ALLIKAHS LUTADIAYS
ALLIKAHS LUTADIAYS
borak dan bersorak
Thursday, April 26, 2012
we are like family
hari ni aku nak story sikit tentang tempat praktikal aku nie. well dah 2 bulan aku menimba pelajaran dan pengalaman kat tempat ni. Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada awalnya memang macam susah je aku nak suaikan diri kat tempat ni. yelah lama dah aku tak bergaul and bersosial dengan orang yang lebih dewasa dengan aku and for sure aku rasa sikit kekok bile deal ngan mereka. tambah-tambah lagi bila dalam otak aku ni dah terset yang aku kena formal ngan mereka sebab mereka kerja di jabatan kerajaan.. tambah-tambah bila communication skill aku yang semakin berkurang semenjak dua menjak nie. O_0.
so kira pecah rekod la aku ambil masa nak communicate ngan mereka ni. kira mcm lebih 2 minggu baru aku macam serasi-serasi segan gitu dengan mereka. after that barulah aku ok. tu pun lepas 2 student praktical yang memang ada kat department aku nie blah. ahhahahaha.
selepas beberapa lama kemudian aku makin serasi ngan tempat nie. walaupun ada la beberapa staff yang berperangai 'pelik'. tapi biasalah kan... semua tempat pasti ada je manusia-manusia yang berperangai 'pelik' dan 'jelik'... tiada yang sempurna kann(bajet bagos :-p) hahaha
apa yang menariknya department aku ni adalah aku rasa macam kami ni family... staff2 yang berpangkat tak poyo pun.. boss aku pun sempoi je.. kira macam tak la nak pantang rendah pada orang bawahan dia terutama budak praktikal macam aku nie(YE KE????). supervisor aku lagi sempoi.. hahha beliau ni macam mak aku je perangai dia. datang sengal dia tak bleh blah. terubat rindu aku kat mama.. kiranya semua kat sini agak sengal la. hahahah dan mereka layan antara satu sama lain macam family. tu yang best tu...
bila teringat yang aku hanya ada masa sebula je lagi untuk habiskan latihan praktikal aku ni, buat aku sedih pulak. sayang je nak tingglkan family baru aku ni. supervisor, Puan Zah dan Puan Mai yang macam mak, kak Fara, kak Lind(dah tukar department) macam kakak-kakak. best sangat... opss lupa pulak kak Zura... mereka la geng aku kat sini. baik je mereka ni ngan aku. tu yang sayang je nak tinggalkan mereka...
hurmm rasanya banyak je yang aku nak story kat sini tapi sekarang ni aku ada kerja so lain tahun aku update lagi yer..
adiossss
Tuesday, April 24, 2012
C.I.N.T.A
cinta itu love.. |
betul ke?? |
menangis sendiri |
terlalu banyak kisah cinta.kenapa aku cerita kisah-kisah tu semua, sebab aku tengok sendiri perjalanan kisah mereka. dan lebih malang lagi aku seperti trauma(ye ke?). trauma untuk bercinta sebab kisah cinta orang lain
aku bukan apa, tak sanggup la nak hadapi kekecewaan. sakit yang ditanggung tu tak sanggup aku rasa. kisah mereka juga jadi pengajaran untuk aku.
cinta itu penuh risiko |
tipu la bila aku ckp tak rasa nak bercinta tapi aku belum berani nak ambik risiko. kata la aku pengecut. aku tak kisah. kata lah aku paranoid, aku tak peduli. apa yang aku tahu hati aku harus aku jaga..
adiosss
Monday, April 16, 2012
hari ini hari selasa...
hari ni hari selasa, yup perasaan aku sekarang nie sama macam gambar di bawah yerr..
Sangat lemah, lemau dan layu... waaaa bosannya aku rasa.... rasa macam nak lay down somewhere and do nothing..nak terbaring sambil pandang apa yang aku nampak.... bosan wehh.. tak rasa nak buat apa2 pun even nak borak ngan orang pun.. dan malangnya aku sekarangnie ada kat office..tunggu masa balik jer. berapa kali dah aku mengeluh hari nie.dan sekali lagi aku tunjukkan rasa aku dengan picture di bawah nie...
bosan sampai lebam |
nak buat macam nie boleh tak?? |
tolong la entertain aku!!! |
adiosss
Sunday, April 15, 2012
sang hujan
Skarang nie aku berada dalam kepekatan malam ditemani sang hujan. Nasib bukan aku yang drive time nie. Sbenanya we all (aku ngan cik kakak)on da way balik kl from rumah mama. Hurmm yup last week baru je aku balik melaka. So what kalau aku nak balik lagi minggu ni. Bukan guna duit aku pun hakhakhakhak. Ok fine. . Berbalik pada cerita sang hujan tadi. Aku ni kurang sikit kehandalan aku nak drive dalam keadaan hujan. Tambah2 malam macam nie. Aku lebih suka tengok hujan je.
