pasti semua orang akn bertanyakan azam masing-masing tapi bagi aku apalah guna kita memanjangkan senarai azam kita kalau takat nak tayang kat semua orang je. lainlah kalu kita betul-betul buat dan usaha azam yang kita cipta tu. tapi tu sebenarnya terpulang pada masing-masing. cuma aku apa yang pasti azam aku masih seperti dahulu. aku mahu jadi novelis tapi malangnya aku belum ada kekuatan untuk menghasilkan karya untuk tatapan umum..dulu aku ada kekuatan itu cuma kini aku tak tahu mana menghilangnya kekuatan itu. sama seperti diri aku yang macam dah hilang...
apa lagi yang insan seperti aku ini harapkan dalam kehidupan. mungkin sama seperti sesetengah orang yang mengharapkan kebaikan dan kebahagiaan dalam hidup mereka. tapi rasanya bukan sesetengah orang yang mengharapkan begitu. semua orang akan mengharapkan benda yang sama... tak akan ada seseorang pun yang mengharapkan yang sebaliknya... kalau ada tak ke pelik manusia tu???
apa lagi azam aku?? erm kalau untuk aku mungkin bukan azam tapi impian aku. impian aku adalah untuk bertemu dengan diri aku sendiri. the real me... diri aku yang sebenar sebab aku macam tak kenal siapa aku... dan apa yang penting adalh impian yang dari zaman sekolah aku angankan..aku harap sangat satu hari nanti bila aku ke kedai buku aku akan nampak karya aku turut berada di antara novel-novel yang di jual.... itu impian aku dulu kini dan selagi tak tercapai...
rasanya tu je impian aku yang tak aku lupakan dan takkan berubah saban tahun.. entah bila akan tercapai... impian, azam dan cita-cita kita boleh berubah dari masa ke semasa.... tak guna bercerita sana dan sini tapi semuanya hanyalah cakap kosong. tahun baru dah muncul.. lebih banyak lagi dugaan yang kita akan tempuhi.
apa yang pasti kini adakah kita sendiri sudah pasti untuk mengharungi tahun baru yang penuh mencabar ini??? itu semua terpulang pada kisah kita yang tersendiri kerna kita ada kisah kita ....