bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Saturday, September 18, 2010

kisah 05.11.2007

Hari ini entah mengapa,

Aku rindukan si dia..

Bukan si dia yang terkenal

Tetapi si dia yang kukenali…

Bila bersua muka

hati rasa bahagia

walau untuk seketika

kita berdua berbicara..

semakin aku merasa

sesudah berkongsi cerita

walau hari sebelumnya

aku memendam rasa…

dulu hanyaku yang mengerti

kini temanku sudah mengetahui

terasa ringan beban dihati

walau kau masih tidak ketahui

episod itu bermula semula

apa yang aku maksudkan adalah kehidupan harian aku. isnin ni mulalah hidup aku macam biasa.. pergi kelas then malam ke fitness. siang ke kelas malam ke fitness. kena kerja kuat untuk turunkan berat yang naik waktu raya nie. heheh apa boleh buat tu pun aku dah cuba kurangkan quantity makan aku cuma air manis jer aku tak dapat control. tu yang susah. hope when aku dah sampai kat k.l dapatlah aku control balik. kat umah mak aku ni susah sikit. tak dapat tahan punya sebab semuanya lengkap.

assignment aku tak siap lagi. siang nanti aku buat then terus sumit kat lec. 19 hb due date dia. hehehe so 19 hb gaklah aku buat. nie baru lepas cari maklumat then siang nanti baru aku karang or sbenanya copy paste tapi aku taip semula kt hehehe so sekurang2nya bila orng tanya aku tak tipu. aku tak copy paste cuma aku copy and type hehehhe.

well entah kenapa aku rasa macam nak bergumbira je. heheh maksud aku nak njoilah. pergi menghiburkan hati di tempat-tempat yang menarik. heheh lepak2 dengan kawan-kawan. and macam-macamlah. aku ni dah penat tak bjat apa-apa kat rumah mak aku ni. biasalah aku ni kalau kat rumah mak aku, aku jadi pemalas tahap dewa. dewa pun tak malas macam aku. hakhakhak

oh ya tentang karya aku tu jap lagi aku post. tu pun tengoklah mana yang terlarat aku nak post. hope kalo ader yang baca blehlah bagi comment walau tak tau sapa aku. kalau boleh aku tak mau orang tau sapa aku heheh segan... tapi aku nak berkongsi semuanya.. maksud aku karya akulah. hope sangat dapat di terbitkan. amin..

oklah kalau aku tak stop skunk maknanya jap g aku akan lupa nak post karya aku tu so aku blah dulu. malam nanti dah nak balik .k.l so tak taulah bila aku bleh update blog nie.. ala kalo aku tak update sangat pun tak pe kot bukan ada yang baca hehehehe

oklah aku blah skunk untuk post kali ni so jumpa lai di post akan datang, bila?? itu yang kita tak tau huahahhahaha. adios amigos

Wednesday, September 15, 2010

berjaya akhirnya

berjaya apa??? bukan kejayaan besar tapi cukup memuaskan hati aku.. at last dapat gak aku labelkan blog aku nie.... lama dah aku nak labelkan... fisrt skali aku tak tau macam mana the aku tak tau nak ke atau tak nak post semua karya yang aku pernah hasilkan selama ni then aku ambik keputusan baik aku publish kan jer... lagipun sapalah nak baca blog aku nie... bukannya ada orang tau pun ni blog aku or saper... so i guess sama je aku letak or tak karya aku yang ntah apa-apa tu...

so maybe esok lusa aku akan letak semua hasil karya yang aku corat kan sebelum ni yang mana aku pernah post kat blog lama aku dulu.. aku akan post gak cerita yang pernah aku karang tapi tak habis aku taip juga so i wish that someone can read it( tak tau kurun ke berapa) coz aku memang harap dapat kongsi semuanya cuma aku just tak mau orang tau tu aku sebab aku segan hehehehe

oklah insyaallah aku akan post as soon as possible okay... so i think baik aku tido skunk coz pagi nanti kena bangaun awal dari biasa sebab aku tidur kat ruang tamu. bilik aku mak cik aku tidur kat sana. tetamulah katakan. ingatkan aku nak tidur kat bilik mak aku tapi pak cik aku ni plak takot tido sorang-sorang kat ruang tamu so aku pun join tidur kat ruang tamu skali ngan adik aku...