Yup. Aku suka hujan.Bagi aku jadi sang hujan sangat bagus. 'mereka' berada di atas sama-sama kemudian 'mereka' jatuh juga sama-sama. Tak kira 'mereka' diatas mahupun di bawah mahupun 'mereka' jatuh, 'mereka' tetap bersama. Tak semua antara kita yang bernasib baik jadi seperti sang hujan. jadilah seperti sang hujan. Bukan sekadar bersama-sama dengan keluarga, sahabat, dan kekasih hatinya tak kira dimana berada malah 'mereka' juga menyejukkan mereka yang panas, menyegarkan mereka yang layu dan kadang-kadang menemankan mereka yang sedih.
Friday, April 13, 2012
my baby boo
Ok. Done cite kebengangan tu. . . Nie aku kat perodua service sunway damansara. Finally setelah beberapa kali tergendala niat nak service miss V aku tu dapat gak beliau buat medical cek up hahhaha. . Aku pun x buat medicl chk up tau.( daaa dah kau tu tak suka g spital sapa suruh) apa-apa jelah. Esh lapa plak tetiba. Padahal dah sarapan dah tadi. Nak dekat tgh hati patot la lapa.esh. Miss V dijangka keluar dari bilik pemeriksaan jam 1 ptg. Hadoii lama gak aku kena tunggu. Tak pelah. Demimu sayangku kahkahkahkah. Goli den
Oklah malas da nak taip. Lain taun aku update lagi huhuhu.
Adiosss
Wednesday, April 11, 2012
Allah menguji manusia lagi
Assalamualaikum semua, hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita gempa bumi yang turut dirasai oleh warga Malaysia. Sungguh besar kuasa Allah. Tidak terdetik pun di hati kita akan merasai gegran itu. Yup cik sahabat ada di utara so beliau dapat rasakan gegaran itu. Ya Allah, selamatkan mereka..
Aku terus teringatkan mimpi aku itu. Ya Allah janganlah ianya benar-benar terjadi.Mengenangkan hal ini buat aku sangat takut. Terlalu takut. Ya, kuasa Allah siapalah dapat menghalang. Aku takut kiranya aku tidak sempat untuk menebus segala dosa aku. Aku takut andai aku tidak punyai waktu yang cukup untuk bertaubat. Aku takut andai keampunan yang aku pinta tidak diterima. Terlalu banyak dosa yang aku dah lakukan. Terasa malu pada diri sendiri mengenangkan kejahatan dan kejahilan aku. Ya Allah, berilah aku kesempatan itu, untuk lebih dekat padamu, walau aku tahu tidak layak untuk aku meminta setelah apa yang aku dah lakukan.. Aku terlalu lemah ya Allah. Masih terlalu banyak yang aku perlu pelajari, terlalu banyak yang aku perlu betulkan..
Ya Allah, kekalkan hatiku untuk terus berada di jalanmu. Kuatkan hatiku untuk mengharungi dugaanmu, kuatkan imanku untuk menepis segala hasutan syaitan.
Amin.
Semoga mereka yang berdepan dengan situasi gempa bumi ini akan tabah.
Adioss
Sunday, April 1, 2012
sejadah, telekung dan Al-Quran.
Selamat pagi dan selamat berkerja pada yang bekerja. pagi isnin dilimpahi hujan berkat. Kata mama, doa ketika hujan sangat bagus. Doa kita di iringi sang hujan yang membasahi bumi ciptaan. Doaku hari ini, ya Allah kau berkatkanlah hidup aku dan keluargaku, kau terangilah jalan yang benar, kau murahkanlah rezeki kami ya Allah. Hanya padamu aku berserah dan hanya padamu aku meminta. Kau tuhan yang satu dan kau juga maha mengetahui. amin.
Sebenarnya dah beberapa hari aku terfikir tentang perkara ni. Tiba-tiba aku teringin nak di hadiahkan sejadah telekung dan AL-Quran. Bukan hadiah sbg hantaran tapi sekadar hadiah.
Mula2 aku terfikir bestnya kalo aku dpt AL-Quran as a gift sebb kat tempat aku practikal ni ada sorang officer tu nak pindah so aku ngan sorang kakak ni g beli AL-Quran tuk hadiah perpisahan. Terdetik kat hati aku tuk di hadiahkan AL-Quran. Lengkap bermakna kalau di hadiahkan 3 benda bermakna tu.
Kenapa tak beli sendiri? Boleh je kalau aku nak beli sendiri semua benda tu tapi memang aku teringin sangat di hadiahkan benda2 tu. Agak2 ada x orang yang nak bg aku hadiah cam tue?
Sama2 kita tunggu ya.
Adioss
Popular Posts
-
tadi ushar muka buku.. tengok kat profile sorang member ni, dia ada upload semua makanan tradisional or makanan yang hanya boleh di jumpai ...
-
Assalamualaikum semua, Selamat pagi dan selamat berkerja pada yang bekerja. pagi isnin dilimpahi hujan berkat. Kata mama, doa ketika huja...
-
assalamualaikum semua, Macam menarik kan tajuk entry aku kali ni. BERTUNANG!!!. . bertunang, satu langkah bagi pasangan untuk me...