bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, February 26, 2011

kenyang perut susah hati

mana aku tak susah hati bila perut dah kenyang..... skali dah terlebih makan lak aku malam nie... macam nak pecah je perut aku bila dah terlebih isi...( buruk perangai) ahhahah malam nie aku dinner kat mamak jer.. dekat ngan area umah aku. aku gelar kedai nie telur ikan coz cik kakak aku suka makan cari telur ikan kat sini so terlekat la nama tlor ikannn. aku makan nasi putih, ayam goreng ngak kuah kari ikan je . skali mamak tu bg byk nasi lak dan aku pun menghabiskan nasi tu.. cuma tinggalkan sikit2 je sebab dah terlampau kenyangggg.. alhamdulillah ... cuma bila dah kenyang nie aku teringin nak makan asam boi untuk menghilangkan rasa kenyang nie...


tadi aku ngan cik kakak2 aku tengok movie. lepas derang habis kelas je terus derang pick up aku and bf kakak aku serta adiknya di rumah.. kami pergi the curve. port biasa bila nak tengok movie. dalam perjalanan cik kakak kedua suruh aku ingan booking number yang dia buat tadi dan bila sampai terus bg number tu kat akak kerja tu. nak dijadikan cerita rupanya kakak aku salah tgk number. booking number yang dia suh aku ingat tu rupanya untuk tarikh yang lepas... nasik akak tiket tu baik hati nak juga bagi kita orzng beli kat kuanter booking nie... kita oarng pun belilah tiket untuk cerita The rite. lepas tu kita org gi makan kat mcd.(macsm biasa) nasib sempat untuk set lunch. aku makan set double chese burger ngan air milo...(tiba-tiba teringin nak minom milo tak penah2 pun aku tukar air).


kenyang je terus gi watson saja cuci mata sementara tunggu pukul 3.45 pm. dah tu terus je pegi tingkat atas n it movie time... the rite cerita tentang seorang lelaki yang disuruh masuk course mnghalau hantu dlam kolej paderi. dia nie macsm ada masalah dengan diri sendiri and macam tak caya dengan hantu. dia di suruh jumpa ngan sorang lagi paderi nie yang slalu ubat orang yang kena rasuk. nak tau apa kesudahannya korang kena tengok sendiri heehehe.... cerita nie kira ok la.. dari 5 bintang aku bleh bg 3 setengah bintang je sebab aku dah tengok cerita yang lebih menarik lagi.. opsss lipa nk bagi tau cerita nie base on true story....


lepas tgk movie je trus we all pegi ikano... kakak aku nak beli makanan untuk penyu(kura2 yng dia bela) aku ngan cik kakak ushar rabbit. cute giler rabit tu. agak lama gak kita orang lam tu. tengok haiwan yang cute2.


bila dah kakak aku lama sangat aku pun blah gi popular nak cari novel lagenda budak setanyang kawan aku pesan. dia duduk kat kuching so kat sna tak ada lak novel tu so dia mintak tolong aku carik.. memang ada novel tu tapi 3 siri. kalau buku aku dulu senaskah jer tapi tebal.. kali nie ada 3 siri lak.. bijak orang ni nak cari duit lebih hehehehehe tapi aku tak beli lagi blom tiba masanya.



lepas tu trus aku pegi kat kakak aku n tak lama lepas tu kita orang pun balikkkk... eh pegi makan kat kedai mamak dulu sampai aku tersadai kekenyangan nieeee... skarang nie pun masih kat mamak.... selesa betul lepak kat sini sambil dihembus angin malam yang damai.... oklah tak tau apa lagi aku nak merapu so aku blah dulu nak sambung bukak fb lak... so adios amigos aku berambosssssss


Sunday, February 20, 2011

gundah gulana..


