bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, July 31, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 29, 2012

Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

lagu Tuhan berikan aku cinta by Ayu Shita,

Published with Blogger-droid v2.0.6

puasa raya? huaaa aku tekanan jiwa!!

Jumpa lagi bulan ramadhan tahun ni. Tahun depan? X sure lagi ada je tak. Kata orang kita harus hayati kemeriahan dan kegembiraan ramadhan tapi aku tak dapat rasa pun semua tu.

Bencinya dengan apa yang aku rasa nie. Tekanan jiwa betol. Sejak peristiwa tu aku terus tak yakin dengan diri sendiri!! Semua benda jadi tak betol dalam hidup aku. Selama ni aku tak kisah pun apa org ckp ttg aku sebab aku tau ada 'orang' lain yang terima aku seadanya tapi lepas hari tu aku sendiri tak yakin 'orang' tu terima aku seadanya ataupun tak!!! Sakit betol rasa tu. Rasa macam dah tak berguna lagi dah. . Useless!!!! 

Korang tau tak bila rasa tak berguna, tak berupaya dan tak ada keyakinan tu? Rasa ni lebih dashat dari korang jatuh tergolek depan orang ramai ataupun seluar korang koyak depan orang ramai.  Rasa ni lebih teruk. Bertambah teruk bila kita kena deal rasa tu seorang diri!!! Tak ada kawan, tak ada sahabat even selama ni koranglah org pertama yang muncul bila member ada problem untuk pinjamkan telinga dan paling sedih tak ada FAMILY untuk faham dan bagi sokongan. Huaaaaa hidup sangat complicated. Memang tak ada kebahagiaan agaknya dalam hidup aku!!!!!.

Kalau ada yang baca ni kata aku ni macam orang hilang akal, tak fikir panjang, dan apa2 yang memang nak menjatuhkan emosi aku, ni aku nk bg tau korang dah berjaya dengan bantuan aku sebab aku memang dah rasa semua tu dah!!!!!

Eshhhh rasa nak menyumpah je nie. Aku nak jerit, nak maki hamun semua yang terlibat!!! Tapi aku tau aku tak mampu!! Sebab apa sebab aku lemah!!!

Kawan aku penah kata dia kenal aku!! Dia faham aku!!! Pergi mamposss lah korang!!! Korang tak pernah faham aku!!! Tak pernah langsong!!! Tak ada siapa yang paham aku.
TAK ADA!!!!!!!

ADIOSS

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 20, 2012

After Few Years. .

Yup after few years aku menjejak kaki kat Miri Sarawak dan hari ini, 20/06/2012 srkali lagi aku menjejak kaki di Miri, tempat yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Kat sinilah aku membesar, tempat bermain dan tempat mrnimba ilmu.
Opsss sebelum aku cerita lagi plan nak ke utara tu spt biasa x menjadi. Aku dan planning xbleh bersama. Mesti x da hasil hahha. So abaikan perkara tersebut.
Tadi time naik belon(kapal terbang) rasa nak muntah sikit. Rasa x selesa pu n ada. Almaklumlah 5 tahun dah aku x naik belon. Mana tak gayat sikit hahah. Tapi serius weh aku excited nak ke Miri ni.  Time dlm belon aku mmg rasa lil bit boring la coz nothing to do even nak membaca pun x bleh sebb x bwk bahan bacaan. So aku duduk la tercongok sejam lebih dah tu aku terlelap seketika.  Bila capten tu kata nak mendarat aku terus tersengeh. Tak tau kenapa tapi tu senyuman ikhlas aku. Ahaaksss. .
Sampai kat encik imegresn tu aku bg la ic. Tak macam cik semut aku dibagi satu kertas mcm resit dan tu adalah permit lawatan. Aku dapat tu sebab aku bukan asal dari sarawak. Dah tu undang2 negeri sarawak aku tak kisah pun lgpn bukannya susah pun nak simpan permit berupa kertas yang membolehkan aku melawat di Sarawak selama 90 hari tu. 

