bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, September 18, 2010

aku insan hipokrit?

Aku adalah insan yang hipokrit.

Aku sering menjadi orang lain…

Yang kononnya gembira melihat kebahagiaan insane lain

Dan sedih melihat penderitaan mereka..

Aku sering ketawa, gembira dihadapan kawan-kawan, dan sahabatku,

Tapi pada hakikatnya aku tidak gembira.

Hati aku merintih sedih,

Jiwa aku kosong,

Aku keseorangan……..

Tiada siapa yang tahu isi hatiku ini.

Aku nseperti tidak mengenali diriku ini..

Siapa aku?? Apa yang aku inginkan??

Apa yang ak miliki??

Aku tertekan!!!!!!

Aku persis boneka yang wujud didalam kegembiraan kanak-kanak..

Boneka yang diperlakukan sesuka hati,

Boneka yang sunyi, sepi…

Dan hanya ada untuk kegembiraan orang lain…

pelbagai rasa

Airnya tidak pernah walau sehari tidak tumpah,

Ianya menyimpan seribu macam rahsia,

Menyimpan seribu macam rasa,

Menyimpan seribu macam cerita.

Sedih, kecewa, hampa, gembira, mengantuk,dan sunyi…

Tiada siapa yang tahu kebenarannya…

Tiada siapa pun yang tahu…

TIADA….

keliru seorang aku

Aku masih tidak mengenali diri ini...

Bagaimana aku hendak mengenali diri yang lain..

Hari demi hari aku cuba untuk mengenali dengan lebih dekat diriku sendiri....

Cubaku rungkai siapa sebenarnya diri ini,

Cubaku tafsir apa sebenarnya rasaku,

Cubaku fahami apa yang aku fikirkan

Dan cuba ku hayati tiap apa yang aku lakukan...

Dan kini....

Aku mula member i ruang untuk diri ini mengenali diri sendiri

Dan aku mula mengerti setiap minat diri ini..

Aku semakin mengenali diri ini...

Akan ku terus memahami sehingga aku sendiri sudah kenal siapa

aku...

aku yang lemah

Aku sendirian di dunia ini...

Hanya aku, aku,aku dan aku...

Aku mungkin memiliki teman tetapi aku tidak merasakannya

Aku mungkin mempunyai keluarga tetapi aku seperti kehilangan mereka...

Siapa bersama aku di dunia ini..

Mungkin ini balasn atas segala kesalahan dan dosa aku...

Aku telah lama meninggalkan NYA.

Aku telah lama membiarkan NYA

Aku telah lama mengabaikanNYA walaupun DIA ada...

Aku sering mengingkari perintahNYA...

INILAH BALASAN AKU ATAS APA YANG AKU LAKUKAN..

Aku bagai ditinggalkan..

Aku persis terbiar sendirian..

Aku sering diabaikan...

Aku sering dilupakan....

Ya allah ya tuhanku ampuni aku...

Berilah aku petunjuk untuk ke jalanmu..

Aku tidak kuat ya allah...

Aku perlukan bimbingan...

Aku tidak mampu melakukannya seorang diri......

Bantulah aku untuk mencari jalanmu...

Aku terlalu lemah, selemah lemah manusia di muka bumi iniiii...

kisah 05.11.2007

Hari ini entah mengapa,

Aku rindukan si dia..

Bukan si dia yang terkenal

Tetapi si dia yang kukenali…

Bila bersua muka

hati rasa bahagia

walau untuk seketika

kita berdua berbicara..

semakin aku merasa

sesudah berkongsi cerita

walau hari sebelumnya

aku memendam rasa…

dulu hanyaku yang mengerti

kini temanku sudah mengetahui

terasa ringan beban dihati

walau kau masih tidak ketahui

episod itu bermula semula

apa yang aku maksudkan adalah kehidupan harian aku. isnin ni mulalah hidup aku macam biasa.. pergi kelas then malam ke fitness. siang ke kelas malam ke fitness. kena kerja kuat untuk turunkan berat yang naik waktu raya nie. heheh apa boleh buat tu pun aku dah cuba kurangkan quantity makan aku cuma air manis jer aku tak dapat control. tu yang susah. hope when aku dah sampai kat k.l dapatlah aku control balik. kat umah mak aku ni susah sikit. tak dapat tahan punya sebab semuanya lengkap.