opss sbelum aku lupa tujuan utama aku sign in blog aku ni nak citer kat korang yang tadi kita orang tengok citer piranha. best la citer tu cuma ada gangguan sikit time tengok movie tu. first dari penonton lain yang macam tak pernah2 tengok wayang and yang aku dah biasa plak adalah dari mama. macam biasa mama suka nak ulas balik cerita yang dia tengok. lain pula dengan aku yang tak suka orang bising time aku tengok cerita apa-apa. tapi tak kisahlah yang penting cerita tu memeng best. sayang lak orang handsome mati saat-saat terakhir cerita tu... heeheh oklah tu je yang aku nak story so aku blah sekaranglah sebelum aku maigrain lagi sebab tak cukup tido.. k assalamualaikummmm



bakatnya

hati ini tertanya...
betapa mereka punyai bakat.
bakat yang boleh di pertontonkan,
bakat yang boleh diperlihatkan
tapi aku???
hanya manusia biasa
yang mengharap bisa jadi seperti mereka
bukan pada fizikalnya tapi pada bakatnya..
betapa aku cemburu pada mereka,
bukan pada harta mereka tapi pada bakatnya,
betapa aku ingin memilikinya,
bukan kehidupan mereka tetapi pada bakat mereka....
hati ini berkata pula,
aku boleh pertontonkan bakatku
aku boleh perlihatkan bakatku
aku hanya perlu menurut kata indah hatiku
aku hanya perlu merungkai bahasa jiwaku
aku hanya perlu melakar gambar duniaku
aku hanya perlu menghargai kehidupan aku
dan aku akan perolehi bakat aku yang tersendiri
tidak seperti mereka..
hanya aku yang memilikinya..

Tuesday, September 14, 2010

tiada bezanya...

memang tak ada beza pun dengan tahun yang sudah. aku ingatkan tahun ni tak akan ada pertengkaran but just now peperangan kecil terjadi.. aku pun tak tahu smpai bila semua ni akan jadi. i wish that all of this tamat time nie gak. i just want my happy family back. tu terlalu susah untuk aku perolehi. aku hanya mampu bermimpi. bila benda ni jadi mulalah banyak benda yang aku fikirkan. nak lari jauh dari sini. nak buat tu bak buat ni tapi aku tetap kat sini without doing anything to change it.

hati aku geram la... kenapalah sesetengah manusia ni tak reti nak berfikir. sanggup buat apa je asal diri sendiri tak di kutuk or di hina sebab tak kawin lagi. for what kau berlaki if setiap kali raya kau merempat kat rumah orang lain without your husband. sanggup kau nak musnahkan hidup orang lain sebab takot kau di labelkan as anak dara tua. kau tau tak berapa lori sumpah seranah and kutukan yang kau dapat bila orang tahu kisah ni???? kau boleh blahlah dengan gelaran ustazah yang ko ada tu. ustazah taik kucing. rampas laki orang!!!! kawin kat siam.. BODOH!!!! SIAL!!!
aku benci bila semua ni jadi... its make me hate every one yang ada kaitan dengan kisah ni or ada persamaan dengan kisah nie. i hate playboy... aku benci manusia yang bergelar ustazah, aku benci tengok perempuan yang pakai tudung labuh and pakai spek.. aku benci dengan manusia yang kawin lebih dari satu and aku benci semua yang ada kena mengena sampai satu tahap aku benci lelaki dan aku benci semuanya... aku menjadi seseorang yang lain tapi aku tak pernah akan mengakuinya.

aku nak luahkan semuanya tapi kat siapa??? ya allah kau bantulah aku.. aku insan yang lemah. aku perlukan kekuatanmu ya allah. aku tahu aku tak layak meminta apabila semua arahanmu aku ingkari tapi aku tak berdaya.... aku dapat rasakan yang aku semakin jauh darimu tapi aku tak berdaya untuk berpatah semula.. aku tidak mahu terus jauh. bantulah aku... aku tidak mahu tersesat lebih jauh kerana hati ini. hati yang kecewa, hati yang sunyi, hati yang pilu, hati yang kosong... saat aku terlalu lemah dan terlalu mudah untuk dipengaruh aku mohon padamu kau tunjukkanlah aku jalan...