Ok lepas ambik bagasi cik semut trus kita org kuar and disambut oleh adik cik semut and cousin dia. Ermm aku terus menghayati pemandangan bandaraya Miri walaupun diselubungi kepekatan malam. Tapi tak pe. Aku baru je sampai kan. Banyak lagi masa aku kat sini.
So bila sampai kat rumah cik semut, kami di sambut oleh mummy, iaitu mak cik semut. Mummy sangat ramah. Aku tgk cik semut dgn mak dia macam aku dengan mama. Cuma tak sure lak tahap kesengalan mummy cik semut sama tak dengan kesengalan mama aku yang super duper terbaik tu. Tapj kira aku tak kekok lah nak borak ngan beliau sebab at the first place pun beliau dah ramah ngan aku so aku tau how to deal with that kind of people.
Oklah dah ngantok nie. Esok kena bangun awal nak teman cik semut bawak adik dia g follow up kes denggi dia ari tu. So lain tahun aku update ekk
Adioss
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, June 2, 2012

merantau. mengembara, melancong, pergi jauuuhhh

Aku tak tahu kenapa, hati aku memang melonjak2 untuk melakukan aktiviti seperti kat tajuk entry aku. Aku nak merantau. . Nak jalan jauh. . Sendirian. Hurm so i just need to plan la kan. . Plan dan tunggu duit masuk je dan lepas tu insyaallah aku akan merantau. Taklah ke mana pun. Mungkin ke utara sahaja. Aku nak buat apa yang aku rasa nak buat. Drive alone ke mana2 aku suka. Kalau sesat pun still kat malaysia kan. So rite now aku hanya tunggu masa sesuai dan for sure la kena pergi sebelom 20 hb nie sebab on that day aku akan fly ke miri sarawak. Yup its a holiday baaa. .  Aku memang nak melancong je bulan nie sebab bulan depan aku dah kena focus pada kerjaya aku yang belom nampak lagi nie. So apa kata sebelom aku kerja nie aku cuti puas-puas dulu. Opss pls remaind me to bring my passport jugak. Just in case nak ke luar negara je senang lah. . . So sekarang nie, aku memang tak sabar nak tunggu cuma aku takut je aku hanya mampu merancangkan. Malangnya seperti sebelomnya kalau aku merancang confrm x jadi punya but hope sesangat la kali ni menjadi. . Mana tau apa yang aku cari selama nie aku jumpa. . Amin. Alamak sakit perot plak. So lain kali lah aku update lagi ek Adiosss

Friday, June 1, 2012

Jodoh Saya Sesat

Assalamualaikum semua, yup tajuk entry kali ini agak dramatik sikit. setelah sekian lama aku tak update blog nie kan. biasalah semenjak jadi penganggur terhormat ni masa aku lebih banyak aku luangkan sebagai driver untuk family tercinta serta P.A kepada mama. 

Banyak sebenarnya aku nak story kat sini tapi memandangkan tajuk entry aku kali ni tentang jodoh aku just stay with that topic la ok??(wah nak gak speaking)  so berbalik pada soal jodoh.. siapalah aku untuk menentukan jodoh seseorang itu terutamanya jodoh untuk aku sendiri. setiap orang sudah pasti akan bertemu dengan jodoh masing-masing termasuklah kau, kamu, dia, mereka, kalian, anda serta saya yang menaip nie pun. cepat, awal, lewat pertemuan kita dengan jodoh kita itu bukan kita yang tentukan. so siapa kita untuk mempersoalkan tentang jodoh seseorang tu. semuanya kerja Allah. Dia yang tentukan.

bila aku bercerita tentang jodoh banyak yang aku rasa. semuanya bercampur aduk dalam diri aku. tipulah kalau aku kata aku tak kisah langsung tapi bagi aku, ni bagi akulah ye aku belum ada keberanian untuk ambik risiko, macam yang aku pernah story kat post sebelumnya..  kenapa aku nak kena post lagi story yang macam lebih kurang ek?? sebabnya banyak.... terbaru nie sebelum aku habis practical ada la beberapa kejadian yang melibatkan perkataan jodoh nie dan aku tanpa fikir panjang terus la jawab " jodoh saya sesat sebab tu tak datang meminang saya lagi"  boleh tak aku jwp cam tu?? boleh tak boleh aku dah jawap pun hahahha.... DAN terbaru lagi cik sahabat dengan suka hatinya bertukar jadi cik promoter. hahah time tu macam lawak jer. beria-ia dia promote kenalan dia. memang ada gaya betullah cara beliau promote tu... siap sebut semua ciri-ciri lelaki idaman aku. dan memang ada plak pada orang tersebut(yang kebetulan aku kenal) tapi sekadar promote bolehlah yer cik sahabat a.k.a cik promoter. saya nie bukan jenis perigi mencari timba. masih ada ciri-ciri gadis melayu pada saya walaupun sedikit tapi bila bercerita tentang perkara ini memang saya mengikut ciri-ciri gadis melayu walaupun saya memang mencari-cari jodoh saya....lagipun seperti yang saya pernah bg tau pada cik sahabat : i am very complicated person.  tapi apa-apa pun terima kasih ya cik sahabat... 

