bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Wednesday, June 10, 2015

Perth Australia Day 1

 Flight detail: Kuala Lumpur to Perth
Flight number: D7236
Date arrival: 10/06/2015





Selamat pagi semua Assalakualaikum dunia..
As u can see atas ni flight detail untuk ke Perth Australia. Yup... im going to Perth baby!!!!(cehhh poyo je lebih)
Pasport... visa... ticket...


Insyaallah selama aku di negara orang ini aku akan update pada korang ek kejadian2 yang menarik...

Well flight aku pada 10 june 2015 pukul 1205 ke Perth. Perjalanan ambik masa 5 jam so dalam flight aku tidur je and sejam sebelum mendarat aku tersedar and im writing this dlam flight ok.. and for sure la aku x dapat post dulu... lengoh gak la lama2 dalam flight ni.tapi boleh je korang nak jalan2 dalam flight ni kan kasi regang skit otot n urat2 korang tu.

Aku naik air asia je... murah gak la flight ticket yang aku beli ni. Rm634 pergi balik ok!!!! Tapi silap aku tak beli luaguge... so tadi baru beli 15kg paling skit. Kalau harga online or 4 hour before masa berlepas kita beli dapat la harga Rm98 tapi disebabkan aku dah lambat 5 minit so aku kena la bayar rm135 untuk 15 kg tapi beg aku 13.6 je and ada gak aku bawak hand carry.

Untuk visa pula elok la korang apply online murah lagi sebab kalau apply melalui travel agent kena dalam rm40 gak la. Apply dia sangat senang. Bagi copy pasport n bg tau nk ke mana nanti mereka akan email kan pada korang.

Ok bila dalam flight dia ada bagi 2 helai kertas. Kertas tu adalah borang yang korang perlukan... satu borang tu utk detail tpt tinggal korang time kat Australia dan satu lagi adalah declaration barang2 yang korang bawak. Korang kena bagi tau apa2 barang yang korang bawa..bawa megi ke.. perencah apa2 ke kena bagi tau. Kalau ikot kata mereka immigration Australia ni sangat la strict...



Sebelum mendarat flight attendnt ni akan spray kat laluan dalam flight ni.. ni adalah salah satu procedure bagi flight dari negara2 yang berpotensi utk kena malaria yang nak masuk ke Australia.  Menurut pilot kat Perth sekarang 14degree..

Ok so we all selamat mendarat. Bila kat immigration tu aku tgk keadaan dia x sama dengan yang kat Malaysia. Derang memang mcm betul2 perhatikan tiap org yang masuk. Even derang akan tgk betul2 muka ko sama x ngan kat dalam pasport tu.Tapi tak payah la takut.  Staff sana sangat mesra. So lepas pasport derang akan tunjuk mana ko kena pergi. Next adalah pemeriksaan beg. Kalau kau ada bawa makanan ko kena bg tau. And kalau mereka rasa nk check so derang akan check beg ko. Siap ada anjing bagai. Ye la takot la kot2 ada penjenayah yang bawak dadah kan.

Alhamdulillah tak ada masalah untuk kami... so bila keluar je dari airport aku dihembus dengan angin sejuk Perth. Aku memang senyum je... tak sangka aku dah jejek sini. Memang sejuk tapi tak la sampai menusuk kalbu. Mungkin sebab lemak yang aku kumpul ni agak membantu la.

Aku ngan mami

Ni la view yang aku nampak. Sebab time ni baru pukul 550 pagi. So nanti aku update lagi ...

Adios.....

Friday, May 22, 2015

Unexpected trip to The Colmar

ASSALAMUALAIKUM...

Holla all.. apa khabar sihat ke masing2? Semalam 22 may 2015 along tetiba ajak g The Colmar. Along kata nak bawak Keisha ke rabbit farm kat sana So kebetulan aku ngan baby ada kat KL so along ajak juga kita orang. Well apa lagi aku pun follow je la..jangan tolak rezeki kan..Sepanjang perjalanan aku tido je. Biasalah aku kalau dalam kereta mudah je nak terlena.


