bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Sunday, August 28, 2011

merdeka pada ramadhan terakhir

Bila tengok status kawan-kawan kat muka buku, terus hampir percaya yang raya adalah pada keesokan hari. 31/8/2011. Tapi tu semua belum pasti lagi kan. Sebelum aku terlewat nak gak aku wish selamat menyambut bulan ramadhan pada hari hari terakhir ramadhan ini. Sama macam yang lain, aku pun mengharapkan ramadhan kali ini lebih bermakna.

Apa yang menarik ramadhan kali ni adalah kerana kita sambut serentak dengan bulan kemerdekaan. Ye memang agak terlambat sebab kalau ikutkan sepatutnya aku post tentang semua ni awal ramadhan dulu tapi aku tak peduli. Biar lambat dari tak ada langsong. Lagipun hari kemerdekaan esok so semangat dia lebih lagi.

Sedar tak sedar selama ni aku hidup dalam negara yang aman. Syukur. Bukan semua yang bertuah macm penduduk malaysia kan. Kita boleh je sambut ramadhan dengan tenang tanpa ada peperangan ataupun rusuhan seperti di syria. Aku baru tau malam tadi, student-student di syria tak dapat keluarkan duit coz kad bank yang ada visa semua di sekat. So student kat sana makin kekurangan duit. Dahlah nak raya. Semoga mereka selamat disana. Itu dugaan mereka ketika di hujung ramadhan ini. Semoga mereka tabah mengharungi dugaan itu.Kita patut bersyukur sebab negara kita tak macam tu.
Syukur aku anak malaysia.

ADIOSSSS
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 26, 2011

menanti dan terus menanti

Yer itu ysng aku tengah buat sekarang. Tak habis-habis lagi aky dengan teka teki yang aku belum ketahui jawapannya. Tapi jauh di sudut hati aku, aku rasa ianya sangat jauh dari aku. Buat masa ni aku hanya boleh menanti.

Adiosss

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 21, 2011

ringkas yang mendalam

terhiris luka sendiri..
kecewa tak siapa yang peduli.

sendiri itu pasti...

kuteruskan jua

ingin ku lakar apa kurasa,
tapi terkaku seibu bahasa.
tercari-cari penuh luka
keliru sebenarnya apa yang dirasa.

tiada duka tiadalah bahagia..
bahagia datang hanya seketika..
ditarik semula setelah leka..
melupakan Dia yang mengurniakannya.

sedetik bahagia, sedetik duka..
lumrah hidup dibumi yang esa..
harusku kuat mencari jalannya
agar bertemu hidayah sebenar...

dalam mencari terhunus duri,
berdarahlah diri menangislah hati.
terhentilah seketika mencari diri..
dugaan datang selang berganti.

aku hanya insan biasa..
banyak kekurang untuk keredaannya
kumasih mencari sinar jalannya..
untuk ku tabah mengharungi dunianya..

tak lama je lagi

tak lama je lagi nak raya? apa yang korang rasa??? sepatutnya mesti rasa teruja yang amat and tak sabar-sabar kan? tapi kenapa aku tak rasa apa-apa. aku just rasa macam berat je nak tempuh raya nie. kenapa ek? tak ada kegembiraan pun nak raya. macam tak patut lak aku rasa cam tue kan... entahlah

ermmm hari ni sakit kepala pak, emosi pun tak stabil. tak tahu kenapa. dari tadi aku try supaya aku tak naik angin tak tentu pasal. sebelum aku naik angin tak tentu pasal aku terus masuk bilik. baca novel... ermmm tu je boleh buat aku tenang seketika, tapi masalahnya novel tu cerita dia kurang menarik.. apa boleh buat, mungkin sebab hormon aku tak betul buat cerita tu tak best sangat.

apa yang aku nak update lagi ek... ermm aku ada story nak share tapi bukan sekarang aku cerita,. tunggu betul-betul ada depan mata baru aku share.. aku takut nanti kalau aku heboh sekarang last2 tak jadi.. bukan apa, aku tak naklah nanti org kata aku kecoh je lebih.. oklah aku tak tau nak update apa, lain kesempatan aku update lagi yerr..


adiossss.....

Tuesday, August 16, 2011

pelik itu aku.