hari ni entah kenapa jiwa aku macam kacau bilau jer.... macam banyak benda yang tak kena hari ni... aku macam nak marah jer, nak kata datang bulan untuk bulan nie aku rasa taklah sebab awal2 bulan lagi dah sampai bulan untuk kewanitaan aku nie... hari ni memang rasa semacam. tak bersemangat, tak bermaya... tak suka rasa macam nie. tadi sikit lagi kemarahan aku nak meletup. tu pun gara-gara benda kecil je... sebab plag kat mcd nie tak boleh guna...

time aku nak sendiri time tu la ada yang nak teman.. entahlah. sekarang nie aku lebih suka duduk sorang-sorang. aku dan dunia aku sendiri. tadi dan sekarang nie aku harap sangat aku boleh duduk sorang-sorang tapi hampa sebab tak sangka pulak cik sahabat nak join aku melangok kat mcd nie tunggu cik kakak aku habis kerja. ya tuhan aku sabarkan hati aku ini... dan gerakkanlah hati cik sahabat untuk beredar dari sini. aku bukannya nak menghalau tapi aku memang perlu sendirian sekarang nie. tambah-tambah dalam keadaan aku yang tak stabil, dalam keadaan aku yang berjiwa kacau.... aku takot kang aku hilang kawalan jer...
wahai hati tenanglah kau...
jangan curi-curi pandang aku!!!!!!! sebab nielah aku nak sendiri sekarang nie.... aku rimas sebenarnya bila ada yang jeling2 aku nak tengok reaksi aku sekarang ni. walaupun dah memang biasa cik sahabat buat macam tu tapi untuk hari ni ianya adalah sesuatu perbuatan yang sangant menjengkelkan..!!!!! cepatlah cik kakak sampai.. aku mahu segera beredar dari sini tapi cik kakak kata dia pun nak on9 sekejap so nampaknya lebih lamalah aku di sini... TIIIIDDDAAAKK!!!!!!!!!!!
dah berapa kali dah aku mengeluh hari ni.. puncanya aku sendiri tak tahu... nak nangis pun ada.. berapa kali dah aku tahan air mata aku keluar.. takkan aku nak menangis kat sini tanpa sebab...
kenapalah hati aku ni... jiwa aku gundah gulana tanpa sebab..... semua nya serba tak kena...


owhhh hati tolonglah.... hentikan rasa tidak selesa ini.....

Friday, February 4, 2011

aku

aku, kau, dia, mereka..

kita ada ruang kita sendiri.

jangan kata aku jahat sebelum kenal aku....

apa yang pasti kau takkan kenal aku

kerna aku adalah aku

hanya aku yang tahu siapa aku...

bukan kau, bukan dia dan bukan mereka

hanya aku!!!!!

Saturday, January 29, 2011

sejuknya hujung minggu 30/01

hhhaaaacccuuummm.... alhamdulillah.. assalamualaikum semua. hari ni memang sejok. hujan je dari pagi tadi. aku lak dah berkali2 bersin. penat tau kalau bersin berkali2 tanpa henti. time tubggu turn bak order kat mcd tadi pun tak henti2 aku bersin. naik segan lak aku. yelah mesti ada yang tak selesa aku bersin memanjang tapi apa bleh buat dah tak bleh nak di tahan2 dan.. smalam aku ngan geng bas sekolah g look out point ampang untuk celebrte birthday one of mmbr geng bas sekolah ni. birthday dia 28 but clbrte on 29. best gak la la makan kat sana.. view dier pun lawa... tambah2 bila lepas hujan makin terang dan jelaslah pemandangan kuala lumpur dari atas ni.

sementara nak tunggu makanan sampai we all makan dulu cup cake yang ditempah khas untuk birthday boy. . memang cantik cup cake tu.... kakak aku tempah kat kawan skolah rendah dier...

bila dah makan sorang sebiji cup cake side order kita orang pun sampai... yummy pizza for all heheh. blehlah rasa pizza nie.. agak menarik jugalah.


bila makan sampai semua diam menghayati hidangan masing2... lagipun kita orang semua tengah lapa..aku makan grill chicken special. rm25. ada ayam, sosej, potato, corn ang bbq sauce. air plak aku pilih papermint choc ice blanded-rm7. sedap gak.. aku memang suka rasa mint so tu asalah pilihan terbaik untuk aku.... hehehe



habis makan je aku, birthday boy, adik bithday boy sng along min monopollyy... tak sempat habis main pun cik korea and boyfriend dier kena gerak dulu nak jumpa member dier... so we all pun blahlah... itulah kisah beberapa jam geng bas sekolah...