Sampai je terus selfie
 Sampai je sana aku apa lagi teruslah selfie. Cuaca agak panas. Kalau ikotkan nak pergi petang tapi semenjak dua menjak ni petang asyik hujan je so kita org pergi tgh hari so agak panas la... Keisha happy la dapat jalan- jalan. X nak kena dokong langsung..

Bayaran masuk ke Colmar ni adalah RM 13 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak- kanak. Ni kali ke dua aku ke sini. Sebelum ni aku stay semalaman kat sini. Kalau nak stay kat sini elok kalau ada event la mcm aku dulu aku stay waktu merdeka. So ada la some activity yang pihak The Colmar ni buat.
kena naik truck utk ke park
 Untuk ke park yang ada kita kena naik truk ni. dia ada masa2 perjalanan.. semalam kita org sampai dal pukul 2.30 so kena tunggu dlm 15 minit je utk truck ni hantar ke mana2 park yang kita nak pergi.

Happy je Keisha dapat jalan-jalan
 Dulu station utk mereka drop customer tpt lain sekarang ni dh tukar ke tpt lain. So kita org kena daki tangga untuk ke Japanese Villages. Aku tak expect pun kena naik tangga yang agak tinggi so memang mengah gak la nak naik.. tak cukup nafas je rasa... ni lah jadinya bila tak cukup stamina..


sila la ikot signboard...

HAHAA Caption kat gambar atas tu adalah peringatan utk kalian juga untuk aku. Al kisah kita org nak ke Japanese village so dah terang2 signboard tu kata belah kiri so kita org yang super bijak ni ke kanan.. konon2 ingt sure la ada juga jalan nak ke Japanese Village gak kalau lalu Botanical garden.. 

hurmm tak payahlah nak terlebih bijak.. memang la bila dh dtg sini seeloknya pergi semua tempat tapi kami yang kekurangan stamina ni dah pilih nak ke Japanese Village je sblom ke Rabbit farm tapi di sebab kan kita org bajet yang kita org tau kawasan ni jadi kita org terpaksalah turun naik tangga LAGI!!! Makin habis stamina kita org...  nasib baik la agak sejuk kat tempat kejadian.


Di Japanese Villages 
 Japanese Villages ni sangat cantik.. dulu aku pergi sini lagi cantik.. banyak je ikan2 cuma kali ni kurang la ikan yang ada. Tapj ketenangan bila berada kat sini tetap sama... best je tempat ni.

kat sini korang boleh sewa kimono untuk ambik gambar dalm rumah or di sekitar kawasan kampung ni. Kekonon fefeeling ada kat Jepun la... harga sewa adalah Rm 20 seorang dan ambik gambar guna kamera sendiri...
Keisha mengasah skill berjalan...
 Keisha apa lagi guna peluang yang ada untuk guna kaki dia Sampai along pulak yang risau. Abang ipar aku rilex je lepaskan anak dia merayau2... tapi for sure la abang ipar aku ushar keselamatan anak dia gak.

Sedang lepak2 kat Japanese Village ni cuaca dah macam nak hujan... gurub dah mula berbunyi.. so sebelum hujan turun kita org pun gerak la ke station utk tunggu truck. On the way nak ke sana dah mula dah bunyi guruh... nasib x da kilat but still masing2 x berani nak pegang or main phone. Bahaya ooo...

Sampai je kat pondok menunggu hujan pun turun.. nampaknya x berkesempatan la nak ke rabbit farm kalau dah hujan mcm ni. Sejam lebih gak lah hujan dan sejam lebih gak lah kita org tunggu truck..rupanya pukul 5 semua tempat tutup. So kita org gerak naik truck sama ngan staff yang jaga kat Japanese Village ngan Botanical Garden ni...

Groufie di The Colmar
Walaupun hujan renyai2 kita orang tetap x lepaskan peluang untuk abadikan kenangan kat bangunan2 yang cantik yang ada kat sini. Bajet ada kat luar negara la....

So kita orang habiskan masa kat sini pula.. jalan2... ambik gambar... dan sebelum balik kita orang dinner kat sini. Cuaca yang sejuk sangat mendamaikan.

Setiap hari mereka ada stage performance tapi ada masa2 tertentu la. Sambil dinner kita orang boleh tengok 1/2 hour show sebab kedai makan tu dekat je ngan stage tu.