Holla and assalamualaikum. Yer macam tak penah pulak aku jak greet pada pambaca yang aku x tau kewujudannya nikan. Well x pe bukan slalu pun. Kalo rasa pelik nak wat cam mana. Tgk tajuk je lah baru tauu. Eh tetiba lak bunyi anjing menyalak panjang. Apa yang haiwan tu nak yer. Nasib tak rasa seram. :-)

well, apa yang pelik ttg aku? Yer baru je terjadi time nak ke office bapak aku. Macam biasa bila dah take over jawatan driver tuk family aku dari tangan cik pinky, kakak bongsu aku tu maka bapak aku pun suruhlah aku drive. Masalahnya time tu aku nak guna kasut yang agak complicated. So terpaksalah aku guna selipar biasa je dulu. Senang sikit. Tu pun lepas mama paksa aku. Mama kata nanti aku boleh pakai kasut aku tu bila dah sampai kat office bapak aku. Owh ya kami ke office bapak aku tu sebab ada majlis berbuka puasa. So nak di pendekkan cerita lepas dah kenyang semua tu dan waktu orang nak balik tetiba adik bongsu aku, our princess datang kat aku dah tu kata mama suh alih kereta. Adoiii masalah ni. Aku pun gerak g jumpa mama dan g tau aku tak bleh nak alihkan keta sebab kasut aku. Mama pun macm nk gelak sebab lupa masalah aku bila bawak keta.Aku dahlah pakai kasut yang kena ikat dan agak susah nak pakai. Bukan apa dah time nilah kasut aku mogok nak rosak serentak. Kasut ni je yang sesuai. Kang kalo aku pakai croc kang tak menjaga image bapak aku depan staff dia kang. kesian pulak bapak aku.

Berbalik pada cerita tadi, time balik mama pulak yang kena drive. Rasa cam kesian lak. Tapi nak wat cam mana sebab sbelom balik we all gi kedai yang ada dekat ngan office tu and mama lah yang drive. Skali time nak pick up bapak aku semula terus je dia duduk kat belakang. esh tab aku nak abis batery terpaksa tukar guna laptop.  So masalahnya sekarang mama penah tanya aku. even kakak sulong aku tu pun penah tanya aku sampai bila nak drive bukak kasut. ermmm ok tu masalah aku sebenarnya. aku memang kalau nak drive kena bukak kasut. kiranya kena berkaki ayam baru feel drive tu terasa hingga menusuk kalbu( baik punyer cover). kalau ikutkan time aku nak pi ambik lesen tu hari aku bawak keta pakai kasut. memeang betul-betul kasut aku guna tapi ntah cam mana dapat je lesen terus nak tanggalkan kasut/selipar or apa-apa je yang ada kat kaki aku bila aku nak drive. kalau aku pakai kasut mestilah ada je yang terlebih tekan terkurang tekan. sangat tak selesa.

korang rasa pelik ke??? aku tak rasa pelik pun, kalau korang rasa pelik maknanya korang yang pelik. so aku rasa ni je salah satu kejadian yang terjadi yang masih aku tak bleh nak ubah. hehehe nasiblah. yang penting aku selesa time nak drive and selamat. kalau aku pakai kasut dan tak selesa kan ke boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain. so akhir kata dari aku  lantak pi apa orang nak kata....

adiosssss

Saturday, August 13, 2011

kejamkah aku?

Kejamkah aku? Tu yang bermain lam kepala otak aku ni. Aku rasa macam akulah pembunuh dan penyiksa haiwan yang paling kejam. :'(

tadi kakak aku, cik pinky call and bagi tau prada(suger glaider) aku rupanya cedera. Kaki belakang dia dah tak ada. How come aku bleh biarkan prada terseksa seekor diri? Kejam betul aku!!!!! Rasa berdosa sangat je bila jadi cam nie:-( aku dah seksa haiwan tersebut. Tapi aku tak ada niat pun nak buat cam tu.

Dulu waktu mula2 beli prada, memang la qku berani berani takot ngan haiwan tersebut. Prada time tu kecik je, cute giler. Sebesar apple merah yang di potong 4. Sangat kecil kan? Time tu aku memang la berani pegang dia tapi lama2 prada macam aktif sangat sampai aku yang memang takut dengan segala jenis haiwan untuk di pelihara ni pun makin cuak ngan prada. So bila dah cuak dan takot bergabung aku just main-main ngan prada dRi luar sangkar dia je. Kadang-kadang je aku layan dia. Kejamkan aku. Dahlah kurung dia lepas tu tak bagi perhatian kat dia :'(

Sekarang ni aku memang rasa bersalah yang amat. Aku memang tak fikir panjang bila mula-mula nak beli prada. Aku dengan haiwan peliharaan memang tak ada jodoh dan memang tak boleh bersama.

Sekarang ni prada akan di di lepaskan untuk hidup bebas dan aku menangis mengenangkan betapa kejamnya aku. Malu dengan diri sendiri :'(

Inilah kisah sedih dan kejam dari aku :'(

Adios.



Popular Posts