Tuesday, January 25, 2011

kisah yang seterusnya

assalamualaikum..

nie mungkin kiriman khabar kedua aku untuk tahun nie. bukan tak nak update selalu tapi masalahnya aku tak ada kemudahan untuk update. dah lah lattop kesayangan aku rosak. motherboard burn separuh.. bleh palak kannn... ermm tak kisahlah. so now apa yang aku nak cerita untuk update kisah aku nie.

oklah for my classes macam ok la walaupun ada class yang aku agak blurr or masih blurr. een hari ni pun aku ponteng class hehehe so macam mana la aku tak blurr.. dah lah nie semua major sub. yang aku ambik. assignment plak memang dah ada la.. banyak tu tak payah cerita dan nama aku student kalau tak ada assignment bukan student namanya. aku terima jer.

ok pasal personal life aku macam biasa. cuma buat masa nie aku malas nak hang out ngan kawan2 aku. aku pun tak sure kenapa. dah musin aku tak rasa nak hang out dengan derang so apa nak buat kan. kalau ikutkan memang la tak elok aku buat macam tu tapi apa nak buat dari aku menyakitkan hati mereka dengan buat muka tak der mood kalau hangout baik tak yah kuar terus kan..
so sekarang nie aku just spend my time with my sisters. tue lebih diterima dek akal aku. kalau dah ngan my sisters for sure la banyak gak aku membazir heheheh. tapi tak kisah pun. aku kisah bila hujung-hujung bulan nanti je. time dah kering tu baru menyesal.

tentang hobi aku pula. nie yang menarik nie. jumaat nie akan ada pesta buku anjuran karangkraf kat shah alam. so tanpa ragu-ragu aku dah asingkan bajet untuk aku borong sakan jumaat ni nanti. heheheh. the best part is aku ngan cik sahabat baik sanggup ponteng kelas pagi semata2 nak g sana. well dah nama aku hantu novel so tak kisah benda lain dah.... pada yang lain harap elakkan perangai macam nie...

tiba-tiba teringat koleksi movie yang aku ada dalam external aku. punyalah dulu banyak je aku ambik dari kawan2 aku. konon nak master dalam semua movie la.. skali sampai sekarang boleh di kira dengan jari je movie yang aku dah habis tengok. cadang nak layan gossip girl tapi macam malas la pulak. conferm je kalo aku dh mula layan memang tak der benda dah aku boleh buaat selain layan cerita tu. vampire diaries pun aku tak master lagi.. ermm banyak yang tak sudah lagi nie..

bila sebut tentang benda yangh tak sudah macam biasa aku akan teringat kan karya yang aku tulis time zaman sekolah aku. dah 6 tahun aku tinggalkan zaman skolah aku. dah 6 tahun juga la azam aku untuk habiskan type semua cerita yang aku karang dulu terbiar macam tu je. aku pun tak tau bila nak selesai.. dah aku memang macam nie...

bila kenang zaman sekolah pulak rindu je ngan sahabat dan kawan-kawan. memang lama tak jumpa mereka . lautan luas memisahkan aku dan mereka.. ceeeewaaahh ayat nak power jer. tapi serius weh aku memang rindu ngan kawn2 aku. kawan2 aku dari form1-3, kawan2 aku kat sekolah teknik... rindu ehhh.. kenangan tu je yang bleh buat aku senyum sorang-sorang bila aku imbau kembali saat manis tu.. paling aku rindu ngan geng kapak. nanti la aku cerita tentang geng kapak. apa itu geng kapak dan macam mana bleh ada geng kapak. tue semua aku akan cerita lain hari hehehe....

