Holla all.. apa khabar sihat ke masing2? Semalam 22 may 2015 along tetiba ajak g The Colmar. Along kata nak bawak Keisha ke rabbit farm kat sana So kebetulan aku ngan baby ada kat KL so along ajak juga kita orang. Well apa lagi aku pun follow je la..jangan tolak rezeki kan..Sepanjang perjalanan aku tido je. Biasalah aku kalau dalam kereta mudah je nak terlena.
Sampai je terus selfie |
Bayaran masuk ke Colmar ni adalah RM 13 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak- kanak. Ni kali ke dua aku ke sini. Sebelum ni aku stay semalaman kat sini. Kalau nak stay kat sini elok kalau ada event la mcm aku dulu aku stay waktu merdeka. So ada la some activity yang pihak The Colmar ni buat.
kena naik truck utk ke park |
Happy je Keisha dapat jalan-jalan |
sila la ikot signboard... |
HAHAA Caption kat gambar atas tu adalah peringatan utk kalian juga untuk aku. Al kisah kita org nak ke Japanese village so dah terang2 signboard tu kata belah kiri so kita org yang super bijak ni ke kanan.. konon2 ingt sure la ada juga jalan nak ke Japanese Village gak kalau lalu Botanical garden..
hurmm tak payahlah nak terlebih bijak.. memang la bila dh dtg sini seeloknya pergi semua tempat tapi kami yang kekurangan stamina ni dah pilih nak ke Japanese Village je sblom ke Rabbit farm tapi di sebab kan kita org bajet yang kita org tau kawasan ni jadi kita org terpaksalah turun naik tangga LAGI!!! Makin habis stamina kita org... nasib baik la agak sejuk kat tempat kejadian.
Di Japanese Villages |
kat sini korang boleh sewa kimono untuk ambik gambar dalm rumah or di sekitar kawasan kampung ni. Kekonon fefeeling ada kat Jepun la... harga sewa adalah Rm 20 seorang dan ambik gambar guna kamera sendiri...
Keisha mengasah skill berjalan... |
Sedang lepak2 kat Japanese Village ni cuaca dah macam nak hujan... gurub dah mula berbunyi.. so sebelum hujan turun kita org pun gerak la ke station utk tunggu truck. On the way nak ke sana dah mula dah bunyi guruh... nasib x da kilat but still masing2 x berani nak pegang or main phone. Bahaya ooo...
Sampai je kat pondok menunggu hujan pun turun.. nampaknya x berkesempatan la nak ke rabbit farm kalau dah hujan mcm ni. Sejam lebih gak lah hujan dan sejam lebih gak lah kita org tunggu truck..rupanya pukul 5 semua tempat tutup. So kita org gerak naik truck sama ngan staff yang jaga kat Japanese Village ngan Botanical Garden ni...
Groufie di The Colmar |
So kita orang habiskan masa kat sini pula.. jalan2... ambik gambar... dan sebelum balik kita orang dinner kat sini. Cuaca yang sejuk sangat mendamaikan.
Setiap hari mereka ada stage performance tapi ada masa2 tertentu la. Sambil dinner kita orang boleh tengok 1/2 hour show sebab kedai makan tu dekat je ngan stage tu.
Dalam pukul 10 malam kita org gerak balik ke KL tapi perjalanan kita orang di temani kamus tebal... so abang ipar aku bawa kereta slow dan penuh hati2. Memang x nampak jalan aku ckp... kena tgk line putih kat jalan raya tu. Teringat plak kisah Merawat hati dencik topi yang sedang kecewa suatu masa dahulu Tapi jalan di genting dulu lagi super berkabus sampai x boleh nak drive...
Hurmm rindunya geng waktu rehat...
Oklah... malas dah nak taip apa2 lagi pun cerita dah habia da...
So lain tahun aku update lagi ye..
Adios...
No comments:
Post a Comment