bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Tuesday, May 14, 2013

MAAF

maaf aku tak sempurna,
kerana aku kau derita,
kerana aku kau berduka..

maaf aku tak sengaja
membisu buat kau terasa
membeku buat kau tertanya-tanya

maaf aku tak berdaya,
memberi bahagia yang sepatutnya
memberi gembira yang sewajarnya.

maaf aku tak bisa
membuat senyum terukir di bibirmu
membuat kau bangga memiliki aku.

maaf itu sahaja aku pinta
kerana aku tidak sempurna


Tuesday, April 30, 2013

The other language...

Assalamualaikum semua...

lama tak update blog nie. well secara ringkas nak update sket.. now aku "buat2" busy sebab wedding kakak-kakak aku nak dekat dah. ye kakak-kakak aku!!!! jarak majlis adalah seminggu dan aku serta mama yang naik hantu kat sini uruskan wedding mereka di sebabkan aku dah menganggur sekarang ni. di sebabkan jiwa agak kacau izinkan aku menulis dalam bahasa yang lebih membuatkan aku puas hati....

Nang juak asa mok gila.. sapa gik gila. mun orang polah persiapan k satu majlis wedding pun dah macam-macam hal jadi tokgik mok ngato 2 majlis. ya suusah. mun kembar paham juaklah orang owh. tok sik. time tok juaklah duak-duak kakak aku mok nikah. ya nya seminggu jak bha jarak majlis dak duak. nok gago nguruskan ya mak aku n aku lah. dak nya kerja...

masalahnya aku nang sik suka eh mok kuar masuk kuar masuk kedey mencarik barang. mun di shopping complex x da hal lah juak... tok di kedey bawah(merujuk kepada shoplot). nang dari kecik aku x suka agak specis kedey2 kedak tok. panas bha,.. bukan berlagak ka or bajet org kaya p nang aku x suka... even time di miri dolok pun, time aku kecik eh,, mun mak aku mbak aku g kedey kedak ya nang mudah jak aku berolah. banyak-banyak benda mun dalam kepanasan nang mudah ati aku terbakar. auk nang aku tauk api neraka gik panas tapi tok lain bha.... kes tok lain. dolok mun mak aku carik bj aku di kedey kedak ya nang aku prefer doklam keta jak... x pun tinggal di rumah... tapi nek tok aku jadi driver mak aku merangkap assistant mak aku.. so i need to follow cney jak mak aku pergi... aku nang sik suka...

masalah utamanya adalah sebab aku bukanlah jenis org nok kaki jalan. aku nang sik rajin eh... mun aku lepak ngan kwn aku pun mek org just kekoyo lam mall x pun lepak2 di kedy makan jak... buang masa cam ya lah.. x pun main pool, karok.. nang becarik aktiviti nok x polah aku mudah panas hati...

tok gik terpaksa ekot mama nguruskan hal wedding dak kakak aku.. hari2 mok keluar becarik barang.. makinlah aku x suka.. aku suka elek2 jak bha... dah gik di Melaka tok nang panas.. panas yang semacam.. skaligik : auk aku tauk neraka gik panas......

nang byk mok di reypak aku eh tapi aku tok dah x pandey mok share apa nok aku rasa rah org.. aku dah terbiasa simpan kedirik bah.. ya polah aku makin jiwa kaco.. even ngan dak family aku pun aku x da share apa nok aku rasa. semua x puas hati,kecik ati, makan hati, tergurs hati, suka hati dan semua jenis nok ada kaitan ngan hati aku simpan dirik mpun..

dah gik.. mals gik aku mok taip eh... lain tauk jak aku update aaa...
adiosss

Thursday, March 28, 2013

Patah tumbuh Hilang belum berganti..

assalamualaikum semua,

lama rasanya aku tak update blog ni. berkurun rasanya.. ahhh sudahlah jangan nak auta... baru beberapa bulan. ok. well secara ringkasnya syukur aku masih mampu bernafas di dunia yang hanya sementara je ni.

