ALLIKAHS LUTADIAYS
ALLIKAHS LUTADIAYS
borak dan bersorak
Thursday, December 30, 2010
berakhirnya tahun ini
Monday, December 27, 2010
kecewa itu sakit....
sebulan sekali
Wednesday, December 15, 2010
terlalu banyak
Tuesday, November 23, 2010
ianya mengajar aku tentang diriku
Terlalu banyak benda yang terjadi semenjak dua menjak nie. Semua kejadian tu mengajar aku untuk berfikir dan bertindak secara wajar dan matang walaupun aku sendiri tak tahu sama ada semua tindakan dan keputusan yang aku buat untuk diri aku ataupun orang lain itu betul ataupun tidak. Apa yang aku tahu aku dah buat keputusan yang sewajarnya dan terbaik untuk semua orang.semua pengalaman ni juga buat aku semakin kenal dunia persekitaran aku. Semakin aku tahu macam mana nak berkomunikasi dengan sesetengah orang yang selama ni aku rasa aku tak perlu untuk menghadapi mereka. Walaupun apa yang aku lalui ini bukan masalah aku tapi disebabkan aku yang menjadi tempat rujukan serta nasihat secara tak rasmi aku yang kena selesaikan masalah mereka. Selesaikan masalah orang bagi aku lebih mudah daripada aku menyelesaikan masalah aku sendiri. masalah yang aku hadapi selalu aku pandang sepi sebab bagi aku aku sudah terlalu banyak berfikir padahal itu hanyalah alasan aku untuk tidak memikirkan masalah aku. Bila aku rasa perlu untuk aku selesaikan masalah aku terus aku rasa seperti aku tidak mempunyai apa-apa masalah untuk difikir serta di selesaikan. Itulah kehidupan aku kini.
Bila bercerita tentang kehidupan tiada seorang pun yang dapat menyangkal tentang warna yang terpaksa mereka lalui dalam menjalani kehidupan harian. Kadang-kala kita terpaksa melalui warna yang suram dan ada waktunya kehidpan kita ditemani dengan warna-warna yang indah yang bisa membuatka kita tersenyum sehingga kita lupa pada kesedihan yang bisa membuat kita mengalirkan air mata yang tidak kita mampu tahan dari mengalir keluar dari mata yang memandang serta melihat segala macam perkara di dunia ini. Itu meang lumrah dunia. Seperti peribahasa yang sudah lama kita tahu, kehidupan itu umpama roda. Kadang-kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah. Semua itu mengajar kita untuk terus melangkah dengan lebih kuat menuju ke masa hadapan yang tidak kita pasti akan kewujudannya.
Bila sebut tentang kewujudan pula bagi aku esok itu sendiri belum pasti wujud dan kita sendiri tidak tahu sama ada kita sempat untuk merasai saat esok, sejam kemudian, seminit kemudian mahupun sesaat kemudian. Semuanya masih di dalam misteri dan sepatutnya bila kita tahu ianya misteri kita harus menghayati saat-saat kita menghirup udara segar, manghayati kehangatannya matahari, menghayati sejuknya snag malam dan bersyukur pada yang maha kuasa tapi manusia kini??? Aku bercakap bukan tentang sesiapa. Bukan menuduh si polan dan si polan tetapi aku bercerita tengtang aku. Aku yang lupa, aku yang alpa, aku yang semakin hanyut pergi tanpa melakukan apa yang aku katakana tadi. Aku sedar itu semua tapi kenapa aku masih begini? Masih mengsia-siakan saat-saat yang aku guna dalam hidup aku. Membiarkan detik-detik dalam hidup aku pergi tanpa ditemani sesuatu yang bermanfaat ataupun berfaedah. Aku sedar itu semua tapi aku masih seperti ini. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku harus buat kerna yang pasti segalanya masih lagi misteri sama seperti misterinya sesaat selepas ini.
Hari demi hari aku mengumpul sesuatu yang amat penting untuk kehidupan aku tapi malangnya bukanlah hari-hari aku tahu apa yang aku cari dan apa sebenarnya kehidupan aku. Apa yang terbaru aku sedar bahawa aku mencari sesuatu sebab untuk bersedih sehingga aku terlalu kejam untuk meminta sesuatu yang tidak sepatutnya. Aku pernah berharap untuk meminta seseorang yang aku sayang pergi meninggalkan aku supaya aku bisa menjadikannya sebagai alasan untuk aku bersedih. Aku tahu ianya sesuatu yang terlalu tidak matang tetapi sedih yang aku rasa dalam hidup aku ini perlukan sebab untuk aku lepaskan ia pergi agar aku tidak lagi rasakan kesedihan itu.
Kawan-kawan aku semua fikirikan aku seorang yang kuat. Aku mengharungi segalanya dengan berani dan tenang. Aku menjadi tempat untuk mengadu masalah, menjadi tempat untuk meminta pendapat. Menjadi pendengar setia pada mereka yang memerlukan seseorang untk meluahkan segala macam masalah kerna bagi mereka Segala yang aku hadapi dapat aku selesaikan sehingga ianya membuatkan aku menjadi lebih ego untuk menjadi lemah. Kelemahan aku terus aku sembunyikan dengan menggunakan orang lain sebagai pengganti tanpa ada yang menyedari.
Kenapa perlu aku ceritakan kaaiban aku ketika ini? Apa gunanya? Kerana saat ini aku rasakan aku terlalu lemah untuk semua ini. Aku bukan manusia yang sempurna. Aku juga perlukan seseorang untuk bercerita tapi bukan hanya bercerita tentang mereka tetapi juga tentang aku. Aku ingin berkongsi cerita tentang kehidupan aku dengan seseorang yang mampu mendengar cerita aku, mendengar masalah aku, mendengar keluhan aku dan bukan hanya aku sahaja yang mendengar. Ya saat ini aku mengakuinya aku juga perlukan seseorang tapi ada juga saatnya aku rasakan aku boleh hidup tanpa teman di sisi.
Wednesday, November 17, 2010
tiada bicara antara kita
Thursday, November 11, 2010
masa berlalu meninggalkan waktu
Popular Posts
-
tadi ushar muka buku.. tengok kat profile sorang member ni, dia ada upload semua makanan tradisional or makanan yang hanya boleh di jumpai ...
-
Assalamualaikum semua, Selamat pagi dan selamat berkerja pada yang bekerja. pagi isnin dilimpahi hujan berkat. Kata mama, doa ketika huja...
-
assalamualaikum semua, Macam menarik kan tajuk entry aku kali ni. BERTUNANG!!!. . bertunang, satu langkah bagi pasangan untuk me...