Dalam pukul 10 malam kita org gerak balik ke KL tapi perjalanan kita orang di temani kamus tebal... so abang ipar aku bawa kereta slow dan penuh hati2. Memang x nampak jalan aku ckp... kena tgk line putih kat jalan raya tu. Teringat plak kisah Merawat hati dencik topi yang sedang kecewa suatu masa dahulu Tapi jalan di genting dulu lagi super berkabus sampai x boleh nak drive...

Hurmm rindunya geng waktu rehat...
Oklah... malas dah nak taip apa2 lagi pun cerita dah habia da...
So lain tahun aku update lagi ye..

Adios...

Wednesday, March 25, 2015

after a year...

Assalamualaikum dunia...

Lama aku x update... Dah nak dekat setahun rasanya sbb last aku update pasal keisha... lebih kurang lepas sebulan keisha lahir arryan phn lahir... kesayangan aku...

Sekarang dah 11 bulan dah arryan.. Arryan Fayyadh Miqael...  time angah masih kerja kat kl aku yang jaga arryan lepas balik kerja... keisha plak mama ngan ateh yang jaga... nak jaga anak kecil mmg perlukan kesabaran yang super tinggi... hurm... ok lah...aku mmg nak story panjang tapi aku dah super ngantuk... lambat bukak blig ni sebb password ngan id for blog ni aku lupa... ok lain tahun aku update lagi... esok kerja... and.. yes aku masih kerja kat tpf lama... dalam aku tak tahan nak dekat 2 tahun gak... hurmm..

Ok lah lain kali aku update lagi ek...
Adios amogos...

Monday, April 7, 2014

setelah sekian lama

Assalamualaikum. ..

Ya Allah... memang dah lama aku gak update blog ni... berkurun lamanya... kesian plak kat blog ni..

Ok pe citer ek.. hurmmm lama dah x update so x tau nak mula dari mana.. ok skarang aku dah nak masuk 9 bulan kerja kat melaka.. ye dalam tak sedar 9 bulan dah..  kawan2 kat sana semua best cuma kadang2 org atasan aku yang x best... biasalah kan tempat kerja mana yang super best sentiasa...

Kehidupan peribadi plak.. hurmmm masih macam dulu... owh ya aku dah ada sorang anak buah nama dia Keisha Medina Mikayla lahir pada 19.3.14. So bulan ji on 14.4.14 plak anak buah aku ke dua bakal lahir insyaallah. ..

Hurmmm oklh lain tahun aku update lagi.. nak besiap g kerja ni...

Adios...

Sunday, July 28, 2013

New place, new thing, new life

Assalamualaikum.

Macam lama dah x update blog ni. Hurmm bukan tak nak tapi tak berkesempatan. Ok stop cerita mengarut. Now aku just nak update. Aku dah tak kerja kat tpt keja lama aku(kat KL)  now aku pulang ke kampubg halaman aku. Hahah dramatik giler. Aku keje kat bandaraya bersejarah ni. Senang sikit. Dok umah family aku. Jimat la jugak.

Kerja kat pusat perlancongan mcm tpt keja aku sekarang ni mmg menguji kesabaran. Kena berdepan dengan pelancong yang datang satu hal paling x best kena deal ngan staff kat sini. Biasalah lain orang laib ragam kan.

Untungnya aku kerja kat sini sebab aku boleh duduk office dan keluar kawasan kerja.kebanyakannya aku akan berada di luar sebab tu aku dah makin gelap, but i don't care. Rakan sekerja aku plak gila macam aku. So aku kira bernasib baiklah kan, tapi tak semua manusia itu sempurna. Sama macam aku, sama macam miss Y rakan sekerja aku tapi sbg manusia yang cuba hidup normal aku tak peduli kekurangan yang lain.

Aku lebih suka kerja luar dari duduk dlm office, sebabnya adalah kerana. . (skemanya!!!!) bunyi mesin fax, mesin printer, dan macam2bunyi mesin lagi, dan bunyi bdk office dok borak kuat2 macam dia punya office and paling x best derang ni mcm x reti nak senyum. Patutlah dok lam office. Kalo dok luar kena jumpa customer habis kena complain. Staff x mesra. .