kerja? hurmm aku sudah secara sahnya menjadi penganggur terhormat. atas sebab-sebab yang aku tak rasa berguna untuk aku share, aku rasa baik aku tak payah bagi tau punca kenapa aku berhenti kerja. sungguh menyusahkan konflik orang-orang yang terlebih duit ni. tapi bila di fikir-fikir aku ntak menyesal berhenti kerja kat tempat tu lepas apa yang aku dah lalui...(jangan nak dramatik sangat okk).. well pada sesiapa yang baca ni yang sedang mencari kerja berkenaan dengan iklan yang aku pos sebelumnya, di harap korang carilah kerja lain yer.. tak der lagi dah jawatan tu untuk korang...

family? hurmmm alhamdulillah semuanya masih sihat, cuma ayah yang baru tau ada darah tinggi.. lepasn dah sakit kepala sampai muntah hijau baru nak pergi hospital. cukup tinggi darah ayah naik tapi biasalah bila deal dengan hospital kat melaka ni ya Allah... sabar jelah. ramai satu hal, parking dia jangan nak cakalah. kalau ikutkan kes ayah aku ni dah kena tahan kat wad tana banya soal tapi di sebabkan kat Melaka ni memang terlalu ramai orang so banyak saringan yang teraksa di lalui. dari pukul 6 petang sampai pukul 11 malam. tak lah lama pun kan..... (0_o) last-last ayah di suruh balik juga lepas darah turun sikit. tapi esok tu bila check up siap suruh naik ambulance suh g hospital dan still tak kena tahan pun. ayah yang sangat workaholic ni sangat tak suka dengan keadaan tu so now beliau diet utk turunkan tekanan darah supaya tak ganggu kerja-kerja dia.. owhhh

personal? tak ada apa yang menarik ataupun berubah. impian aku masih di situ. terhenti seketika atas urusan jadi family driver sementara aku masih menganggur ni.  xcited sikit sebab insyaallah tahun ni akan beraya di Miri Sarawak... weeeeeeeee.... uhuu almaklumlah kakak2 aku bakal berkahwin dengan bakal suami dari Sarawak. yup along punya wedding 25.5.13 and angah pulak seminggu kemudian 2.6.13. kenapa tak buat sekali?? tak bestlah.. nanti ada je mulut-mulut jahan nak mengutuk atau membandingkan si pengantin.. lagipun kata tu hari bahgia untuk si pengantin so biarlah sepasang pengantin je di raikan... tak maulah share2 kann...

apa lagi aku nak merapu ek.. rasanya tak de kot.. owh ye kalau ada yang bertanya apa kaitan tajuk entry dengan entry, sebenarnya tajuk tu di tujukan khas untuk gigi geraham bongsu aku yang aku cabut petang tadi huhuh... selesa sikit. tak adalah aku merana kesakitan. hahha

so oklah. lain tahun aku udate lagi ek..

adiosss

Thursday, December 6, 2012

Adilnya Allah...

assalamualaikum semua..

selamat pagi... hari ni kepala aku sakit... kejutan malam tadi 6/12/2012 masih belum hilang lagi dan ditambah dengan kejutan pagi ini. pagi jumaat 7/12/2012 ni sekali lagi seperti ulang tayang di kaca televisyen, aku terpaku tengok Cik Putih... entah makhluk mana yang tak bertamadun letak seplastik sampah dengan tulang-tulang bagai atas Cik Putih.. .


