman sekolah aku. dah 6 tahun aku tinggalkan zaman skolah aku. dah 6 tahun juga la azam aku untuk habiskan type semua cerita yang aku karang dulu terbiar macam tu je. aku pun tak tau bila nak selesai.. dah aku memang macam nie...

bila kenang zaman sekolah pulak rindu je ngan sahabat dan kawan-kawan. memang lama tak jumpa mereka . lautan luas memisahkan aku dan mereka.. ceeeewaaahh ayat nak power jer. tapi serius weh aku memang rindu ngan kawn2 aku. kawan2 aku dari form1-3, kawan2 aku kat sekolah teknik... rindu ehhh.. kenangan tu je yang bleh buat aku senyum sorang-sorang bila aku imbau kembali saat manis tu.. paling aku rindu ngan geng kapak. nanti la aku cerita tentang geng kapak. apa itu geng kapak dan macam mana bleh ada geng kapak. tue semua aku akan cerita lain hari hehehe....

oklah aku nak masak air. lapar pulak aku rasa. so kalau jari aku tergerak untuk taip add. blog ni maka akan adalah cerita lain dari aku..
so adios semuaaa

No comments:

Post a Comment

Popular Posts