bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Monday, May 23, 2011

masih tiada petunjuk..

aku baru je lepas abis baca status facebook sorang kawan aku nie. dia kata dia da tau mana dia nak kerja bila habis zaman universiti. dia akan kerja ikut minat dia dan tak nak jadi cam orang lain yang kerja sebulan dua then berhenti....

ye semenjak dua menjak nie aku memang selalu fikir mana arah tuju aku. bila baca status kenalan aku nie buat aku makin takut. ye aku tak pernah nak takut tentang benda-benda yang tak pasti semuani tapi kali ni lain. aku jadi takot sebab aku belom nampak masa depan aku..minat aku?? entahlah. apa yang aku minat adalah menulis cuma aku perlukan sesuatu sebab untuk aku terus menulis. apa yang menakotkan aku lagi adalah aku takut aku tak boleh bagi commitment. tu kelemahan aku. aku perlukan kerja yang berlainan supaya aku tak rasa bosan.. tapi ada ke kerja macam tu???? dahlah aku ni cepat bosan dengan sesuatu benda... rungsing nieh....

ermmm masa depan amat menakutkan aku.... entahlah aku rasa macam aku blom ada keberanian je nak tempuh masa depan. aku belum bersedia.. aku selalu je berfikiran negatif... boleh ke aku tempuh masa depan. akan ada ke pekerjaan yang sesuai untuk aku, akan ada ke kebahagianan untuk aku?? akan berjayakah aku?? aku tak pernah yakin semuanya ada untuk aku... ya aku makin jauh.... jauh untuk memahami dunia ni.

adiosss

Wednesday, May 18, 2011

story dari seorang aku

ye memanglah story dari aku dah blog nie adalah blog aku takkan korang lak nak story lam nie.. (kerek lak aku nie hahah) apa yang aku nak story nie tak dalah gempak maan jer. saja nak meng-up datekan blog aku nie.

well siang tadi mama da cakap kat aku yang dunia aku nie dah terbalik. jangan gelabah sanagt. terbalik tu tak lah songsang sangat. yelah mau tak mama cakap macam tu. siang orang lain malam bagi aku. malam orang lain siang bagi aku. korang paham tak?? tapi dak adalah memanjang siang hari aku tidur.. takat sampai kul 12 , kul 1 pm je... yelah dah aku tidur lambat maknanya lambat la juga aku tidur... bukan aku tak pernah nak tukar gaya hidup nie tapi hidup aku akan agak normal bila tak de internet ni....

bagi aku internet ni bawa pengaruh buruk pada aku. yelah sebab internetlah hidup aku tunggang langgang. tidur pun dah tak menentu. kalau kat rumah damansara, hidup aku ok je lah. malam, aku tidur, siang aku berjaga. so kesimpulan pada cerita aku yang ntah apa-apa nie adalah pandai-pandai lah korang jaga diri sendiri dan disiplinkan diri sendiri...

adios...

Monday, May 16, 2011

kongsi itu indah tapi bukan semua boleh di kongsi

apa yang aku cuba sampai kan... ye.. memang indah je kalau kita boleh berkongsi sesuatu dengan seseorang.. tapi awas ya bukan semua benda kita boleh kongsi. kita boleh kongsi rasa gembira kita, ceriat lucu kita dan macam-macam lagi. dan aku sekarang ni nak kongsi cerita aku. ya aku ingin kongsi pada yang nak berkongsi cerita ni. pada yang tak suka aku aku tak kisah pun.. dah tak suka tak payah nak gedik baca.(emo lak tetiba)..

well well well well.. cerita yang aku nak kongsi tak ada lah menarik mana pun... pukul 11 p.m tadi aku sampai umah mak aku dari damansara.. ye aku ke damansara lagi dan lagi dan lagi. biasalah aku, umah mak aku-damnsara-rumah mak aku-damansara... tu memang hobi aku.. menghabskan duit untuk ulang alik dari rumah mak aku ke damansara. hari tu cuti di rumah mak aku then balik damansara sebab exam dah tu habis exam balik ke rumah mak aku semula dan minggu nie pergi lagi ke damnsara untuk bagi sokongan moral pada kakak aku( tention bekerja.. super duper tention tue.. kecian beliau)... esh banyak pulak nyamuk time nie. baru je aku sembur dengan penyembur nyamuk.... giler power nyamuk zaman sekarang!!!