taklah sebanyak ni. cuma seplastik  jer

dan lepas tu terus aku tgk tayar dan huaaaaaaa macam nak menangis dan meraung je terus!!!!!! tayar aku kempis dah. tayar belakang belah kiri... kenapa mesti Cik Putih di sabotaj??? dulu kat rumah lama pun tayar kena cucuk.. lebih teruk 2 tayar kereta aku kena cucuk lebih dari 5 lubang.. kejamnya manusia zaman sekarang... ni 2012 pun kena lagi... bulan lepas Cik Putih aku kena calar dan pagi tadi lepas tukar tayar and cuci kesan kotoran pada cermin Cik Putih aku tengok badan Cik Putih ada kesan calar yang baru dan PANJANG.... Ya Allah, kau berilah kesedaran pada manusia yang melakukan kerja2 tak bertamadun nia..



marah, geram, sedih, kecewa semua nya aku rasa. even aku rasa fobia nak park Cik Putih kat situ lagi. boleh tak aku angkut masuk dalam rumah jer... kalau doremon ada boleh gak aku mintak tolong kecikkan kereta aku dan bawak masuk dalam rumah... tapi bila di fikir balik... aku pasrah... nak meroyan tak tentu pasal pun buat apa.. aku tak tau siapa manusia yang tak bertamadun tu... mungkin ini adalah balasan kecil atas dosa2 aku selama ni. dan ini adalah peringatan buat aku... ya mungkin ahh tak bukan mungkin tapi aku pasti!!!!! sedikit ucapan terima kasih kepada manusia yang tak bertamadun tu sebab tak bocorkan tayar Cik Putih macam kejadian tahun lepas.. tak apalah setakat angin tak ada tak apa.. sekurang2nya aku sempat buat balancing pada tayar Cik Puti tadi... hurmm dah lama Cik Putih x kena service... tunggu ya Cik Putih...

kejutan apa malam tadi??? hurmm malam tu memang dah janji dengan Cik Hashim dan kekasih hatinya nak ke danau kota.... so after balik kerja terus aku ke tesco nak beli barang sikit.. owh ya lupa nak story aku sekarang dah kerja... alhamdulillah... ok sambung cerita... janji pukul 10 so sementara nak tunggu pukul 10 tu aku merayaulah seorang diri di tesco tu... tak lah lama pun sebab aku sampai kat tesco mutiara damansara pun dah pukul 8 lebih.. so bila dah pukul 9 lebih aku bbm Cik Hashim tanya kat mana dan dia kata nak pi makan dengan Encik Topi sekali.. owh.. lama tak dengar cerita tentang Encik Topi.... tetiba rasa sedih time tu.. Cik Hashim ajak join sekali tapi yalah bila tau ada Encik Topi takkan aku nak join.. Encik Topikan benci  kat aku.. so aku bg tau la aku masih nak cari barang... tak per biar aku tipu asal aku tak jumpa Encik Topi. bukan tak mau jumpa tapi kalau aku jumpa dia aku akan sedih..

di pendekkan cerita sedang aku ber bbm, dengan Cik Hashim tetiba aku dengar bunyi PING! aku ingatkan Cik Hashim yang PING aku rupanya jeng jeng jeng...... ENCIK TOPI???? aku sangat sangat sangat dan sangat terkejut.... time tu aku suh Cik Hashim cek sama ada Encik Topi demam ke apa.. dan Cik Hashim kata Encik Topi ajak aku join... hurmmm aku masih blom dapat fikir dengan waras... aku ingat Cik Hashim nak mempermainkan aku.. tapi Encik Topi bbm aku tanya kat mana and ajak join derang,,,, waaaa time tu aku sangat2 sedih.... tersangat sedih... 



 dan bila dah sedih tu apa lagi tetiba plak keluar air mata.... aku tak nangis tauuu... cuma air mata keluar dengan banyak...

aku pendekkan cerita lagi.... lepas aku cool down aku terus gerak nak jumpa mereka. 