assignment aku tak siap lagi. siang nanti aku buat then terus sumit kat lec. 19 hb due date dia. hehehe so 19 hb gaklah aku buat. nie baru lepas cari maklumat then siang nanti baru aku karang or sbenanya copy paste tapi aku taip semula kt hehehe so sekurang2nya bila orng tanya aku tak tipu. aku tak copy paste cuma aku copy and type hehehhe.

well entah kenapa aku rasa macam nak bergumbira je. heheh maksud aku nak njoilah. pergi menghiburkan hati di tempat-tempat yang menarik. heheh lepak2 dengan kawan-kawan. and macam-macamlah. aku ni dah penat tak bjat apa-apa kat rumah mak aku ni. biasalah aku ni kalau kat rumah mak aku, aku jadi pemalas tahap dewa. dewa pun tak malas macam aku. hakhakhak

oh ya tentang karya aku tu jap lagi aku post. tu pun tengoklah mana yang terlarat aku nak post. hope kalo ader yang baca blehlah bagi comment walau tak tau sapa aku. kalau boleh aku tak mau orang tau sapa aku heheh segan... tapi aku nak berkongsi semuanya.. maksud aku karya akulah. hope sangat dapat di terbitkan. amin..

oklah kalau aku tak stop skunk maknanya jap g aku akan lupa nak post karya aku tu so aku blah dulu. malam nanti dah nak balik .k.l so tak taulah bila aku bleh update blog nie.. ala kalo aku tak update sangat pun tak pe kot bukan ada yang baca hehehehe

oklah aku blah skunk untuk post kali ni so jumpa lai di post akan datang, bila?? itu yang kita tak tau huahahhahaha. adios amigos

Wednesday, September 15, 2010

berjaya akhirnya

berjaya apa??? bukan kejayaan besar tapi cukup memuaskan hati aku.. at last dapat gak aku labelkan blog aku nie.... lama dah aku nak labelkan... fisrt skali aku tak tau macam mana the aku tak tau nak ke atau tak nak post semua karya yang aku pernah hasilkan selama ni then aku ambik keputusan baik aku publish kan jer... lagipun sapalah nak baca blog aku nie... bukannya ada orang tau pun ni blog aku or saper... so i guess sama je aku letak or tak karya aku yang ntah apa-apa tu...

so maybe esok lusa aku akan letak semua hasil karya yang aku corat kan sebelum ni yang mana aku pernah post kat blog lama aku dulu.. aku akan post gak cerita yang pernah aku karang tapi tak habis aku taip juga so i wish that someone can read it( tak tau kurun ke berapa) coz aku memang harap dapat kongsi semuanya cuma aku just tak mau orang tau tu aku sebab aku segan hehehehe

oklah insyaallah aku akan post as soon as possible okay... so i think baik aku tido skunk coz pagi nanti kena bangaun awal dari biasa sebab aku tidur kat ruang tamu. bilik aku mak cik aku tidur kat sana. tetamulah katakan. ingatkan aku nak tidur kat bilik mak aku tapi pak cik aku ni plak takot tido sorang-sorang kat ruang tamu so aku pun join tidur kat ruang tamu skali ngan adik aku...

opss sbelum aku lupa tujuan utama aku sign in blog aku ni nak citer kat korang yang tadi kita orang tengok citer piranha. best la citer tu cuma ada gangguan sikit time tengok movie tu. first dari penonton lain yang macam tak pernah2 tengok wayang and yang aku dah biasa plak adalah dari mama. macam biasa mama suka nak ulas balik cerita yang dia tengok. lain pula dengan aku yang tak suka orang bising time aku tengok cerita apa-apa. tapi tak kisahlah yang penting cerita tu memeng best. sayang lak orang handsome mati saat-saat terakhir cerita tu... heeheh oklah tu je yang aku nak story so aku blah sekaranglah sebelum aku maigrain lagi sebab tak cukup tido.. k assalamualaikummmm



Popular Posts