jika cik sahabat kata dia tidak layak untuk memiliki dan dimiliki aku pulak kata yang aku terlalu complicated untuk difahami. yup that me. so complicated, sangat tidak mudah untuk difahami even dah lama kenal pun for sure cik sahabat pun kadang-kadang rasa macam masih tak kenal aku kan??? aku tau tu... tengok je lah bila cerita tentang makanan... tentu cik sahabat lebih tau kan dan kepada yang tak tau mesti ingat aku seorang yang cerewet dan mengada-ngada. tapi sebenarnya aku tak cerewet pun.. hadoi nak terangkan pun susah.... aku rasa aku tak cerewet tapi orang kata aku cerewet. dan orang kata aku sombong padahal orang tu tak kenal pun aku sebab dia tengok riak wajah aku je... masalahnya kalau aku dah tak suka tu aku tunjuk jer. kenali seseorang itu sebelum menilai mereka...

Motif yang aku cuba sampaikan ialah tidak adil bagi seseorang itu bila jodohnya dipertikaikan dan dipersolakan apatah lagi diperkatakan. sudah lumrah manusia lah kan nak juga memperkatakan tentang hal orang lain terutamanya bila soal jodoh. mungkin sebab mereka ni dah tak ada kerja tu yang nak bercerita tentang hal ornag kan. bila seseorang kawin awal sibuk dok kata gatal lah, mianglah, gediklah kawin awal.. bila kawin lambat sibuk dok jaja cerita kat orang lain kata si polan nie tak laku, anak dara tua, bujang telajak, kena buatan orang tu tak nikah-nikah lagi. apa yang menyakitkan hati mereka nie bercerita tanpa bertanya pada si tuan badan. manalah tau si tuan badan ada target tertentu dalam hidup sebelum ambik keputusan untuk masuk ke alam rumah tangga... so why not kita tanya je dulu tuan badan dan kalau tak mau tanya gak tak payah sibuk hal orang tu. senang cerita. ni bukan saja tentang jodoh tapi tentang semua perkara. perlu ke nak busybody sangat. prihatin dengan busybody adalah dua perkataan yang jauh berbeza ya.  so anda perlu bijak memilih untuk menjadi prihatin ataupun busybody...

so korang pilihlah dengan bijak ok..
adiossss

Tuesday, May 15, 2012

masa akan terus berlalu

Sedar tak sedar hampir 3 bulan dah aku berada dengan keluarga kastam ni. 3 bulan yang terlalu pantas berlalu tanpa aku sedar. Next week adalah minggu terakhir aku bergelar pelajar praktikal kat sini. Rasa sayang untuk tinggalkan tempat ni. Banyak yang aku belajar kat sini.


Praktikal kat sini buat aku belajar untuk bergaul dengan mereka yang lebih dewasa dari aku. Tempat ni juga memperlihatkan aku dengan pelbagai ragam manusia. Mengajar aku macam mana nak deal dengan perangai manusia. Banyak yang aku belajar yang boleh aku jadikan panduan pada masa hadapan. Insyaallah.


Mereka kata aku pasti akan rindukan suasana kat kastam nie. Yup. Mereka betol. Belum lagi aku habis practikal aku dah pun rindukan mereka. How come. .   Tapi tulah kenyataannya. .  Aku pasti akan rindukan mereka. 


Lepas nie aku dah melangkah ke alam pekerjaan. Suasana pasti takkan sama. Itu yang pasti.  Apa yang aku harapkan semoga hubungan yang terjalin antara aku dan mereka akan kekal selamanya. .


Oklah aku lapar ni. Nak makan. Lain tahun aku update lagi


Adioss


Published with Blogger-droid v2.0.4

Popular Posts