kalau ikutkan nak je balik hari selasa(kan cuti) tapi adik bongsu aku tu nak balik awal. nak study almaklumlakh exam hari rabu tu. dia bukan macam aku yang study last minute. esok exam malam nie baru study.... so terpaksalah balik juga hari ni.... alhamdulillah walaupun hujan time on da way (bukan all the waylah)we all selamat sampai.. ingatkan nak gi dinner skali 2 kedai yang ada before kawasan rumah mak aku nie tutup pulak... terpaksalah gi beli buger kat abang botak(buger fav mama)... aku blanja mak aku kali nie. so aku suh lah mama pilih apa-apa je yang beliau nak.aku suh pilih yang special.. time dalam kereta tu yerlah mak aku kata nak burger black pepper special.... aku pun onn je lah... skali time mak aku gi beli lain lak beliau order.. mama kata tak naklah yang lain tu mahal... ya Allah mak aku nie memang dah terbiasa berjimat( BUKAN KEDEKUT YEEE) aku tanya mak aku apa yang specialnya buger mama?? then dengan penuh yakin mak aku jawap.. ada cheese... hehehbetul gak.. special la juga kan.. apa-apa jelah mama, asal perut kenyang... lain kali alang blanja best-best lagi ye... sayang mama..

ermm apa lagi ya... owh ya aku ada beli novel siang tadi... 2 buah je tapi tebal-tebal. satu buku tu mama yang pilih dan satu lagi aku pilih then mama yang buat keputusan sama ada nak beli ke tak... tapi aku yang bayar sebab novel memang minat aku... tak kisahlah berapa pun aku habis yang penting aku puas hati ada novel.. along ada cakap tadi... " amboi alang, kalau novel laju je nak bei.. mahal-mahal lak tu" ye memang la laju sebab aku dah lama giler tak beli novel. pesta buku kat pwtc hari tu pun tak berkesempatan nak pergi. mahal pulak lain cerita. aku tak macam kakak-kakak aku yang berbelanja ke arah baju, kasut dan handbag... semua tu aku paling jarang beli.. aku lebih utamakan novel sebab tu minat aku sejak kecik... so kalau duit aku habis pun aku tak kisah asal ada novel... mamalah untung bila ada anak yang gila baca novel nie sebab stock mama makin bertambah.. stock hari tu pun mama tak habis baca lagi nie ada 2 tambahan... aku tak ingat la tajuk dia p jangan risau nanti aku akan bg tau tentang buku tu pulak ye(kalau aku ingat lah ye)

oklah panjang-panjang sangat aku merapu pun bukan best sangat pun kalau ada orang nak baca.. so next time je aku sambung story tu pun kalau ada kesempatan lah yer...

adios...

Thursday, May 12, 2011

rahsia seorang aku..

nie lah rahsia seorang aku yang sudah terbiasa merahsiakan semua benda hingga hilang skill bercerita. terus terkaku tanpa kata.

time nie banyak je aku fikirkan. tentang masa depan aku lah juga. damn!!! kenapa aku macam tak nampak apa-apa je untuk masa depan aku ni?? ya Allah.... nak mohon pada Allah pun macam tak layak je sebab apa yang DIA suruh aku tak buat pun tapi slumber cicak je aku nak mintak macam-macam. berangan je lebih aku nie..

apa masalah aku sebenarnya sekarang?? ye bila aku ingatkan betapa susah dan tertekannya kakak aku dengan kerja barunya terus aku terfikir macam mana dengan aku nanti. dahlah aku tak dapat bayangkan lagi kerja yang aku akan buat nanti. sekarang ni memanglah aku msih belajar tapi tak lama je lagi aku akan melangkah ke alam perkerjaan yang masih kabur. damn.. macam mana nak kerja nie. banyak je kelemahan aku nie. boleh ke aku kerja?? dahlah pelupa, dengan masalah communication and attitude aku yang boleh pulak berubah. time aku perlukan sifat ramah mesra aku tulah dia hilang tanpa pesan. mana pergi semua keyakinan aku selama ni?. aku yang dulu dah hilang.. ke aku ada masalah jiwa sebenarnya???? (takkanlah kannnn)

bila sebut pasal jiwa, sekarang nie jiwa aku tengah kacau pula. semuanya bercampur aduk. impian aku, cita-cita aku dan kehidupan aku sekarang dan untuk selepas nie semuanya aku tak yakin untuk mengharunginya. sekarang ni aku macam kat satu jalan yang terpaksa aku harungi dan kemudiannya jumpa banyak persimpangan yang tak ada signboard. aku tak tahu mana aku kena pergi dan lebih teruk lagi macam aku dah hilang punca. hilang tujuan perjalanan hidup nie. serius weh aku takut dengan keadaan ni.

nak cerita pun aku tak tau.. entahlah semuanya berlegar-legar kat kepala otak aku nie... oklah lain masa jer aku update lagi... nie nak tidur hope bangun je nanti ianya akan hilang macam tu je..

adios..