oklah aku nak masak air. lapar pulak aku rasa. so kalau jari aku tergerak untuk taip add. blog ni maka akan adalah cerita lain dari aku..
so adios semuaaa

Friday, December 31, 2010

salam perkenalan...

salam perkenalan wahai tahun 2011. mulai detik ini aku akan menjadi teman kau dan kau akan menjadi teman aku selama 12 bulan. insyaalah kerna esok juga belum pasti kewujudannya..
pasti semua orang akn bertanyakan azam masing-masing tapi bagi aku apalah guna kita memanjangkan senarai azam kita kalau takat nak tayang kat semua orang je. lainlah kalu kita betul-betul buat dan usaha azam yang kita cipta tu. tapi tu sebenarnya terpulang pada masing-masing. cuma aku apa yang pasti azam aku masih seperti dahulu. aku mahu jadi novelis tapi malangnya aku belum ada kekuatan untuk menghasilkan karya untuk tatapan umum..dulu aku ada kekuatan itu cuma kini aku tak tahu mana menghilangnya kekuatan itu. sama seperti diri aku yang macam dah hilang...

apa lagi yang insan seperti aku ini harapkan dalam kehidupan. mungkin sama seperti sesetengah orang yang mengharapkan kebaikan dan kebahagiaan dalam hidup mereka. tapi rasanya bukan sesetengah orang yang mengharapkan begitu. semua orang akan mengharapkan benda yang sama... tak akan ada seseorang pun yang mengharapkan yang sebaliknya... kalau ada tak ke pelik manusia tu???

apa lagi azam aku?? erm kalau untuk aku mungkin bukan azam tapi impian aku. impian aku adalah untuk bertemu dengan diri aku sendiri. the real me... diri aku yang sebenar sebab aku macam tak kenal siapa aku... dan apa yang penting adalh impian yang dari zaman sekolah aku angankan..aku harap sangat satu hari nanti bila aku ke kedai buku aku akan nampak karya aku turut berada di antara novel-novel yang di jual.... itu impian aku dulu kini dan selagi tak tercapai...

rasanya tu je impian aku yang tak aku lupakan dan takkan berubah saban tahun.. entah bila akan tercapai... impian, azam dan cita-cita kita boleh berubah dari masa ke semasa.... tak guna bercerita sana dan sini tapi semuanya hanyalah cakap kosong. tahun baru dah muncul.. lebih banyak lagi dugaan yang kita akan tempuhi.

apa yang pasti kini adakah kita sendiri sudah pasti untuk mengharungi tahun baru yang penuh mencabar ini??? itu semua terpulang pada kisah kita yang tersendiri kerna kita ada kisah kita ....

Thursday, December 30, 2010

berakhirnya tahun ini

ermm hari ni merupakan hari terakhir tahun 2010. satu number yang agak menarik dan ianya akan terus berlalu meninggalkan kita tanpa akan kita bertemu lagi.. sama gak ngan semua kenangan yang kita dah lalui pada tahun tu. semuanya akan jadi sejarah dan hanya mampu kita kenang. tak kira sama ada sejarah tu sejarah terindah ataupun sejarah yang amat menyakitkan... itu semua bergantung pada kisah hidup kita masing-masing...

apa lagi yang menarik pada tahun yang akan mendatang???? tak ada siapa pun yang akan ketahuinya kerana apa yang pasti esok itu sendiri tidak pasti kewujudannya... itu yang aku percaya selama ini dan itu juga yang menjadi alasan ataupun lebih tepat aku jadikan itu sebagai alasan untuk aku tak merancang apa-apa dalam hidup aku.

Popular Posts