bodyNeopets Abominable Snowball

ALLIKAHS LUTADIAYS

ALLIKAHS LUTADIAYS

apa tah

borak dan bersorak


Thursday, February 7, 2019

Rindu penghujung January

Rindu..
Rindu yang datang tanpa di pinta..
Terasa sakit seketika..
Namun aku tahu sudah penghujungnya...
Sudah tamat segalanya..

Izinkan aku merinduimu seketika..
Kerana kau pernah ada..
Kerana kau pernah ku cinta..
Kerana kau pernah menjadi segalanya..

Rindu..
Rindu yang datang menyapa..
Takkan ku benarkan buatku alpa..
Kerana akan ku teruskan jua..
Hidup tanpa ada dia..

Segala kenangan kita..
Sudah ku padam semuanya..
Walau kadang kala menyapa..
Kupasti untuk seketika..

-Cik Vampire-
30 Jan 2019

Friday, September 7, 2018

Cinta pertama

Dulu, aku sering terbaca malah sering juga orang perkatakan pada aku. Cinta pertama itu sukar untuk kita lupakan. Aku faham.. cuma aku tak dapat bayangkan dan tak terfikir yang aku akan alaminya. 

Bagi aku cinta pertama aku bukan pada insan yang pertama ataupun keduabyang menjadi teman lelaki aku. Tapi dia adalah cinta pertama aku sewaktu aku meningkat dewasa, tika aku sudah matang membuat keputusan walaupun seringkali tersilap memilih.

Sakit. Ya, aku akui ianya teramat sakit.. 8 bulan telah berlalu.. walau aku cuba untuk memulakan perhubungan baru namun dia tetap di hati aku dan aku tahu, tidak adil bagi insan lain untuk aku pergunakan bagi aku melupakan cinta pertama aku. 

Tidak mudah untuk aku lupakan cinta pertama aku. Telah aku cuba menerima hakikat bahawa dia bukan yang terbaik untuk aku namun hati ini.. Ya Allah.  Aku tahu. Semua ini kerana silap aku. Silap aku terlalu mengharap pada cinta pertama melebihi yang sepatutnya hingga Allah tarik semula indahnya cinta itu.. Allah bagi peringat kecil pada aku bahawa aku semakin jauh di buai rasa cinta sehingga semakin alpa padanya.. aku tahu itu dan aku tak menafikan. Tapi aku insan yang sangat lemah.. aku tahu tapi aku abaikan segalanya.. 

Aku rindu dia, aku masih mengharap padanya.. tapi aku tahu segalanya tidak akan berlaku sekiranya Allah tak izinkan aku dengan nya..

Kita sering tertanya-tanya akan sesuatu. Sering bertanya pada dia dan mereka.. sudah diberi jawapan tapi kita bertanya lagi. Kenapa? Kerana kita inginkan jawapan yang ingin kita dengar.. kita menafikan kenyataan dalam kita menipu mereka.. 

ALLAH, kuatkan aku.. untuk terima takdirmu..aku lemah..  hilangkan rasa ini andai dia bukan untukku.. kuatkan hati ini untuk melepaskan dia andai dia bukan jodohku.. terangi jalan aku.. beri hidayahmu.. aku insan yang hina merayu petunjuk dan bimbinganmu..

Friday, July 27, 2018

Layakkah kau?

Tak tahu kenapa.. jauh di sudut hati ini. Terdetik rasa cemburu.  Sungguh aku cemburukan nya...  sedaya upaya ku cuba pujuk hati ini.. agar yakin bila tiba masanya aku akan merasa saat itu...  bersama ssseorang yang halal bagiku.. membawa nyawa yang halal bagiku...

Sunggu aku cemburu...
Terbayang hidupku...
Hidup yang penuh dosa...
Hidup yang sering alpa...
Layaknya apa aku untuk meminta...

Yang di seru ku abai
Yang dilarang ku tibai
Lalu apa lagi?
Sudah tahu tetap ku pejam mata..
Membutakan mata yang celik melihat..

Layakkah aku untuk mencemburui kebahagiaan yang lain...
Yang layak menerima...
Sungguh ku cuba...
Tapi tetap cemburu itu mencuit rasa..

Falling in love..

Falling in love.
It the hardest thing for me now.
I'm too afraid too fall in love..
I'm too afraid to be hurt again..
Love is full with risk.
I used to take all the risk before..
Without any doubt..
I let myself being hurt just because i used to love someone.
Everyone call me stupid coz i let myself being hurt still i ignore what people said about me.
Till the moment i know i should walk away from that relationship. ..
They said that am strong coz am not sad when i broke up. But they dont know long it take for me to prepare myself to walk away from his life.
Coz i know once im fully decide to walk away. I will never turn back.
I took me forever to be this strong to make decision
And when i try to fall in love again..
I do realize that i'm too afraid to take that risk.
Its not easy for me..
Im too afraid to give my heart to someone now..

Tuesday, July 17, 2018

Dugaan yang berbeza

Benar. Tiap manusia melalui pelbagai dugaan yang berbeza..
Saat hati tidak di duga terasa mudah mengeluarkan kata.. menyeru untuk terus kuat.. terus bertahan dan terus cuba menyakinkan bahawa kita di uji setara dengan kemampuan kita...
Saat hati di uji..
Berat, terasa sukar menerima segalanya.. berdepan dengan ujian, berdepan dengan persekitaran dan teramat berat tika berdepan dengan diri sendiri..
Bukan mudah untuk menyakinkan bahawa kita kuat dan mampu untuk segala dugaan ini. Bukan mudah untuk meyakinkan diri sendiri saat terasa lemah, terduduk jatuh diuji ..
Menangis kemudian terasa kuat dan sesaat kemudian menangis lagi..
Manusia sering alpa.. tatkala terpukul dek dugaan baru teringat yang esa.. lebih menyakitkan saat itu terasa tidak layak sama sekali untuk meminta pada Allah. Terasa diri tiada tempat untuk mengadu apatah lagi meminta pertolongan yang maha esa kerana sedar kealpaan dan dosa yang dilakukan..
Dan tanpa malu dan segan masih meminta dan saat diberi sedikit kesenangan terus sekali lagi lupa padanya...
Ya Allah.. betapa mudah aku melupakan mu. Dan betapa ego aku menidakkan arahan dan suruhanmu dan betapa aku terasa bangga melakukan laranganmu..
Ya Allah..
Aku tidak kuat ya Allah.. terasa payah untuk ku berubah.. jangan kau hitamkan hatiku ya Allah. Aku takut tersasar jauh dari jalanmu tapi aku tidak kuat untuk dugaan perjalanan ini. Aku cuba tapi tidak sepenuhnya kerana hatiku umpama lalang.. aku tidak kuat ya Allah.
Ya Allah aku cuba untuk menerima segalanya.. menerima ketantuanmu.. bantu aku ya Allah. Berikan hidayahmu padaku..
Aku manusia yang sering alpa..

Tuesday, March 7, 2017

pergi kau...

tika aku kuatkan hati,
melepaskan kau pergi,
betapa hati ini..
hancur luluh tak terganti,
kau pergi menghilang sepi
meninggal aku seorang diri,
merawat luka dihati
yang kau tinggal tidak diubati.
kau melangkah pergi,
aku yakinkan hati
pergi kau bakal berganti
merawat luka yang kau biar sepi

menagih cinta

jangan kau duga aku,
aku tak mampu,
untuk terus sakit merindu.....
jujur padaku,
saat kau tidak perlukanku,
agarku tidak tertunggu,
menagih cintamu.

Popular Posts