Wednesday, May 11, 2011

teruskan jua..

ya walau apapun aku akan cuba untuk teruskan juga post some story lam blog aku nie. walaupun akan ada yang kata boring or ntah apa-apa je blog aku ni tapi ada aku kisah ker. blog aku ikut suka akulah nak merapu apa pun.

tadi beru je lepas update sikit cerpen aku. ye cerpen yang dah berkurun siap tapi berkurun jugalah aku ambik masa untuk taip semula. biasalah idea aku akan lebih melimpah luah kalau aku berkarya menggunakan pen, pensel dan kertas. kalau nak taip menaip ni idea aku kureng sikit. bila dah tulis tu kenalah taip untuk tontonan umum. part nak taip semula nielah yang akan ambil masa. cuma skarang nie aku macam nak try letak aim untuk abiskan taip cerpen aku. cerpen nie je dulu nak try abiskan. aku nie macam biasalah kalau nak letak target tu conferm la takkan tercapai. aku kena buat tanpa dirancang....

banyak je lagi yang blom di taip tapi tak apa.. kayuh slow-slow lama-lama sampai gak kan heheh. oklah dah mengantuk nie. lain kali je aku story and merapu lagi..

adios...

Monday, May 9, 2011

trip yang pelik ke bukit cherakah

pelik tapi benar. tu yang terjadi pada aku hari ni. ahad lepas aku abis exam. last paper untuk sem nie. sangat susah bagi yang tak baca. dan sedikit susah bagi yang baca sikit-sikit dan sangat senang bagi yang dah ready.. haruslahkan hahahah ok berbalik pada cerita pelik tapi benar pada trip aku ke bukit cherakah shah alam bersama geng waktu rehat dan geng separuh masa. seperti yang dirancang pada saat-saat terakhir kami sepakat untuk ke bukit cherakah di shah alam pagi ni.

so seawal 0545 a.m aku dah bangun dah. al-maklumlah aku ajak adik aku skali, so sebagai seorang kakak yang sangat baik(puji diri sendiri) aku pun mandi dulu lepas tu baru kejut adik aku. bersiap punya bersiap we all pun gerak keluar dari kawasan rumah dalm pukul 7 lebih. so lepas mengharungi kesesakan lalu lintas yang belum lagi menggila we all pun sampai di shell sebelum tol rm 1.10 kat tol sebelum masuk ke kawasan shah alam. memang dah set jumpa kat shell tu. time kita orang sampai tengok kereta geng kancil dah ada p dah gerak terus gi rumah sorang member aku yang memang duduk kat shah alam. we all yang naik kereta kelisa ni tunggulah ketibaan rombongan kereta myvi. agak lama jugalah tunggu. bila dah sampai je terus gerak gi rumah member yang dok kat shah alam tu. bila semua dah ada we all pun geraklah gi kedai makan dulu. sarapan... biasalah bila ada trip ngan geng para-para sakura nie memang kena melantak dulu. time sarapan tu ada la aku buat sesi temu ramah tentang tempat yang kita orang akan pergi ni. aku kan tak pernah pergi. malam tadi pun sempat tengok kat internet sikit je sebab line tak best langgung. member aku pun storylah. kat sana banyak activity bleh buat. cycling, painball, kayak ermm apa lagi ek banyak lagi kot. so aku dah terbayang dah. aku nak cycling sebab dah lama gila aku tak guna khidmat basikal nie. lepas tu aku nak try kayak sebab aku tak pernah try pun. best oooo aku dah terbayang dah semua tu. dengan perasaan sedikit teruja dan agak nebes sebab dah terbayang tahap kepenatan aku kena cycling bila dengar cerita geng yang lain so we all pun geraklah ke tempat kejadian. taklah jauh mana pun dari rumah mmber aku tu.

bila dah sedikit jauh berjalan(naik kereta) nampaklah signboard taman pertanian. dah nak sampailah. dah tu aku nampak lah pagar. ada dua laluan satu laluan di tutup dan satu lagi laluan terbuka besar. selamat datang ke taman pertanian...(tak sempat habis baca sebab dah terlepas gara-gara nak ambik video cam aku) as a second car, member aku nie pun park la kat sbelah geng kancil nie. tau apa yang menarik bila sampai sana. kita orang dah tersengeh-sengeh dah.