Monday, September 13, 2010

selamat hari raya..

assalamualaikumm haii korang... aku just nak wish selamat hari raya jer and maaf zahir batin walaupun macam agak lewat jer aku wish tapi sekurang-kurangnya ada juga aku wish...

so citer tentang raya, for this year aku macam tak rasa nak raya pun, baju raya pun aku beli time hari kita tau bila raya. malam tu terus g beli. nasib raya jumaat kalo khamis kompem aku tak ada baju raya tahun nie. well alhamdulillah dalam kesesakan orang ramai yang turut nak beli baju raya dapat gak aku baju raya sepasang warna hitam. warna orang berkabung tapi baju tu aku suka. lagi pun aku kan suka warna hitam.. so sesuailah tuee



for 1st day raya aku and family just dok lepak kat umah. raya yang membosankan gak. before this kita orang akan balik umah wan but sebab masalah keluarga kita orang terpaksa beraya macam time hidup merantau dulu.. tak kisahlah as long as aku dapat makan masakan mama and time tulah aku kantoi bab makan nie.. susah gak nak jaga makan ek hehehe tapi tak kisahlah....

then after raya pertama adalah juga kita orang beraya ke rumah saudara mara yang tak lah ramai mana.... sampailah raya seterusnya.... time aku tak beli banyak baju rayalah selalu kita orang keluar g beraya... nasib aku ada baju yang ok sikit. hehehhe

well apa lagi ek aku nak story.. macam tak der jew.. oklah aku rasa tue jew kot cerita boring aku nie.. biasalah hidup aku ni tak adalah menarik mana... oh ya tentang hasil karya aku tu pulak macam biasa tergenda lagi. entah bila nak siap. yang dah siap pulak entah bila nak di taipkan. ada sesiapa yang rajin nak taipkan hasil karya aku time aku skolah dulu??? kalo ader pm aku ehh heheh (macam ader je yang baca heheh)

oklah adios amigos aku nak berambos dulu lah yer..

Saturday, September 4, 2010

pergilah air mata

saat ni aku macam nak nangis je.... tapi air mata yang patutnya dah mengalir terhenti sebab aku tak tau sebab kenapa aku nak menangis. yang penting aku rasa down sangat time ni. aku tau sebab aku rasa tak puas hati, aku rasa kecewa sebab berat aku turun sikit je tapi hati ego aku tak boleh terima alasan tu..
aku nak nangis... aku nak luahkan rasa aku ni tapi kat siapa??? kalau kat family aku tak boleh sebab aku tau lastnya aku juga yang kena balik. aku tau ni memang salah aku so aku tak perlu lagi orang lain untuk bagi tau ni salah aku. aku just nak nasihat dan kata semangat. time ni aku memang perlukan itu semua dan bukannua kata-kata marah dan bagi tau nie memang salah aku.n cuma tadi mr E punya kata-kata buat aku aku sikit tapi tue pun sikit je. tak banyak sebab rasa kecewa aku nie terlalu banyak menguasai hati aku. dia kata badan aku kecik sikit dari gambar aku lam fb. one of my pic time bersuka ria dengan my sis yang di ambil sebelum puasa tapi aku tak rasa macam tu pun. aku tengok tak ada beza pun..

macam mana aku nak hilangkan rasa kecewa aku ni?? kalau nangis sekarang pun acam tak puas sebab macam aku paksa nangis tanpa sebab.. tiba-tiba aku teringat tentang kata-kata enik A, one of my LBmember. "aku perlukan alasan yang songsang untuk turunkan berat badan. dulu aku nak turunkan berat badan sebab aku nak jaga kesihatan tapi tak menjadi sekarang aku nak turunkan berat badan sebab nak cari awek lain dan keputuannya berat aku turun 7 kg."
mungkin ke aku pun mesti ada sebab songsang untuk berjaya turunkan berat aku ni?? tapi alasan apa?? nak jadi lesbian, nauzubillah simpang malqikat 44. minta di jauhkan.

kalau nak cerita tentang jaga makan, aku memang ada jaga makan, macam dah lama juga aku tak makan nasi. aku makan kat subway jer.. then malam tadi mr H kata sebab aku minum air gas so aku rasa memang tu sebab nya tapi takkan tu buat berat aku turn sikit sangat????? kecewanya!!!!!

sekarang ni macam lega sikit bila dah taip kat sini cuma rasanya masih ada...oklah aku nak mandi.. nie aku kat bilik persalinan kat FF nie. lepas mandi aku nak on9 lagi.. so bye guys..

Popular Posts