Nak kerja ni, kita kena pandai,pandai cari org dan pandai menapis segala apa yang kita dengar. Jangan mudah percaya apa yang org ckp. Tapi kalau dah semua org ckp mcm tu hurmmm terpulang la kita nk percaya ataupun tak.

Apa aku nk story ek. Lupa lak. Mak aku baru balik so next time aku story tentang encik pelik. Encik goldfish dan encik nothing. . Hahha awal2 kerja aku dan miss Y dan bagi gelaran kat org sana. So lain  tahun aku update lagi yer. .

Adioss
 

Tuesday, May 14, 2013

MAAF

maaf aku tak sempurna,
kerana aku kau derita,
kerana aku kau berduka..

maaf aku tak sengaja
membisu buat kau terasa
membeku buat kau tertanya-tanya

maaf aku tak berdaya,
memberi bahagia yang sepatutnya
memberi gembira yang sewajarnya.

maaf aku tak bisa
membuat senyum terukir di bibirmu
membuat kau bangga memiliki aku.

maaf itu sahaja aku pinta
kerana aku tidak sempurna


Tuesday, April 30, 2013

The other language...

Assalamualaikum semua...

lama tak update blog nie. well secara ringkas nak update sket.. now aku "buat2" busy sebab wedding kakak-kakak aku nak dekat dah. ye kakak-kakak aku!!!! jarak majlis adalah seminggu dan aku serta mama yang naik hantu kat sini uruskan wedding mereka di sebabkan aku dah menganggur sekarang ni. di sebabkan jiwa agak kacau izinkan aku menulis dalam bahasa yang lebih membuatkan aku puas hati....

Nang juak asa mok gila.. sapa gik gila. mun orang polah persiapan k satu majlis wedding pun dah macam-macam hal jadi tokgik mok ngato 2 majlis. ya suusah. mun kembar paham juaklah orang owh. tok sik. time tok juaklah duak-duak kakak aku mok nikah. ya nya seminggu jak bha jarak majlis dak duak. nok gago nguruskan ya mak aku n aku lah. dak nya kerja...

masalahnya aku nang sik suka eh mok kuar masuk kuar masuk kedey mencarik barang. mun di shopping complex x da hal lah juak... tok di kedey bawah(merujuk kepada shoplot). nang dari kecik aku x suka agak specis kedey2 kedak tok. panas bha,.. bukan berlagak ka or bajet org kaya p nang aku x suka... even time di miri dolok pun, time aku kecik eh,, mun mak aku mbak aku g kedey kedak ya nang mudah jak aku berolah. banyak-banyak benda mun dalam kepanasan nang mudah ati aku terbakar. auk nang aku tauk api neraka gik panas tapi tok lain bha.... kes tok lain. dolok mun mak aku carik bj aku di kedey kedak ya nang aku prefer doklam keta jak... x pun tinggal di rumah... tapi nek tok aku jadi driver mak aku merangkap assistant mak aku.. so i need to follow cney jak mak aku pergi... aku nang sik suka...

masalah utamanya adalah sebab aku bukanlah jenis org nok kaki jalan. aku nang sik rajin eh... mun aku lepak ngan kwn aku pun mek org just kekoyo lam mall x pun lepak2 di kedy makan jak... buang masa cam ya lah.. x pun main pool, karok.. nang becarik aktiviti nok x polah aku mudah panas hati...

tok gik terpaksa ekot mama nguruskan hal wedding dak kakak aku.. hari2 mok keluar becarik barang.. makinlah aku x suka.. aku suka elek2 jak bha... dah gik di Melaka tok nang panas.. panas yang semacam.. skaligik : auk aku tauk neraka gik panas......

nang byk mok di reypak aku eh tapi aku tok dah x pandey mok share apa nok aku rasa rah org.. aku dah terbiasa simpan kedirik bah.. ya polah aku makin jiwa kaco.. even ngan dak family aku pun aku x da share apa nok aku rasa. semua x puas hati,kecik ati, makan hati, tergurs hati, suka hati dan semua jenis nok ada kaitan ngan hati aku simpan dirik mpun..

dah gik.. mals gik aku mok taip eh... lain tauk jak aku update aaa...
adiosss

Popular Posts