"macam mana ni orang shah alam pun boleh tak tahu?" sorang member aku soal.
"aku lupa dowhhh hari isnin tempat ni tutup..."

HUAAAAAAA tutup la pulak.. sangat malang. dahlah ngantok kena bangun awal, tunggu pulak geng yang lain agak lama, air and stok makanan pun dah di sediakan, dah terbyang dah segala activity yang akan dilakukan skali semuanya hanya angan-angan jer.... boleh pula tutup hari isnin. pilihlah hari lain. hari jumaat ker(dapat hormat org/staff smyng jumaat) tapi apa boleh buat. dah salah kita orang gak. tak cek betul-betul dulu kat internet. so dalam keterpaksaan dan kekecewaan sebab angan-angan musnah we all decide nak gi sunway pyramid je. main boling ke, tengok wayang ke or karok. kepanasan sang suria dah makin terasa dan we all terus menuju ke destinasi seterusnya.

kisahnya tak habis kat sini. bila dah sampai sunway pyramid we all decide nak karok. so dari J.J jalan pergi redbox. agak jauh sikit la. kena mengharungi perit sang suria sekejap. bila sampai je kat depan red boz tu skali tengok tutup. WHAT???? APA SUDAH JADI?? kenapa semua benda kena tutup hari ni. kita orang patah balik masuk ke dalam sunway pyramid dan terus ke level boling. skali trengok geng aku call kata redbox dah bukak. nak tak nak patah balik ke redbox tadi. macam-macam hal.

bila dah masuk bilik karok tu selesa sikit rasa. sejuk jer. yelah kalau dah aircorn memanglah sejok. geng aku nie dah pilih lagu dah. satu lagu untuk member aku sorng lagi, satu lagu untuk aku duet ngan dia and satu lagi lagu untuk dia sorang. tunggu punya tunggu lagu tu tak muncul-muncul jugak. seminit... dua minit... lima minit.. lapan minit... call service then dia mintak tunggu lima minit lagi sebab ada technical proplem. oklah tunggu jelah. alang-alang dah jatuh di timpa tangga, malang tak habis-habis dari tadi. bukan lima minit tapi lebih lima belas minit tunggu. dah dekat 20 minit kot barulah boleh. tu pun lagu yang dah dipilih tadi hilang begitu sahaja.

oklahhampir tiga jam jugalah kot we all melalak dalam tu. tak terasa sangat sebab kalau dah sepuluh orang tolak 2 yang sah-sah tak akan menyanyi mana nak rasa lama. tapi memang agak syoklah. dh habis karok geng kancil nak balik sebab ada hal. so perpisahan terjadi di situ. tinggallah geng kelisa and geng myvi. we all ambik keputusan main boling. best gak.. tapi hahah mesti ada tapi pada setiap cerita. ada lak staff yang tukang angkat bola lepas orang main tu, poyo je.. macam pangkat besar lak. dah dapat kasut boling tu nak try la dulu. takut silap size ke. nak try pun kena pakai stokin. poyo giler je... tapi abaikan je orang macam tu. we all main 2 set. semuanya rm9 perperson. sebab ada student card. adik aku yang tak ada student card tu pun dapat harga cam tu. aku mintak akak tu bg harga student. buat muka comel sikt terus dapat(poyo lak aku).. apa yang menarik time aku main boling nie bleh plak bola tu hampir terpelanting ke belakang. nasib aku control sebab dapat rasa nak terlepas dari jari aku. licin beb. hahah macam lawak je. gelak giler time tu. habis dua set main boling je aku pun cow balik. nak pack barang nak balik umah mak aku. geng myvi sambung ambik satu set lagi. aku trus balik umah. dah pukul 10.20 p.m tadi aku selamat sampai kat rumah mak aku...

tujelah cerita aku buat masa ni lepas dah agak lama tak update. time exam bz study last minutelah heheeh oklah lain masa aku update lagi.

adios..