Ya jumpa Encik Topi juga....dan ya dengan mata aku yang sedikit merah tu...dan kita orang ke danau kota naik Cik Putih... masa tu air mata aku macam nak keluar lagi sebab dah cukup lama suasana macam ni hilang..... Cik Hashim kata aku macam tak keruan... macam manalah aku nak keruan.. aku masih terkejut,,, masih tak percaya dan sangat sedih... dan mungkin gembira... kita orang borak macam biasa walaupun aku tau memang rasa sikit janggal... tapi aku cuba buat macam biasa... Cik Hashim kata - mungkin dia dah sedar so just go on la.. nak tunggu kau tegur dia memang taklah kan.. dua-dua ego..!!!- ya mungkin aku memang ego sebab tak nak tegur dia even tanya dia kenapa kita orang macam ada crisis sebelum ni tapi sebenarnya aku betul2 tak tau nak tanya dia kenapa.... aku dah terbiasa meninggalkan sesuatu yang buat aku sakit tanpa aku selidik.. memang salah aku juga...  so Encik Topi, aku minta maaf yer kalau aku ada salah dengan kau... aku just boleh say sorry kat sini jer sebab aku tak ada kekuatan dan keberanian nak bagi tau ko betol2.. sorry again... 

finally aku hope semuanya akan kembali normal... oklah... lain tahun aku update lagi..
owh ya esok along nak bertunang... sama tarikh dengan kahwin kakak Encik Topi.. huhuh sangat kebetulan...





adiosss

Monday, December 3, 2012

selangkah meninggalkan kenangan.

assalamualaikum semua,

dalam kehidupan kita, kita bukan sekadar melangkah untuk menuju ke sesuatu tempat.. kita juga melangkah pergi dan meninggalkan kehidupan kita yang lalu. semua orang ada kisah kehidupan yang lalu. tidak ada seorang pun yang tak pernah ada kehidupan lalu. segala kenangan yang kita pernah cipta, kita pernah lakarkan dan kita pernah ukir dalam hidup kita semuanya akan kita tinggalkan.

dan kini, aku selangkah lagi meninggalkan kisah lampau aku. kini, aku sudah menempuh satu lagi sisi kehidupan yang pernah aku bayangkan walaupun bukanlah seratus peratus seperti yang aku bayangkan tapi aku tetap bersyukur. aku masih cuba berdiri menggunakan kaki aku sendiri. walau sukar tapi kita semua harus mencuba. aku cuba untuk membina kehidupan aku sekarang walaupun sedikit sukar sebab aku sudah terlalu terbiasa dengan kehidupan yang dulu... aku harus terus cuba melangkah...

kini aku mengerti, walau kurang pasti tapi aku cukup mengerti... bukan mudah untuk melangkah meneruskan kehidupan... ada ketikanya kita akan di sapa kegembiraan, ada kalanya kita di sentuh rasa terharu dan ada ketikanya kita disergah kesedihan.. semuanya mematangkan kita... dari situ kita akan belajar untuk terus melangkah, menempuh dunia yang serba tak di duga..

adiosss




Monday, November 19, 2012

harus bagaimana...

Sendiri,
Di sudut ruang ini,
Aku melihat kanan dan kiri.
Tanpa mereka sedari,
Aku asyik memerhati.
Mereka dengan hal duniawi
Dan aku masih disini
Memerhati dan terus memerhati
Mencari dan terus mencari
Apa yang tidak aku pasti,
Dimana aku dalam dunia ini?
Siapa aku dalam dunia ini?
Oh duniawi,
Aku masih tidak mengerti....
Aku masih lagi sangsi...
Dimana harus aku cari...
Apa yang pasti aku mengeluh lagi!!!!
TETAP BEGINI.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 1, 2012

khas utk encik topi -GWR kenangan terindah. . .

korang, aku rindu korang semua. sekarang ni semua dah tak sama. semua dah berubah. . kita dah jadi kenangan terindah jer. geng waktu rehat dah tak de.

sedih giler aku rasa. . aku tak nak semua ni jadi, mungkn korang pun rasa benda yang sama.  aku nak kita stay macam dulu.. macam yang kita penah bayangkan time lepak dulu. time kita nampak orang2 yang dah berusia duduk lepak. kita penah bayangkan tu adalah kita bila kita dah tua..  Still lepak sesama, borak benda ntah apa-apa. Tapi semua tu macam hanya tinggal angan-angan.

