bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Thursday, June 16, 2011

Erti seorang Sahabat

seseorang pernah bagi aku sehelai kertas yang mengandungi ayat yang sangat menarik perhatian aku.... dan di hujung pada kertas itu dia memberi aku satu ucapan yang bermakna,
"maaf kira aku bukan seperti kau, sahabat terbaikku"

Seorang pujangga barat pernah menulis.. dalam dunia ini kita tidak punya sesiap kecuali diri sendiri... tetapi dalam keadaan kita bersendirian kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa... kita Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa di khianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi nya peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa kita juga pernah membuat dia ternanti-nanti... kerana kita juga ada janji yang tidak di tepati. Kita beri seribu alasan memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu terfikirkah tentang perasaannya???? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa...

Untungnya mempunyai kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita. Segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan. Dia member jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri hingga kadang-kadang terlupa, kawan kita juga ada cerita yang ingin di kongsi bersama kita. Pernahkah kita memberikan dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya???

Pernahkah kita menenangkannya sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh di jadikan tempat untuk bersandar apabila lemah agar tidak rebah? Bolehkah kita di jadikan bahu tempat untuk di sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar daripada hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang dan sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan seorang kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin dia sebenarnya tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyuman itu, mungkin ada cerita sedih yang ingin di luahkan, di sebalik ketenangan mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu....

untuk sahabatku, i love u lahhh

adioss

No comments:

Post a Comment

Popular Posts