Monday, May 2, 2011

ianya turun seperti yang di pohon..

syukur.... rasa sejuk sang hujan amat mendamaikan.. setelah hampir 2 minggu sang matahari tanpa belas memancarkan teriknya sang suria kini tiba giliran sang hujan mendamaikan panas yang melanda. hujan turun juga akhirnya.. rasa selesa jer bila kena angin hujan ni. tadi waktu on da way dari kuala lumpur ke melaka hujan turn sepanjang jalan. mungkin ada sikit jer bhagian yang tak coverlah. p kebanyakan tempat hujan.. nasib tak hujan lebat kalau tak memang aku tak nampak. dahlah aku yang kena drive. ayah duduk kat sebelah. mama and adik-adik kat seat belakanglah habis tu kat mana lagi kan..... time on da way tu banyak jugak berlakunya kemalangan. ada tu sampai tayar dia terlekuar, cermin belakang pecah, kemek tu jangan ceritalah. haruslah ada bila dah kemalangan macam nie. ada satu tempat tu kemalangan berantai. lebih daripada 10 biji kereta yang terlibat. aku tak tengok sangat pun sebab takut aku pulak yang langgar orang. so melalu cerita yang aku dengar dari ulasan adik, mama and ayah so memang agak teruk lah. ada juga yang nangis kat tepi highway tu. kalau aku pun mesti aku leleh gak. cuak tue.... ok hampir setengah jam je kita orang stuck dalam jem tu. taklah lama sangat pun.

ok tutup cerita tentang tu. nie aku nak story sikit tentang kejadian semalam. semalam we all satu family hang out sama-sama. memang seronok tau. tambah-tambah ayah terlebih sporting. bukan apa selalu kalau jalan-jalan macam tu ayah tak minat sangat. mungkin sebab pagi tu dia dah muntah-muntah tak sihat so petang sikit jadi hyper hahahahh. lepas sarapan jer kita orang terus gi cheras. gi rumah mak cik aku. dia nak tunjuk mana kawasan yang ada rumah sewa. yelah we all adik beradik cadang nak pindah sebab tempat kerja kakak aku jauh dari rumah sekarang. so lepas tengok rumah tu(ushar dari jauh jer) terug gerak ke rumah mak mak cik aku tu. kira umah atuk saudara aku tu lah.. we all melawat baby yang aku cerita baru lahir hari tu... kira lama jugalah we all kat sana.. cute giler baby darwisy tu. nama dia adalah mohd. darwisy adli. cute. best betul aku main-main ngan baby tu sebab dia tak banyak nangis. mungkin sebab baru seminggu kat dunia nie so dia tak banyak cekadak. so lepas je melawat baby terus we all pergi e-curve. adik- adik aku nak main boling pulak. kenapa e-curve? sebab aku rasa line kat sana je best. tapi spoil lak aku terguna bola saiz x-small so jari aku sakit. terus aku pas game kat ayah. and ayah apa lagi terus je tunjuk bkat. ada stail gak ayah main boling hehehhe. ayah dapat 83, ateh 73(kalau tak salah aku la) and baby dapat 57. lepas tu we all sambung main pool. ayah aku pun join main sekali. nie baru belajar main. syok pulak orang tua nie main pool. kakak-kakak aku just tengok jer sebab we all dah puas main pool. apa yang menariknya adalah mama pun join main sekali.. hahah memang gelak je we all time tu. memang lawak weh. dengan peel masing-masing time nak shoot bola tu, dengan xcited bila masuk lubang... memang happy je. lama dah tak happy macam tu satu family...

kat sbelah meja pool tu ada meja foosball tapi tak bleh main lak sebab rosak ke amenda ntah. so baby nak main kat tempat main token sebelah tempat wayang tu. terus we all turun sambung main game kat sana. satu family main. dengan mama and ayah sekali. best je aku tengok semua bergumbira. entah bila bleh ada time macam tu lagi. aku tau takkan ada lagi time macam tu so aku rasa tu adalah saat yang memang patut aku kenang sampai bila-bila.. :)

oklah rasanya tak der lagi yang aku nak share selain rasa cuak nak exam sebab aku blom study lagi.. adoiii kena balik selangor baru boleh focus sebab tak der tenet... hahah oklah aku stop kat sini jer lain masa kalau ada kesempatan aku update lagi yerrr..

adios

Popular Posts