Aku sendiri tak pasti mana silapnya. Dan ya mungkin memang aku juga salah satu punca semua ni jadi. Tapi sumpah, tak ada niat aku nak buat kita semua macam ni. Aku dah cuba utk jaga hati korang semua tapi yup maybe aku tak cukup usaha. .

Kepada encik topi, aku tak tau nak ckp macam mana dengan ko. Aku mmg sangat sangat dan sangat kecewa kau tuduh aku betray dalam persahabatan kita. Mungkin sebab stail aku yang buat kau anggap dan percaya aku dah khianat kau. Tu tuduhan yang sangat berat aku rasakan. Lama aku fikir bila aku ada khianat kau, bila kau ada sound aku macam kau cakap dekat yang lain, sumpah aku tak ingat waktu tu sebab aku tau aku memang tak pernah dan tak akan betray kau sahabat aku sendiri. Even aku tak pernah terfikir pun nak khianat kau ataupun kawan kita yang lain. Mungkin bila kita lepak and aku macam tak nak story kat kau ttg "orang tu" tu buat kau anggap aku dah sebelahkan dia tapi percayalah aku tak cerita sebab aku tak nak kau sakit hati. Aku tau kalau aku story ttg benda tu kau akan sakit hati even ko ckp kat aku kau dah 'sembuh'. Kau ingat aku nak percaya bila kau kata kau dah 'sembuh' but at the same time ko always talk about that shit yang jadi kat kau?. Aku blom buta utk tgk 'kesakitan' kau masa tu. Kau sahabat aku dan aku tak nak tambahkan kesakita pada hati kau. Tapi nampaknya cara aku tu salah sampai buat kau anggap aku dah betray kau.

Last time waktu hang out kat subang tu aku sedih. . Sedih bila semuanya berlakon. Yup termasuk aku. . Aku tahan kekecewaan aku. Even aku hampir tak dpt nk tgk kau pun time tu sebb aku sangat sedih coz my best friend tak percaya aku. Tapi aku cuba jugak. . Aku makin sedih bila tgk kau dah mmg benci kat aku. . Aku try nk communicate dgn ko tapi ntahlah Aku tak tau nak buat apa. Aku tak reti nak tanya kau.. Tapi aku berani bersumpah yang aku tak pernah nak story kat sesiapa pun trntang perbualan kita selama nie. Sebab bila aku dah janji aku akan pegang janji aku tu. . Tapi aku tak bleh buat kau percaya aku pegang janji tu. .

Sebab aku tau kau macam mana,aku trus buntu nak bagi penjelasan even nak tanya kau ttg salah faham nie. Aku tau bila kau dah kata benci dgn seseorang tu kau akan benci. Bila kau dah benci kau tak akan percaya apa org tu ckp. So what should i do? Aku tau ada salah aku kat sini but why not you tell me? Hurmmm ntahlah. Aku cuma harap semua salah faham ni akan berakhir. Please, at lease bagi tau aku salah aku yang sebenar. 

Seriusly kenangan ni buat aku sakit. Mana2 aku pergi yang ada kenangan geng waktu rehat ni buat aku sakit sampai satu tahap kalau boleh aku tak nak jejak kaki kat sini lagi. Aku sangat rindukan korang semua. Tak lengkap rasanya lepak tanpa korang semua. .  Kehadiran korang semua dalam hidup aku sangat bermakna. .

Apa yang aku harap cuma kita kekal bersahabat.
Korang tetap sahabat aku selamanya tak kira korang masih anggap aku sahabat ataupun tidak.

Sayang korang. .
Adiosss

Published with Blogger-droid v2.0.9

Popular Posts